Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 hari bulan Mac ini. Ada yang memulakan kerja dari rumah dan ada segelintir masih perlu ke pejabat.
Namun, bagi ibu-ibu baik suri rumah mahupun yang bekerja dari rumah agak ‘mencabar’ memandangkan anak-anak juga bercuti. jadi, segala keperluan mereka harus disediakan termasuklah makan minum. Oleh itu, bagi memudahkan urusan ibu-ibu, apa kata cuba resipi Cheesekut yang mudah ini.
Resipi ini dikongsikan oleh saudara Khairul Abdullah. Jom ibu-ibu cuba untuk hidangan minum petang bersama anak-anak nanti.
Semalam pakat buat pengat pisang ke? Alah pengat pisang berangan 10 biji yang campur keledek tu. Takkan petang ni nak makan pengat lagi kan?
Meh kita buat Cheesekut ni pulak. Korang mesti dah lama tak buat kan? Dulu ni kemain lagi, maklumlah tengah viral. Sekarang ni asyik pengat jer.
Dah, jom tukar selera pulak petang ni. Benda mudah jer ni, macam biasa, boleh bincang.
Ini resepi saya, cara saya. Kau tengok bahan-bahan tu, kejap lagi keluar pergi beli.
Bahan-Bahan
250gm Cream Cheese – lagi mahal lagi sedap.
75gm Butter – sama juga yang mahal sedap woihh.
Ads
Setengah cawan gula – cap apa pun tak apa
1 pek Cream Cracker – Hup Seng Cap Ping Pong paling sedap.
2 cawan susu – segar boleh full cream boleh, untuk rendaman biskut nanti.
Setengah cawan Nestum – biasa boleh madu pun sedap.
Sedikit serbuk Milo – serbuk koko tak main okeh.
Susu Pekat atau Sos Karamel beli kat Starbuck.
Cara nak buat dia:
Ads
Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati, bukan sampai mati yer. Diulang, sebati.
Rendam biskut dalam susu (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas. Susu ni jangan baru keluar dari peti, bila sejuk dia susah nak serap masuk dalam biskut. Biarkan pada suhu bilik.
Susun cantik, cantik macam kau susun lipat baju tu. Ruang kecil kau potong biskut tu. Tengok kekemasan tu macam saya buat.
Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal. Senipis kulit bawang sudah memadai.
Ads
Kemudian tuangkan susu pekat atau sos karamel, dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo. Nak tabur nestum dan milo dulu pun boleh kemudian susu. Ikut suka, jangan pening-pening.
Ulang langkah tersebut sehingga habis cream cheese. Mungkin dapat diantara 4-6 lapisan. Bergantung kepada tahap kenipisan cream cheese yang disapu.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.
Hidang ketika sejuk.
Tips : Setelah banyak kali membuat kek ni – saya dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum.
Nikmatilah ia bersama orang tersayang. Kalau kau single dan takde siapa-siapa maka kau ajak jiran sebelah temankan.
Selamat mencuba.
#resepisuperdaddy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
KDYMM Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, terkenal dengan sikapnya yang gemar memasak. Malah, Baginda tidak kekok memasak bersama rakyat apabila turun padang dalam sesebuah aktiviti.
Menerusi laman instagram, Tunku Azizah sering memuat naik respi dan menu masakan hasil air tangannya. Dalam perkongsian terbaru baginda di Instagram, Permaisuri Agong berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan tangannya yang kelihatan terdapat kesan melecur.
Sambil itu juga, tuanku ada menyelitkan tentang kisahnya belajar memasak ketika waktu kecil.
Biasa lah kalau kita memasak, mesti nya terkena periuk panas, atau minyak, terkena pisau/luka atau wap steam. Kalau tidak bukan lah tukang masak. Saya masih ingat masa kecil, selalu kena halau keluar dapur istana!
Che Lok, Mak Lamah, Ku Comel dan Kak Cik selalu pok pek kat saya. “Anak raja sila keluar dapur, nanti parut/bertanda bila bersanding!”.
Saya suka mengacau mereka masak, jadi mereka selalu suruh saya tolong kupas bawang, kupas kentang dan petik taugeh! Dari situ lah saya belajar memasak, mereka akan tunjuk kepada saya cara-cara, petua dan resepi.
Dan mereka akan bisik kepada saya “Jangan ajar adek-beradek lain!” Dan saya pula rajin bawa buku nota, suka menanya dan tulis resepi-resipi. Mereka sayang saya kerana saya suka menolong mereka! i was their fave princess!
Sebelum ini admin pernah memuat naik cerita Tunku Azizah seorang yang low profile dan menyediakan sendiri sarapan pagi buat baginda Agong.
“Setiap pagi , saya siapkan sarapan untuk Tuanku Agong ….. nasib baik lah Tuanku memang santap hanya telur setengah masak utk breakfast . Setiap hari juga caterer akan hantar nasi lemak atau mee goreng atau beehoon atau kuay teow .
