
(Dari Kiri) Abdul Hamid Ahmad, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pembangunan McDonald’s Malaysia; Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; Puan Shamsidar Yahya, Pengarah Kanan Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia; Puan Chin Mei Lee; Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia sewaktu gimik pelancaran Majlis Sambutan Syawal bersama Mekdi 2026
Semangat Aidilfitri bukan sekadar pada pakaian baharu atau juadah di meja, tetapi pada nilai kebersamaan dan kasih sayang yang dikongsi bersama.
Tahun ini, McDonald’s Malaysia sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menyantuni masyarakat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif komuniti sepanjang Ramadan hingga ke Syawal, yang menyentuh hati ramai keluarga di seluruh negara.
Sepanjang bulan Ramadan lalu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan tiada yang terpinggir dalam menikmati keberkatan bulan mulia. Antaranya termasuk penyediaan moreh kepada 300 masjid dan surau, majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari rumah anak yatim serta pengagihan Kit Ramadan kepada keluarga dan penghuni Rumah Ronald McDonald.
Inisiatif murni yang dilakukan ini bukan sahaja memberi sokongan dari segi keperluan asas, malah membawa kegembiraan dan rasa dihargai kepada mereka yang memerlukan.
Lebih istimewa lagi, sampul raya eksklusif yang diperkenalkan tahun ini turut menampilkan hasil lukisan kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald, sekali gus memberi ruang kepada mereka untuk berkongsi kreativiti dan keceriaan sempena Syawal.
Menerusi penghasilan sampul tersebut, aa menjadi simbol kecil yang membawa makna besar, bahawa setiap insan berhak diraikan dalam suasana penuh kasih.
Memasuki bulan Syawal, sambutan diteruskan dengan lebih meriah melalui siri acara komuniti di beberapa lokasi terpilih. Restoran dihias dengan elemen tradisional yang ceria, diiringi persembahan kompang, tarian joget serta hiburan langsung yang menghidupkan suasana Raya. Bagi kanak-kanak pula, interaksi bersama maskot McDonald’s pastinya mencipta kenangan manis yang sukar dilupakan.
Sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat, sebanyak 1,000 set hidangan Foldover Ayam percuma turut diagihkan di setiap lokasi sambutan, lengkap dengan Pai Epal dan minuman Teh Fuze.
Inisiatif ini bukanlah sekadar menyemarakkan suasana perayaan, malah mengeratkan hubungan antara komuniti setempat saat menikmati kelazatan makanan yang disediakan khas.
Menambah kemeriahan, beberapa artis tempatan seperti Hael, Merqeen, SonaOne, Alyph, Dayang Nur Faizah dan Nadeera Zaini turut hadir menghiburkan pengunjung. Kehadiran kumpulan Caliph Buskers juga memberi inspirasi tersendiri, mengingatkan kita bahawa semangat positif dan ketabahan mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
BACA JUGA: Tip Buat Sambal Belacan Yang Sedap, Ikut Sukatan Dan Petua Ini
Apa yang lebih menarik, usaha menyantuni komuniti ini bukanlah bermusim. McDonald’s Malaysia secara konsisten melaksanakan lebih 10,000 inisiatif komuniti setiap tahun di lebih 370 restoran di seluruh negara, melibatkan pelbagai aktiviti bersama sekolah, rumah kebajikan dan komuniti setempat.
Ini menjadikan mereka antara jenama yang benar-benar dekat dengan rakyat, bukan sekadar dalam perniagaan, tetapi juga dalam membina hubungan kemasyarakatan.
Dalam suasana dunia yang semakin sibuk, inisiatif seperti ini mengingatkan kita tentang nilai sebenar sebuah keluarga dan komuniti. Bahawa kebahagiaan itu bukan hanya tentang apa yang kita miliki, tetapi bagaimana kita berkongsi dengan orang lain. Syawal kali ini, maknanya terasa lebih mendalam apabila diraikan bersama.