Anak-anak biasanya suka makan nugget ayam. Tapi pernahkah ibu-ibu terfikir akan bahaya untuk kesihatan jika makan terlalu banyak makanan segera sepertinya itu. Memandangkan makanan yang tersedia di pasaran kita tidak dapat ketahui bahan yang digunakan adakah benar-benar berkualiti atau sebaliknya.
Melainkan jika kita sendiri sediakan hidangan nugget tersebut. Sudah tentu akan menggunakan bahagian dada ayam dan semua bahagian lemak ayam dibuang untuk memastikan nugget yang dimasak sihat untuk dimakan.
Jika ada masa, ada baiknya anda mencuba resipi ini untuk menyediakan hidangan nugget tempura homemade yang digemari oleh anak-anak kita. Pastinya, alangkah gembiranya anak-anak jika dapat menikmatinya juadah nan satu ini di waktu cuti sekolah kini bersama keluarga tercinta. Selamat mencuba!
Nugget Tempura Homemade
Bahan-bahan :
4 ketul dada ayam ambil isi sahaja
** cuci bersih & rebus hingga masak, kemudian dipotong/hiris kecil2 halus
** tak nak rebus dulu pun takpe blh kisar
8 keping roti – dipotong dadu
Ads
2 kiub ayam
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan baking powder
2 biji telurSedikit daun sup dan daun bawang
1 batang lobak merah-dipotong dadu
Lada sulah secukup rasa
Bahan untuk salut nugget
Tepung goreng ayam + air dibuat batter [jgn cair]
tepung goreng ayam utk golek nugget
Ads
Cara-cara :
Kesemua bahan-bahan di atas campurkan dalam satu bekas yang besar.
2. Ramas hingga boleh dikepalkan atau agak-agak boleh dibentuk bulat-bulat kecil.Ketepikan
3. Tepung goreng ayam dibancuh dgn air jadikan batter, celup nugget yang siap dibulat-bulatkan tadi. Kemudian golek dengan tepung pula.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Jika rajin buat banyak dan boleh di frozenkan.
Sumber : ALeen Aireish
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memberi variasi menu berdiet, apa kata dicuba menu istimewa ini yang digulung menggunakan sayur kobis. Nampak begitu unik dan istimewa sekali.
Dimasak secara kukus, sesuai sangat untuk dijadikan hidangan yang sihat dan menyelerakan untuk seisi keluarga. Jadi, tunggu apa lagi, jom cuba sediakannya.
Ini resipinya pada anda yang ingin mencuba menyediakannya.
Masak apa hari ni??
Masak kobis gulung buat kunyah-kunyah la kita..
Inspirasi dari KAKAK KOBIS..Sesuai dicicah dengan sos cili thai.. Sesuai jugak untuk yang nak diet hihi
Meh saya share kan resepi inti versi saya
.
Dada ayam dicincang @ pakai daging cincang jenama ramly pon boleh
Bawang putih
Bawang merah
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Serbuk maggi cukup rasa / boleh ganti dengan garam bukit bagi yang nak diet
Serbuk cili
Lobak merah
Kobis purple
Caranya :
1.Tumis banwag putih dan merah sampai naik bau..
2.Masukan isi ayam, masak sampai air ayam sedikit kering..
3.Masukan lobak dan kobis purple goreng sekejap..
4.Masukan lada hitam lada sulah serbuk cili dan maggi cukup rasa.. Sesuaikan rasa..
Cara Gulung
Step 1
.
Kulit kobis tu boleh pakai kobis apa-apa pon.. Yang penting kena celur dulu bagi lembut supaya senang nak gulung..
Step 2
.
Lepas dah gulung boleh ikat dengan daun kucai.. X ikat pon x pe..
Step 3
Lepas tu kukus dalam 3 minit untuk lembutkan lagi kobis tu..
Selamat mencuba resepi berasakan sayur KOBIS
sumber : Az Hanie Ismail via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang pernah makan Nasi Crispy Beef kawasan Wangsa Maju pastinya teringin nak menikmati hidangan ini. Sudah tentu keenakan hidangan ini, membuatkan ramai yang ‘mengidam’ menu ini.
Disebabkan dalam tempoh PKP tentu kita tidak boleh bergerak bebas dalam jarak untuk ke kedai. Buat yang ingin memcuba hidangan ini, apa kita buat sendiri di rumah.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju(kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri. Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan Bahan-bahan: (3-4 orang makan) 400g daging 1 biji bawang Holland 2 sudu besar kicap cair 1 butir telur 2 ulas bawang putih 1 sudu empingan cili 1-2 cawan tepung jagung 1 sudu besar lada sulah 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar cuka 1 sudu besar bijan(disangai) Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat.
Cara masak nasi bawang
Di kedai kawan saya tu Crispy Beef ni dihidang dengan nasi bawang. Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef
Cuci beras. Letak bawang goreng dan minyaknya. Masukkan garam. Letak sikit mentega atau ghee jika mahu. Tanak nasi macam biasa dalam “rice cooker”.
Cara masak Crispy Beef
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kanji/kentang(potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua(double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang(cara masak nasi bawang ada di ruangan komen).
Biasanya kalau kita memasak dan sentiasa berada di dapur sepanjang waktu penyediaan hidangan, memang jarang terjadi masakan yang dimasak menjadi hangus. Melainkan kalau kita buat kerja dua dalam satu. Kebarangkalian untuk kita terlalai itu cukup tinggi.
Lebih-lebih lagi semasa memanaskan masakan berkuah. Bisanya kita akan menggunakan api yang kecil. Kemudian sementara menunggu masakan panas mendidih, kita akan buat kerja lain pula. Kalau kerja di dalam rumah boleh tahan lagi, tapi kalau di luar rumah contohnya menyidai kain, menyapu balkoni dan sebagainya itu lagi bahaya.
Mungkin pada mulanya memang kita sudah set di fikiran untuk melunaskan kerja tersebut dengan segera. Namun selalunya kita jadi leka hingga menyebabkan masakan yang dipanaskan boleh hangus. Alih-alih bila dah berbau, kita berlari ke dapur dan lihat periuk jadi hitam legam!
Bila ini terjadi, apa yang perlu anda buat untuk menanggalkan kesan hitam yang melekat pada periuk tersebut. Caranya cukup mudah hanya menggunakan kuasa garam. Ilmu ini dikongsi oleh Dian Esero, dan dia juga mempunyai pengalaman periuknya hangus. Jom baca perkongsiannya untuk manfaat bersama.
Teringin nak share pengalaman sendiri walaupun hakikat yang benonye segan nak tunjuk periuk hangus kita.
Korang pernah tak panaskan lauk kat dapo sambil menyapu car porch. Idung tetibe kembang kuncup dok cari jiran manalah yang goreng ikan api beso sangat nih !
Bile masuk rumah dah berasap dapur. Habis kuah lemak cili padi rebung madukuuuu. Rebung yang helok betuka jadi hitam.
Kerak pulak bukan nipis ala2 tu. Haaa kau, tebal yakkmattt. Rendam satu malam tak lembik pun kerak tu.
Camne nak ilang ni ? Mudah je. Bahan pun memang ade kat dapo.
GARAM ! ambil sesudu garam rebuskan bersama air sampai didih.
Sejukkan sekejap, lepas tu bolehla cuci guna berus piuk. Tak payah nak sental beriye sangat. Kerak legam tu senang je tanggal.
Kalau rajin korang sental lah sekali sampai licin licauuuu. ting ting tinggg. Silau tau ! ?
Dah boleh pi dapo rebus air garam kat piuk memasing okeh. Selamat toraiii
Sumber : Dian Esero vis MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di