Peranan isteri bukan sahaja menguruskan rumahtangga tetapi turut membantu suami menambah pendapatan. Jika suami susah, isteri sanggup melakukan kerja tambahan untuk memastikan rumahtangga kekal bahagia.
Membantu suami kala susah, tidak salah jika bukan paksaan. Ia dilakukan atas kerelaannya. Tidak ramai wanita sanggup berbuatan demikian untuk suami. Sebagaimana perkongsian ini, menarik untuk kita renungan bersama bahawa tolak ansur dan saling membantu kunci bahagia rumahtangga.
SENTIASA DI SISI SUAMI KALA SUSAH DAN SENANG
Ads
Perempuan yang cantik itu banyak. Tapi perempuan yang boleh ada di saat kau terjatuh dan masih setia menyokong, itu sukar dicari ganti.
Hargailah mereka selagi Tuhan masih beri peluang untuk punya dia.
Lagi-lagi isteri! Isteri untuk disayangi, dilindungi, dicintai dan diberikan hak mereka sebagai seorang isteri.
Hentikanlah perbandingan seperti ini. Hentikanlah perbandingan yang menunjukkan isteri sekarang malas dan tak suka tolong suami. Hakikat sekarang, isteri kerja sama kuat dengan suami.
Ads
Jika mereka suri rumah, mereka lebih bekerja kuat. Jika mereka suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja lebih kuat. Jika mereka bekerja, menjadi suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja sangat sangat kuat.
PERANAN ISTERI DULU DAN SEKARANG LAIN
Ads
Isteri dulu dan zaman sekarang fungsinya sangat berbeza. Mereka berfungsi mengikut zaman, bukan berfunsi kengikut ketetapan suami. Bukan begitu.
Hargai isteri.
Jika mereka tak sempat masak sedap, kita belikanlah makanan sedap untuk mereka. Jika mereka tak sempat kemas rumah, kita bantulah kemaskan rumah untuk mereka. Jika mereka letih, kita jadilah tukang urut mereka. Jika mereka sedih, kita jadilah penenang mereka.
Membandingkan isteri dulu dan sekarang hanya dilakuakn oleh orang bodoh dan suami yang merasakan ini adalah perbandingan wajar adalah lebih bodoh lagi.
Sumber: Mohd Firdaus Jailan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut soal raya, semua perkara kalau boleh nak tukar serba baru. Nak cantik dan tampil menarik lagi jelita di pagi raya. Walaupun cantik bergaya, kebersihan diri dan soal kesihatan dalaman haruslah diselarikan.
Selain muka yang cantik, bersih dan mulus, soal penjagaan gigi juga harus diberikan keutamaan. Tak guna kalau rupa cantik dan kacak tetapi gigi tak putih dan bersih.
Pening kepala memikirkan produk dan jenama mana satu paling berkesan memutihkan gigi namun masih tidak berjaya. Apa kata anda cuba petua menggunakan bahan dari dapur ini. Soda bikarbonat adalah bahan mujarab untuk memutihkan gigi.
Ikut seperti yang disarankan oleh Fitriah Azman ni. Mujarab lagi berkesan.
Jadi kak El nak share la petua putihkan gigi dengan 2 bahan yang mudah didapati. Kak El dah cubaa. Terbukti keberkesannya okei! Gigi nampak bersih. Nafas pun segar. Korang kena cuba jugak tau.
BAHAN-BAHAN:
Soda bikarbonat
Jus lemon atau strawberi
Ubat gigi biasa
Caranya:
1. Letak soda bikarbonat dalam bekas.
2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat tadi.
3. Kacau dan sekatakan larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air ye.
4. Gosok gigi seperti biasa. Biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur macam biasa.
Cara ni takleh diamal selalu tau. Kang tadi kita dah campur perahan lemon kan. Kerap kerap guna nanti terhakis gigi kita kan.
Boleh tambah garam dan guna gel alovera dalam larutan tadi untuk kurangkan karang pada gigi.
Punca Utama Gigi Kuning
Gigi yang kuning dan tidak putih bersih biasanya petanda gigi tidak sihat. Antara punca-punca masalah gigi kuning yang perlu anda ketahui adalah seperti di bawah ini. Sebaiknya elakkan semua perkara ini.
Minum Teh & Kopi
Minuman seperti teh dan kopi tergolong dalam penyebab masalah gigi menjadi kekuningan. Tidak hanya dua minuman ini, makanan seperti jeruk yang mengandungi pewarna juga menjadi penyebab gigi kuning. Elakkan.
Faktor Usia
Ramai yang tidak tahu bahawa warna gigi turut dipengaruhi oleh pembentukan tulang. Ini adalah kerana pembentukan tulang tersebut memiliki unsur genetik serta usia. Jadi, warna gigi pun turut dipengaruhi oleh dua faktor ini.
Rokok
Menghisap rokok sememangnya buat gigi jadi kuning. Kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ruang mulut menjadi asid. Nikotin ini akan melekat pada elemen gigi dan tertinggal pada dinding gigi. Inilah yang menyebabkan gigi bertukar warna.
Ubat-Ubatan
Selain kopi, teh dan rokok, ubat-ubatan seperti antibiotik juga mempunyai bahan yang bertindak membuat gigi bertukar warnanya.
