Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

Kata orang kalau hendak buat kuih muih Melayu seperti Kuih Seri Muka ini ada banyak petua dan tipsnya untuk pastikan kuih yang dimasak bukan sahaja sedap malah cantik dan licin teksturnya.

Ini seperti kuih seri muka yang dimasak oleh Mr Ali ini, nampak begitu sempurna dan menyelerakan.

 

 

Jadi buat anda yang selama ini ada pengalaman buat kuih seri muka namun hasilnya tidak secantik ini atau dalam erti kata lain menjadi seakan ‘berkedut’, jadi bolehlah cuba tips dan petua yang dikongsikan oleh Mr Ali ini beserta resipi lengkapnya.

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

LOYANG PETAK 8 INCI (lapik plastik)

Bahan – Bahan

-4 cawan beras pulut

– 2 cawan santan cair

– 4 cawan santan pekat + 2 sudu teh garam

( Dah masukkan garam terus asingkan:

2 cawan untuk pulut

2 cawan untuk topping)

– 5-6 helai daun pandan

– 2 biji telur gred A

– 1 cawan gula

-1 cawan tepung gandum

 

 

 

Cara- Cara

BAHAGIAN PULUT

– 4 cawan beras pulut (dibasuh) . Dah selesai basuh rendamkan dengan 2 cawan santan cair selama 30 minit

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

– Selepas 30 minit rendam, simpulkan daun pandan dan kukus selama 30 minit .

 

BAHAGIAN TOPPING

-Menggunakan blender, kisar halus 5-6 helai daun pandan + 1 cawan air. Dah kisar sila tapis. Akan dapat lebih kurang 2 cawan air pandan. Ketepikan.

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

– seterusnya masukkan 2 biji telur gred A, kacau sekejap dan masukkan:

1 cawan gula,

1 cawan tepung gandum

2 cawan air pandan yang kita buat tadi .

2 cawan santan pekat

– kacau bahan-bahan di atas ni sebati. Apabila sudah sebati masukkan 1 sudu kecil pewarna hijau dan 1 sudu kecil pewarna kuning. Kacau sebati. Ketepikan

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

– Ok pulut tadi selepas kukus 30 minit masukkan 2 cawan santan pekat tadi ( baca balik bahagian bahan-bahan. Santan pekat dah diasingkan selepas ditambah garam)

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

– ratakan santan tadi dan sambung kukus lagi 10 minit.

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

– sementara itu ambil topping dah siap tadi tapis dan masakkan atas api perlahan sampai berwap atau ada sedikit gumpalan. Anggaran atas api hanyalah 2 minit. Ingat api perlahan. Ini untuk dapat texture licin dan cantik atas topping. Tips 1

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

– off api dan tuangkan ke atas pulut tadi. Sambung kukus selama 30-40 minit sehingga masak. Api perlahan. Kalau api kuat topping akan jadi berkedut. Tips 2

Balut penutup dengan kain agar wap tak jatuh atas topping tadi. Tips 3

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

– Apabila sudah masak sila sejukkan dulu selama 20 minit dan masukkan dalam peti selama 30 minit lagi dan potong ikut kreativiti hampa

– potong pakai pisau plastik dan layangkan atas toping perlahan-lahan baru potong. Jangan potong panas-panas sangat tak cantik.

Selamat mencuba semua!

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Buat Kuih Seri Muka Nak Licin Teksturnya, Ni Resipi & Tips Kena Buat Masa Kukus!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI