Ramai yang sebak apabila mendapati kejadian kemalangan di Perak. Akibat kemalangan itu bayi berkenaan mengalami pendarahan otak akibat kemalangan di Perak. Bagaimana pun menerusi perkongsian di media sosial bayi berkenaan dimaklumkan semakin pulih.
Difahamkan baby Aqasha Alhaq, 4 bulan, yang tercampak keluar akibat kemalangan di Lebuhraya Plus arah Sungkai pada 11 Julai lalu kini semakin sembuh.
Sekarang bayi berkenaan sudah mampu untuk mengangkat tangan hisap jari serta menggaru-garu kepala. Alhamdulillah.
Bahagian Kedua Belah Kaki Semakin Sembuh
Kaki kiri under traction, kaki kanan semakin sembuh. Selepas kedua-dua kaki dah sembuh akan proceed untuk plastic surgery bahagian punggung akibat lebam (blister) yang agak besar.
Syukur kepala tak ada keretakan. Cuma pendarahan dalaman dan sedang diberi ubatan. Aqasha Alhaq kini masih dirawat dan dipantau di HRPB Ipoh.
Terima kasih buat semua yang mendoakan kesembuhan buat baby Aqasha. Speedy recovery baby
Ads
Foto: Natasya Nadia via VIRAL PERAK
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Hati mana yang tak keruan apabila jika selama ini patuh SOP dengan ketat akhirnya turut dijangkiti virus paling bahaya di dunia ini.
Lelaki ini, Zamri Shahri menerusi facebook miliknya meluahkan rasa bahawa tidak sangka dirinya turut positif covid-19.
Bercerita lanjut kisahnya, beliau akui setiap yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.
Nurses : Aku positif Covid akhirnya.
Kejadian lewat petang 15 Januari yang lepas benar-benar merubah cara aku memandang takdir, cara aku menilai tutur kata sendiri dan cara aku melontarkan pengharapan kepada Tuhan.
Berubah 360 darjah!
Beberapa minggu yang lalu, wad Covid tempat aku berkhidmat dimasuki seorang lelaki yang agak warak. Kelihatan Al Quran senantiasa ditangan. Rajin beliau membacanya.
Ketika itu keadaan beliau agak teruk juga, batuk yang sangat kuat sehingga pembacaan Al Qurannya tersekat-sekat. Semasa aku ingin mengambil tekanan darahnya, sempat aku bertanya bagaimana beliau boleh terkena jangkitan Covid ini.
” Tidak tahu lah encik. Semua SOP saya ikut. Saya juga imam di sebuah surau dan saya juga telah pastikan jemaah saya mengikut SOP dengan betul. Akhirnya, saya yang terkena Covid. Macam mana lah saya boleh terkena ini pun saya tak tahu, ” jawab pesakit itu dengan sedikit nada kehampaan.
“Ini semua kehendak Allah. Usaha itu adalah bahagian dan tanggungjawab kita, tetapi apabila Dia mengkhendaki sesuatu itu terjadi. Ia pasti terjadi ! ” jawab aku dengan penuh yakin.
Kini, apa yang aku kata tersebut telah menjadi sebab Allah azwj untuk uji aku semula. Allah azwj ingin melihat keyakinan aku sendiri seperti mana yang dituturkan itu.
Allah telah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).
Dikalangan rakan-rakan sekerja, aku dikenali sebagai seorang yang mementingkan SOP bahkan, aku juga senantiasa membawa hand sanitizer sendiri ke mana aku pergi.
Aku tidak pernah walau sekalipun makan di tempat kerja. Selesai tugas, aku mandi dan terus balik. Tanyalah kepada sesiapa yang mengenali aku baik dikalangan staff wad mahupun ketua dan penyelia jururawat. Sungguh mereka benar-benar mengenali aku dan cara aku bekerja.
Dikalangan rakan-rakan satu jemaah pun sama. Banyak kali aku bertelagah dengan beberapa ahli jemaah dalam mempertahankan kewajaran SOP. Bagi aku, mengikuti SOP itu adalah salah satu anjuran dalam agama jika dilihat dari segi keutamaan umat Islam dalam menta’ati ijtihad pemerintah.
Setelah mengambil kemaslahatan umat, maka SOP pun dikeluarkan oleh pemerintah. Keta’atan ini berpahala seperti yang selalu aku katakan kepada rakan-rakan.
Namun, akhirnya aku sendiri yang dijangkiti Covid 19 ini. Pada petang 15 Januari tersebut, tiba-tiba badanku terasa menggigil dan kepala mulai pening serta batuk mula kedengaran seolah-olah ada sesuatu kesat yang tersangkut ditekak aku ini.
Apabila pulang ke rumah, aku memeriksa suhu badan, ternyata demam. Suhu 37.9 darjah celcius. Aku terus memberitahu ketua jururawat ketika itu melalui telefon dan keesokan malamnya diarahkan untuk mengambil ujian swab tekak dan rongga hidung.
Segala-galanya berlaku secara tiba-tiba. Sebelum itu aku sihat seperti tiada apa yang berlaku. Aku tidak lepas untuk bersenam dan berjongging setiap petang.
Namun, dalam sekelip mata badan menjadi letih lesu, kepala menjadi pening sehinggakan tahap kesakitan itu tidak dapat aku terjemahkan dalam apa bentuk perkataan, demam , seram sejuk dan batuk yang sangat mengganggu rutin harian aku.
Sehingga tulisan ini ditulis, aku masih lagi batuk walaupun semakin beransur pulih.
Kecewa?
Tentu ada.
Sakit hati?
Itu yang aku rasa sekarang.
Penat? Ya, memang penat mengawal diri mengikuti SOP dengan ketat dan akhirnya positif.
Lalu aku teringat pesanan terakhir Almarhum Shiekh Ali Jaber Rahmatullahi ‘alaih yang meninggal dunia baru-baru ini dan dijangkiti Covid menjelang akhir hayat beliau.
Dalam video terakhir itu, beliau telah menegaskan bahawa beliau adalah antara orang yang mengikut SOP dengan ketat. Namun, Qadarullah (ketentuan Allah) itu mengatasi segala-galanya.
Masha Allahu kana, wama lam yasha’ lam yakun, wa la hawla wa la quwwata illa biLlahi’l-Aliyyi’l -Azim.
(What Allah wishes happens, and what He does not wish does not; there is neither power nor ability save Allah, the High, the Formidable)
Apa yang Allah azwj berkehendak pasti akan terjadi, dan apa yang Dia tidak berkehendak pasti tidak akan terjadi. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan keupayaan dan kekuatan Allah azwj yang Maha Agung.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Quran Al-Baqarah: 216].
Demi sesungguhnya, Tuhan menjadi saksi yang aku telah usaha sedaya upaya menjaga diri dari dijangkiti. Dan akhirnya, Covid itu berjaya juga menewaskan aku.
Aku minta maaf daripada kalian semua dan semoga Allah azwj juga mengampunkan segala kesilapan, kecuaian dan kekhilafan aku dalam segala urusan kehidupan ini.
Ada juga yang cuba menyedapkan hati aku, katanya,
“Berehatlah Zamri. Allah tengok kau dah penat. Itu yang Dia bagi kau dan frontliners yang lain ‘chance’ untuk berehat dengan ujian sebegini. Percayalah, Dia nak kau berehat dan tidur sebelum berjuang semula”
Serius, aku menangis mendengarkan perkataan ini.
Mak dan abah, maafkan along kerana telah membuat kalian susah hati. Buat Isteri dan anak-anak, percayalah kekuatan diri ini sebahagiannya telah musnah mendengarkan tangisan kalian bertiga dibalik pintu pagar rumah kita.
Buat adik beradik dan rakan-rakan yang terpaksa menjalani pemeriksaan swab tekak dan rongga hidung, aku menyusun sepuluh jari kerana telah melibatkan kalian dalam masalah ini.
Maafkan aku, sungguh dan percayalah aku telah usaha yang terbaik. Namun, yang tidak diingini berlaku juga akhirnya.
Pic : Gambar ini diambil oleh isteri semasa sedang dijemput oleh kenderaan KKM ke Hospital Rembau.
Tiada yang lebih perit mengguris hati ini ketika itu melainkan mendengar tangisan anak-anak di balik pintu pagar.
