Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Ryan Bakery dan isterinya, Elyia Ibrahim yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 30 Disember 2023 di sebuah pusat perubatan swasta.
Menerusi Instagramnya, Ryan berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua sambil memuat naik sekeping gambarnya mengendong bayi lelakinya.
Ryan yang kini bergelar bapa meluahkan rasa syukur yang tak terhingganya atas kurniaan rezeki dari Allah buatnya dan isteri.
“Alhamdulillah, isteri saya @elyia.ibrahim telah selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah. Syukur kehadrat Allah SWT.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya.
“Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Amin. Ryan Ezra ❤️,” tulisnya.
Ads
Bayi lelaki yang sudah pun diberi nama Ryan Ezra itu dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 11.30 pagi.
Difahamkan buat masa ini si kecil kesayangan itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) susulan dilahirkan ketika kandungan mencecah 36 minggu.
Malah putera yang dinantikan itu kini juga turut mengalami demam kuning, pernafasan laju selain terdapat air dalam paru-paru. Pun begitu bayi comel ini dijangka dibenarkan pulang esok.
“Saya risau sangat sebab awal-awal dia dimasukkan ke NICU sebab lahir awal. Tambahan pula ada demam kuning, pernafasan laju dan paru-paru ada air sebab lahir secara pembedahan.
Ads
“Tapi alhamdulillah selepas tiga hari Ezra menunjukkan perkembangan yang positif dan sudah dipindahkan ke wad biasa sebelum dibenarkan pulang hari ini,” katanya lagi yang turut meluahkan rasa syukur.
Terdahulu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmy Bakery, 29 dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Anak-anak yang membesar perlukan bahan sokongan untuk buat minda mereka berkembang. Mainan adalah salah satu alat untuk mengasah daya kreatif, menguji imaginasi dan minda anak-anak.
Pun begitu harga permainan yang semakin mahal buat kita berfikir beberapa kali untuk membelikan mainan buat mereka. Rasa rugi melaburkan sejumlah wang yang banyak, apa kata anda cuba kreatifkan diri dan buat permainan sendiri kepada anak-anak.
Perkongsian oleh Siti Robeah Siti Ruby di facebooknya ini patut kita kongsi. Paling penting, jom lapangkan masa dan buat sendiri untuk anak-anak sementara cuti masih lagi berbaki beberapa hari ini.
Jom buat!
” Nak belikan permainan buat anak-anak kena sentiasa ada bajet. Nak bercuti kena ada bajet. Duduk rumah tak tahu nak buat aktiviti apa yang sesuai untuk anak-anak? Jom buat aktiviti DIY sendiri.
Dengan kos bawah rm10! Boleh cari di kedai RM 2, kedai alat tulis atau kedai-kedai serbaneka yang lain. Walaupun tidak semahal barangan berjenama. Apa yang penting ialah dapat membantu pembesaran fizikal dan minda, selain disukai oleh anak.
1. Fur-Sticks
Boleh cari di kedai alat tulis. Cucuk-cucuk pada penapis sayur je.
2. Ping-pong Belon
Kalau ramai anak lelaki ni confirm meriah. Tapi jangan sampai bergaduh.
3. Lumba Guli Guna ‘Noodle’
Beli ‘noodle yang digunakan untuk berenang, kemudian belah dua. Kemudian ouma guni!! Yeay
4. Papan Gelongsor
Kalau ada kotak peti sejuk tu, boleh buat ‘giant’ gelongsor. Bagi je anak-anak main sampai lembik lunyai.
6. Litar In The House
Kereta atau motor mainan yang banyak tu boleh ajak anak-anak berlumba di rumah. Feeling-feeling macam litar sepang gitu.
7. Ring Tower/Colour Block
Susun besar di bawah, kecil di atas
8. Fur-balls
Beli fur-balls dan biarkan anak-anak berimaginasi mengikit kretiviti. Kenali warna-warna.
9. Getah Ikat Rambut /Hair Bandy
Susun getah ikut kretiviti sendiri.
10. Batang Aiskrim
Boleh warnakan dulu batang aiskrim atau boleh beli yang dah siap. Ajar anak-anak asingkan warna dan mengukuhkan ingatan tentang warna.
11. Jenga DIY
Asah skill anak-anak membina bangunan. Yang bagusnya, jenga diy sendiri tak mudah patah. Boleh dicampak-dicampak dan diguna banyak kali.
12. Bubble-wrap
Jom main cop-cop kaki!
13. Toilet Paper Roll
Hanya tampal di dinding. Masukkan fur balls. Gerenti anak-anak akan ulang-alik bermain.
Sumber: Siti Robeah Siti Ruby
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meskipun kucing adalah binatang yang comel dan manja hakikatnya masih terdapat ramai orang yang takut terhadap kucing.
Hakikatnya kucing adalah antara haiwan kesayang yang sering dijadikan peneman setia. Seperti yang kita ketahui bahawa ia adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SWT.
Namun tahukah bahawa memelihara kucing ternyata mampu memberikan manfaat bagi kesihatan tubuh dan mental. Malah ia juga punca kepada rezeki yang melimpah ruah.
Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan, bukan sahaja material dan wang ringgit. Kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.
Begitula perkongsian wanita ini melalui pengamalan sendiri bahawa berkasih sayang sesama haiwan banyak manfaatnya.
Diyanah Wahid bersama kucing kesayanganya
Tahu tak kucing (semua haiwan) yg kita pelihara boleh dijadikan ‘mesin pahala’ utk kita tau.
