Naluri seorang ibu tidak pernah silap. Lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan anaknya.
Ibu seakan dapat merasa apa yang diinginkan oleh anak dari kecil hinggalah dewasa, hanya ibu akan memahami anaknya.
Baru-baru ini, seorang ibu bernama Nurul Labis telah berkongsi pengalaman melahirkan anak kedua di Hospital Melaka pada September 2022.
Menurutnya, anaknya itu telah disahkan mengalami Hipoglisemia sehari selepas dilahirkan dan ianya kekal hingga ke hari ini.
“Anak saya songsang jadi doktor bagi tarikh awal dan terpaksa lahirkan dia secara pembedahan sebab berat waktu tu dah 3.9 kilogram pada usia 37 minggu.
“Selepas lahirkan Ahnaf dan kesan bius hilang, saya diminta untuk memberikan susu badan tetapi diuji pula dengan payudara bengkak dan tidak keluar susu badan.
“Anak dah nangis waktu itu sebab lapar. Sebagai ibu saya tak putus asa, cuba juga tapi memang tak keluar susu,” katanya.
Nurul yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa sedih dan kesal apabila mendakwa dia dilayan secara kasar oleh jururawat ketika dia meminta anaknya diberikan susu formula.
Menurut Nurul, dia bertambah sedih kerana Ahnaf ketika itu tidak berhenti menangis dan akhirnya tidur dalam kelaparan apabila seharian tidak diberikan susu.
Lebih membuatkan Nurul terkejut apabila keesokan harinya doktor memaklumkan keadaan Ahnaf yang menggigil disebabkan dia mengalami Hipoglisemia.
Nurse marah saya dan minta saya tengok pampers atau periksa takut anak kembung perut. Tetapi saya sebagai ibu, saya tahu anak sedang lapar. Rasa macam mengemis pula.
“Sepanjang malam anak berada dengan saya tapi tak boleh minum susu. Dia akan diam kalau penat menangis dan akhirnya tidur dalam keadaan berlapar.
“Esoknya, bila doktor datang periksa, dia cakap anak saya menggigil. Saya ingatkan itu normal dan beritahu doktor yang saya dah minta susu formula daripada jururawat tapi kena marah dan dia berulang kali minta maaf kepada saya,” katanya.
Ads
Kesan Hipoglisemia, anaknya terpaksa ditahan di wad penjagaan bayi untuk dipantau paras gula dan dalam masa sama denyutan jantungnya juga bermasalah kerana lahir pramatang.
Malah, katanya, sehingga kini Ahnaf masih mengalami masalah tersebut walaupun sudah berusia empat bulan.
“Seminggu anak saya kena tahan di wad sebab masalah ini. Saya dah pulang ke rumah dan terpaksa ulang alik setiap hari ke hospital untuk datang melawatnya.
“Masih ada kesan tu sampai sekarang cuma tidak teruk. Bila lambat bagi susu dia jadi gelisah dan gelengkan kepala kiri dan kanan. Badan dia pun akan menggigil,” katanya.
Nurul turut berpesan kepada ibu yang kurang berpengalaman untuk mengambil kisahnya sebagai pengajaran supaya ia tidak berlaku kepada anak mereka.
Ads
Tambahnya, Hipoglisme tidak boleh dipandang ringan terutamanya kepada bayi yang baru lahir kerana ia mengundang risiko kesihatan dan mengancam nyawa.
“Memang susu ibu terbaik. Tetapi kalau macam kes saya ni nasi pun dah jadi bubur. Jadi sediakan susu formula kalau payudara bengkak dan tak boleh keluarkan susu sebab nyawa anak lagi penting.
“Ibu di luar sana boleh tuam pada bahagian payudara supaya bengkak mudah surut sebab susu ibu memang bagus untuk rangsangan bayi. InsyaAllah susu akan keluar,” katanya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen meluahkan rasa simpati dan berpandangan susu formula perlu diberikan jika keadaan mendesak dan membahayakan bayi.
Memang kebanyakan hospital sekarang ini menggalakkan ibu memberikan susu badan namun doktor atau jururawat haruslah sedar jika ada situasi seperti ini, penggunaan susu formula sangat penting.
Antara simptom yang disebabkan oleh Hipoglisemia adalah jantung rasa berdebar, kepenatan, rasa menggigil, kulit menjadi pucat dan boleh mengakibatkan sawan.
Setiap ibu bapa punya cara dan pendekatan tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Yang pasti semua mahu anak-anak menjadi ‘orang’ lebih-lebih lagi situasio sekarang yang cukup mencabar dengan situasi pandemik.
Bagi selebriti yang juga pasangan suami isteri terkenal ini, setiap kali berkongsi cerita mengenai anak-anak, pasti menajdi perhatian warga maya. Bahkan, ada yang terinspirasi dan kagum dengan cara didikan Ozlynn Wati dan Johan pada anak-anak mereka.
Menurut Jozlyn, anak-anak diwajibkan mengaji dulu selepas subuh. Ini adalah unutk menguatkan ingatan, mata lebih segar dan sentiasa mengingati Tuhan.
Semoga Allah melindungi kamu anak2ku.. selalu jadi imam untuk mama setiap subuh bila papa kerja.. bergilir2.. mengaji sesama.. tolong mama check makna sesama.. tolong bagi tetamu tak di undang (kucing2) makan.. tolong jaga adik2 bila mama dan papa kerja.. kadang tolong kak dorthy kadang bagi kak dorthy naik hantu😂.. takpe tetap mama sayang.
Sebab bila kak dorthy ngadu libas tetap kena🤣.. arini kak chantiq dan Moleiq mama tak kejut.. nampak penat sangat.. semalam kemain tido lambat kak dorthy cakap.. dok nyanyi.. takpe la kan.. tapi sebenarnya untuk ajar anak disiplin kena konsisten jangan miss untuk kejut subuh.. so bila umur diorang 7 tahun dah takde dengar suara rengek.. nak kena paksa buat..
Semua dah tau tanggungjwp memasing.. bangun subuh solat pastu ngaji bukan bangun subuh solat lelaju pastu zassssss tido balik.. 🤣 bukan yek.. aku cakap dari segi pengalaman.. dulu aku pun macam tu.. Alhamdulillah slowly cuba perbaiki.. doakan kami #familyhanania ye.. sebab kitaorang pon selalu doakan untuk korang dan jugak untuk keluarga korang yang telah pun meninggalkan dunia.. ❤️ #offkomen #xperlukanpujian #perlukandoakalian
Gambar ni akan jadi saksi buat anak2 korg nanti.. macam mane anak2 hanania papa dan mama dok asik nak melekat jek💆♀️.. ni lepas solat.. terus amik port memasing.. berebut2!! Bak kata papa yang dah berbulu pun duk beleser macam kucing🤣🤣..
Percaya tak diorang boleh tido dalam keadaan macam ni.. kadang naik kebas kaki kita..😂😂.. harap bila diaorang sume ni dah kawin still macam ni.. bukan dorg je yang akan kami layan macam ni.. anak menantu pun ktorg akan layan macam ni.. tapi!! Kalau buat salah libas tetap libas yek!😈.. anak menantu pun kita libas macam anak kita jugak🤣.. ada sesape ke nak jadi calon menantu🙈
Rata-rata netizen memuji Jozlyn dan Johan. Malah ada yang menjadikan mereka seperti ‘role model’ dalam mendidik anak-anak. Bukan itu saja, hubungan keluarga ini cukup akrab.
Menariknya bila menanam daun sup ini, sekiranya hendak digunakan ketika memasak, gunting sahaja sebatang dua. Cukup mudah dan menjimatkan!
Kata orang kalau ‘tangan sejuk’, bagilah pokok atau tanaman apa sekali pun, pasti hidup subur. Tapi sejujurnya bukan semua antara kita pakar dalam bab menanam ni.
Oleh itu, ayuh ketahui dulu tip menanam daun sup yang dikongsikan oleh Yanie Raihan Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Ini perkongsiannya.
Salam, saje nak share tips sikit sebab saya dapati tips ni (juga dicedok dari group ni) agak berkesan.
Umur anak pokok daun sup ni dalam 2-3 bulan (lupa dah bila tanam).
Alhamdulillah kal ini nampak berjaya (setelah 3 kali percubaan). Sebelum ditanam haritu daun semua dah digondolkan.
Ni nampak meriah sikit dah daun baru banyak tumbuh so saya rasa tips tu memang berkesan.
Tipsnya:
1. Sebelum ditanam, daun semua dah digondolkan.
2. Tanam akar sahaja, jangan dibenam sampai ke batang.
3. Spray tanah sekeliling, cukup sekadar bagi tanah di sekelilingnya lembap. Takyah siram.
Daun sup ini bila hidup subur memang cantik bentuknya. Sesuai sangat ditempat di ruang dapur untuk dijadikan pokok hiasan.
Apa yang penting pastikan kedudukan pasu tersebut ada cahaya matahari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini berkongsi berita gembira apabila anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
Dapat tawaran bidang perubatan, lebih memilih undang-undang
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Aiman merupakan anak arwah adiknya. Ketika arwah meninggal dunia, beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman baru berusia tiga tahun.
Sejak dari itu, beliau menggalas tanggungjawab untuk menjaga Aiman seiring dengan permintaan arwah adiknya. Sebagai penjaga yang sah, Sheikh Muszaphar bersyukur dapat melihat setiap kejayaan yang diraih oleh Aiman.
Tambah Sheikh Muszaphar yang berkongsi kisah di laman Instagramnya, Aiman seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, Aiman telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
Namun, anak saudaranya itu memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Walau apa jua keputusan yang dibuat, Sheikh Muszaphar berkata dia sentiasa berdoa dan memberi sokongan buat Aiman.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian buat Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya mendidik dan menjaga Aiman dengan baik. Tambah warganet, kasih sayang yang diberikan oleh Sheikh Muszaphar kepada Aiman sama seperti kasih sayang yang diberikan kepada anak-anaknya sendiri.