Kredit: Fitriah Azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Imam muda dan anak perempuan maut, pikap terbabas dalam gaung. Seorang imam muda bersama anak perempuannya maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dinaiki lima sekeluarga terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Jalan Labis-Segamat berhampiran Kampung Kwongsai, petang semalam.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Fitri Md Said, 38, yang juga imam muda di Masjid Nurul Falah, Felda Redong, dan anak perempuannya Nurin Insyirah, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai tersepit di bawah kenderaan yang terbalik.
Menurut pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian dimaklumkan kepada mereka sekitar jam 6.47 petang, dan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat segera digerakkan ke lokasi.
Komander Operasi, Zainal Abidin Che Deraman memaklumkan bahawa lima individu berada dalam kenderaan terbabit ketika kejadian berlaku, namun tiga daripada mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan penyelamat tiba.
“Dua mangsa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak, didapati tersepit di bawah kenderaan yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam gaung. Pasukan kami menggunakan peralatan hidraulik bagi menstabilkan dan mengangkat kenderaan untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan dan mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, isteri mangsa serta dua lagi anak mereka yang cedera telah dibawa ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan.
Susu ibu sememangnya diakui akan kehebatan khasiatnya. Namun jangan dibiarkan susu hilang khasiatnya hanya kerana cara menyimpannya yang salah.
Sebagai panduan untuk bakal ibu, ikuti perkongsian cara mengurus dan menyimpan susu ibu dengan betul.
“Saya nak share tentang cara penyimpanan EBM. Ibu-Ibu boleh mulakan kumpul EBM dari dalam pantang lagi. Khas nya buat ibu-ibu yang berkerjaya, stok EBM mesti mencukupi untuk diserahkan pada pengasuh pada setiap pagi.
Cara pam susu di rumah
Bila di rumah kalau ikut cara saya sendiri, setiap kali lepas pump. Saya akan biarkan suhu susu berubah menjadi suhu bilik dulu. Sebab badan kita panas, suhu susu yang baru keluar badan sedikit berbeza dengan suhu bilik.
Biar sekejap sebelum masuk dalam peti ais. Sebab susu tu lepas pam suhu dia suam-suam kuku. Letakkan tarikh dan masa kat botol storage tu.
Jangan bekukan dulu, simpan dalam chiller dulu. Sebab nanti mahu campurkan dengan susu yang next pumping. Bila nak campur susu tu pula, saya simpan dalam botol asing-asing dulu. Masuk dalam chiller tu juga untuk samakan dulu suhu susu. Kemudian baru campurkan dengan susu yang sebelum tu punya.
Pada malamnya sebelum masuk tidur , barulah uruskan susu perahan dari siang tadi untuk di bekukan, untuk dijadikan stok. Saya lebih suka guna liner sebab boleh jimat ruang dalam freezer, kalau botol pula nanti makan ruang.
Tapi ikutlah keselesaan masing-masing lah ya. Ada juga suka pakai botol sebab senang, lepas perah je terus masuk frezeer then nampak kemas juga.
Cara pam susu di pejabat
Kalau di pejabat pula, ibu-ibu boleh bawa cooler bag, breastpump dan 4 biji botol untuk sesi memerah dan menyimpan susu. Fungsi cooler bag ni seperti peti sejuk juga, kelebihannya boleh kita bawa ke mana saja.
Jika di opis ada peti ais, bolehlah tumpang dulu di peti ais pejabat, tapi sila labelkan ya, sebab takut ada terguna bancuh air panas pula. Jadi ibu-ibu boleh buat benda yang sama macam dekat rumah.
Cuma jangan bekukan, bila sudah beku kita kena kekalkan susu itu beku sepanjang perjalanan balik ke rumah. Sebab bila sudah cair, susu tu tak boleh di bekukan lagi ya, kena gunakan dalam tempoh 24 jam.
Biarkan sejuk saja di chiller. Bila nak balik petang baru bawa balik pakai cooler bag, so suhu susu masih boleh dikekalkan.
Tempoh Ketahanan Susu Ibu
1. Suhu bilik
– Bilik tiada aircond (suhu antara 25C – 37C) – tidak lebih 4 jam.
– Bilik ada aircond (suhu antara 15C – 25C) – antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnya aircond sentiasa ‘on’ sepanjang masa.
2. Dalam fridge/freezer
– Cooler bag/box – tahan antara 12 – 24 jam.
3. Peti sejuk 2 pintu – bahagian beku (suhu antara -18C > -20C), boleh tahan hingga 3 bulan,
– Bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C – 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).
– Peti sejuk 1 pintu – bahagian beku, 2 minggu
– Freezer – tahan antara 6 bulan
Tip tambahan cara simpan susu yang betul
1. Simpan dalam bekas atau plastik kecil
Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Ye lah kadang-kadang bayi ni menyusu sikit je.
Kalau kita bagi banyak terus, Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan mungkin dia tak dapat nak habiskan, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.
2. Catat tarikh setiap perahan
Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.
3. Cairkan dengan perlahan
Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir. Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).
4. Jangan campurkan susu perahan sesuka hati
Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.
Contoh, Perah waktu pagi dapat 2 Oz, perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.
Contoh 2 ,Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.
5. Cara panaskan susu perahan
Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).
Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.
Harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu di luar sana semoga lebih tahu tentang susu perahan ni.
Sumber: Facebook Nuya Cuma
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...