Secara umumnya semua haiwan yg kita jumpa boleh menjadi sebab untuk kita beroleh pahala atau dosa. Terpulang kpd kita cara utk manfaatkan kehadiran haiwan-haiwan ini untuk nasib yang baik pada Hari Akhirat nanti.
Janganlah zalimi mereka.Tetapi, sayangilah mereka dan berlaku adillah. Moga-moga ia memberatkan lagi catitan amal soleh kita, amin…
Nama kucing tua saya nie “Bear”, kutip kucing jalanan nie lebih kurang 3 tahun dulu, manja melampau, suka teman org solat.
Bila tgh berdoa, die melukut diriba macam tu.. harap tgh mengaminkan doa kami sekeluarga insyaallah
MANFAAT PELIHARA SI BULUS
Gambar sekadar hiasan
Selain rezeki yang melimpah ruah, memelihara haiwan yang comel ini banyak manfaatnye termasuk 1. Menghilangkan Stres
Manfaat memelihara kucing yang pertama yakni membantu menghilangkan stress. Ketika kita memelihara kucing maka kita akan lebih banyak menghabiskan waktu dengan kucing dan ketika itu otak akan melepas hormon oksitosin. Hormon oksitosin ini berfungsi untuk menciptakan rasa tenang dan rilek
2. Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Penelitian yang dilakukan oleh National Institutes of Health menyebut bahawa anak-anak yang berada pada usia di bawah satu tahun memiliki kemungkinan kecil terpapar alergi karena interaksi dengan terhadap kucing. Kucing dapat meningkatkan kekebalan tubuh dengan menjauhkan alergi yang mungkin saja dapat menyerang tubuh.
3. Mencegah Penyakit Jantung
Mengelus dan membelai kucing akan memiliki efek menenangkan yang positif. Dengan afeksi tersebut, kucing mampu menurunkan tingkat stres dan menurunkan kecemasan. Oleh sebab itu, orang yang memelihara kucing memiliki risiko serangan jantung 30 persen lebih kecil dibandingkan orang yang tidak memelihara kucing.
Mak ayah pontengkan anak sekolah, urusan keluarga jadi alasan, sudah jadi macam perkara normal. Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah pelajar yang ponteng sekolah dengan alasan ‘urusan keluarga’. Fenomena ini, yang dahulunya dianggap sebagai sesuatu yang jarang berlaku, kini semakin menjadi kebiasaan di kalangan ibu bapa dan pelajar.
Mak Ayah Pontengkan Anak Sekolah, Urusan Keluarga Jadi Alasan, Sudah Jadi Macam Perkara Normal
Alasan seperti perlu menghadiri kenduri kahwin, pergi bercuti, atau membantu keluarga dalam urusan tertentu kini sering digunakan untuk membenarkan ketidakhadiran anak di sekolah. Persoalannya, adakah tindakan ini wajar? Apakah kesannya terhadap pendidikan dan perkembangan anak-anak?
Trend pontengkan anak sekolah, alasan urusan keluarga sudah jadi macam perkara normal. Memontengkan anak lebih awal beberapa hari sebelum bermula cuti sekolah, malah ada yang sambung beberapa hari lagi selepas cuti sekolah tamat dengan alasan ‘urusan keluarga’ seolah-olah sudah jadi satu trend dalam kalangan ibu bapa.
LEBIH TERUK LAGI, ADA YANG TANPA SEGAN SILU SANGGUP MEMONTENGKAN SEKOLAH ANAK SEMATA-MATA NAK PERGI MELANCONG, NAMUN MASIH BERI ALASAN SAMA KERANA ‘URUSAN KELUARGA’.
Tidak bijaknya perbuatan itu apabila ada yang seronok dan bangga berkongsi di media sosial gambar bercuti sakan walaupun ketika itu sepatutnya anak berada di sekolah.
Isu tersebut turut menjadi perdebatan dalam kalangan ibu bapa di media sosial. Ada yang kata tak mengapa pontengkan anak sebab cuti sekolah dan cuti kerja mak ayah tak sama.
Ada beri alasan kalau cuti hari biasa, belanja lebih murah kerana hotel murah, tiket murah, tak ramai orang dan paling penting tak perlu berdepan kesesakan jalan raya.
TAK KURANG JUGA ADA IBU BAPA DENGAN MEGAH BERKATA ANAK MEREKA TETAP PANDAI, TETAP NOMBOR SATU BERBANDING MURID YANG HADIR KE SEKOLAH SETIAP HARI.
Memontengkan anak semata-mata mahu bercuti atau balik kampung lebih awal sebelum cuti sekolah bermula bukanlah perkembangan sihat.
Ia membawa naratif kurang elok, seolah-olah menghalalkan budaya ponteng. Ia tidak sepatutnya menjadi amalan. Bimbang jika anak-anak akan terikut-ikut dengan sikap ibu bapa yang memandang remeh sesi persekolahan.
Mungkinkah fenomena ini berlaku kesan daripada tiada peperiksaan utama di peringkat sekolah rendah dan Tingkatan Tiga? Dahulu semasa ada peperiksaan besar, bukan sahaja takut nak ponteng sekolah, nak ponteng kelas petang, kelas tuisyen malam, kelas tuisyen Sabtu dan Ahad pun rasa takut. Jauh berbeza dengan zaman sekolah anak-anak sekarang.