Begini lah setiap hari kami self quarantined dan distancing , saya akan pakai mask dan gloves untuk masak sendiri untuk Tuanku Agong ……
Menurut Tuanku Permaisuri lagi, sebagai seorang isteri, tidak kira bangsa, agama ataupun kedudukan, tanggungjawab kepada suami haruslah dilaksanakan. Jadi, menyediakan makanan buat pasangan adalah satu yang menyeronokkan buat dirinya.
“No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth , religion or creed , you are still a wife … it is our duty to serve our husband and family, and i rather quite enjoy it! serve with love …….
Rata-rata memuji akan sikap Tunku Azizah yang cukup ‘humble’ dan isteri contoh
faishal_akhtar Ampun Tuanku. Semoga Tuanku berdua dilimpahi Rahmah serta kasih sayang dari Allah. In Sya Allah syurga menanti bagi isteri yang solehah🤲
Pelakon Sheera Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Berita gembira tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram oleh suaminya, Mohd Halim Abd Ghani menerusi platform akaun media sosial Instagram aktres berkenaan.
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa.
“Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs,” tulisnya.
Mohd Halim turut berkongsi rasa terharu dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya.
“Jutaan Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, Doktor2 dan nurse2 yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri Saya yang tercinta,
“Saya amat menghargainya Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin#syukur #baby #sheerahalim,” tulisnya dikapsyen.
Kerapkali kita dihidangkan dengan pelbagai masalah rumah tangga yang bermacam ragam. Semuanya bermula daripada pergaduhan kecil yang diperbesarkan dan tidak kurang juga perkara remeh yang diangkat menjadi bahan utama dalam pergaduhan sedangkan hakikatnya ia boleh diselesaikan dengan mudah.
Mesej tidak berbalas, lambat angkat telefon atau terlupa buang sampah misalnya menjadi sebahagian kisah remeh rumah tangga yang tidak perlu diperbesarkan. Remeh namun apabila acapkali diulang perbuatan yang sama, ianya mampu memberi impak dalam hubungan.
Bagaimana tip yang seharusnya anda lakukan apabila melalui saat-saat ini? Berfikiran matang dan rasional antara yang seharusnya dilakukan oleh anda.
Usah terlalu ikutkan perasaan dan emosi yang datang menerpa. Ingat bahawa setiap tindakan anda, syaitan juga sentiasa menghasutnya. Fikirkan.
1. Ubah Posisi
Kalau sudah marah semua benda jadi tidak menentu. Itulah kisahnya dengan sekeping hati. Marah itu datangnya daripada syaitan. Apa kata ambil masa untuk diri sendiri dengan beristigfar sambil menenangkan diri. Jika perlu, beralihlah daripada tempat duduk dan ubah posisi kedudukan atau pilihlah untuk berdiri atau melakukan kerja-kerja lain.
2. Pandang Sudut Positif
Bergaduh itu perlu supaya pasangan lebih saling memahami akan kehendak masing-masing. Lama kelamaan, pasangan akan mula memahami rentak pasangan masing-masing.
Lebih baik daripada hanya mendiamkan diri dan akhirnya menyalahkan pasangan. Berbalahlah namun biar berpada. Ambil masa untuk kembali ceria semula dalam tempoh sesegera mungkin.
3. Bezakan Remeh Dan Tidak
Masalah remeh-temeh yang tidak sepatutnya anda ambil pusing sebaiknya janganlah diberikan perhatian lebih. Anda patut lebih tahu apa perkara remeh dalam kehidupan anda.
Soal tuala tidak tersidai, baju tidak digantung atau baju kotor tidak dimasukkan ke dalam bakul tidak perlulah diperbesarkan dan diungkit ketika berbalah. Fikir lebih rasional.
4. Mudahkan Fikiran
Fikir sahaja bahawa setiap pergaduhan kecil lagi remeh akan hanya menyesakkan fikiran anda. Buang jauh ketepi dan bertindaklah seperti biasa.
Anda bukan lagi pasangan tidak matang dan gemar melayan perkara remeh temeh. Banyak lagi perkara lebih berat yang perlu difikirkan.
5. Tegur Cara Baik
Ketika pergaduhan kecil lagi remeh ini, tegurlah pasangan secara baik lagi berkhemah. Menegur itu perlu agar dia tahu perbuatannya kurang disenangi anda. Namun cubalah ayat sehabis baik untuknya. Buat kelakar atau sindiran berbentuk gurauan adalah teguran paling sesuai untuk menegur.
6. Jangan Panjangkan
Jangan biarkan hal-hal remeh ini berlarutan lama sehingga dua atau tiga hari. Banyak lagi perkara lain yang perlu anda selesaikan. Ruginya apabila anda melepaskan masa bersama. Cuba fikir kebaikannya selama ini kepada anda.
7. Ambil Masa
Ketika emosi sedang ‘hangat’, ada baiknya anda redakan seketika hati dengan berdiam diri terlebih dahulu sambil mengimbau detik manis. Ambil masa anda sebaiknya dan pulihlah segera. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk reda.
* Tahukah Anda
Berdiam diri, jangan membalas, elakkan meninggikan suara, bercakap dengan baik serta bersifat memaafkan adalah laluan yang dapat menyelesaikan masalah pergaduhan kecil ini. Abaikan hasutan lain yang merosakkan rumahtangga anda. Kebahagiaan di tangan anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di