Usahawan kosmetik terkenal, Eryica Baiduri atau popular dengan panggilan Madammu teruja dengan hadiah sebuah kereta mewah dari suaminya, Muhammad Azri Che Noh.
Menurut Madammu, suaminya yang lebih mesra dikenali sebagai Tuan Penasihat (TP), memberikan hadiah tersebut bersempena dengan kelahiran bayi sulung mereka baru – baru ini.
“Hadiah bersalin dan berpantang katanya!” tulis beliau di keterangan postingnya di Instagram baru – baru ini.
“TP tahu Madammu tak drive jadi dia beli ini untuk siapa sebenarnya?
“Video penuh di next episode Diari Madammu pada Sabtu ini iaitu 24 Jun, jam 10 malam,” kongsinya juga.
Madammu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya berserta foto kereta mewah yang berwarna putih.
Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan dia wanita bertuah dan meminta untuk menimang cahaya mata lagi.
“Ini kalau pregnant lagi boleh dapat rumah lagi sebuah ni Madam,” komen seorang warganet.
“Madam beranak lah lagi sorang,” usul netizen lain.
Bagaimapun, Madammu tidak berdiam diri dan membalas rata – rata komen pengikutnya itu.
“Cukup, cukup sudah… cukup sampai sini sahaja. Cukuplah 4 orang (termasuk anak tiri). Alhamdulillah dah,” jawab beliau.
Untuk rekod, Madammu mendirikan rumah tangga dengan Tuan Penasihat duda anak tiga di usia 25 tahun selepas menamatkan pengajian universiti. Tiga orang anak tirinya, Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Sejak kebelakangan ini, banyak pendedahan mengenai kecurangan pasangan dilaporkan. Tidak kurang juga isu ‘penyondol’ dikaitkan dengan beberapa orang artis dan juga selebriti.
Paling menakutkan apabila pasangan yang dalam proses penceraian tidak segan silu menceritakan ‘aib’ pasangan dan juga berperang di media sosial.
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun telah mengulas mengenai isu penceraian ini. Ada yang mengatakan ianya adalah disebabkan masalah hubungan intim.
Namun pendakwah ini menyangkalnya. Ikuti penerangan dari Ustazah Asma Harun mengenai punca penceraian.
Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ berkata, 90 peratus rumah tangga yang berakhir dengan perceraian adalah disebabkan pasangan itu mengabaikan solat.
Kata Ustazah Asma’, semua ini ada kajian ilmiah berdasarkan analisis setiap kes, fokus kepada punca masalah melibatkan ribuan kes dalam tempoh bertugas.
Masalah hubungan intim ada kalanya menjadi sebab utama, tapi kebanyakannya adalah kesan akibat bila syariat Islam diabaikan.
Contoh, seorang suami yang tidak solat, pasti cenderung abaikan juga tanggungjawab asas sebagai suami, dan mempunyai sikap yang tidak menyenangkan.
Paling utama hilang berkat dalam hubungan dan terhalang rahmat Allah, maka hubungan intim yang sepatutnya sebagai ibadah boleh bertukar menjadi musibah.
Begitu juga dengan seorang isteri yang tidak solat, jika kewajipan paling utama sebagai muslim diabaikan dan tidak rasa berdosa, maka apa sangat nak rasa berdosa bila menolak ajakan suami tanpa sebab kukuh, walaupun amaran yang sangat berat.
Katanya lagi, masalah hubungan intim boleh dibantu dengan dua keadaan. Pertama, menjawab kepada soalan yang berkait hukum hakam hubungan intim manakala kedua adalah saranan agama dan rawatan perubatan.
Apa yang saya nak nyatakan, ilmu ini memang sangat penting. Ia boleh diperolehi daripada sumber fitrah semulajadi, atau dipelajari secara tidak langsung dengan capaian ilmu dari persekitaran atau boleh juga secara formal.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menyarankan agar menggunakan ayat yang tidak menyebabkan kecenderungan untuk membayangkan secara jelas hingga boleh menaikkan syahwat selain tidak mendedahkan aib pasangan walaupun sudah tidak tinggal sebumbung.
Tambahnya, perlu juga menjemput individu yang bertauliah seperti doktor, kaunselor, perunding cara rumah tangga, peguam bagi memberi latihan khusus mengendalikan serta memberi konsultasi yang berkaitan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.