Sekumpulan 21 murid dan empat guru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) KEMAS di Kampung Klang Gate di sini menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat susulan hujan di Lembah Klang, sejak awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata beberapa lokasi di sekitar kawasan itu dinaiki air susulan kejadian limpahan air sungai berhampiran.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta BBP Ampang dikerah ke lokasi terbabit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi.
Ads
“Komander operasi melaporkan banjir dianggarkan pada paras pinggang (dewasa) menaiki empat rumah dan sebuah Tabika KEMAS.
“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 pelajar serta empat guru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ads
Keadaan anak-anak ini yang terpaksa naik ke atas meja turut tular di media sosial. Bagaimanapun kesemua murid dan guru-guru telah dibantu dan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Apabila tiba musim durian, selain kendurian ada perkara yang selalu dibangkitkan. Apa lagi kalau bukan kerana bau durian yang kuat dan menusuk.
Bagi peminat durian, mungkin ia bukanlah masalah namun bagi yang kurang menggemarinya dan alah pada bau, perkara ini merupakan isu besar.
Ada juga pasangan yang bergaduh mengenainya walaupun ianya dilihat sebagai satu perkara yang kecil.
Jangan risau, kini sudah ada solusinya.
Anda boleh gunakan lima petua atau tip yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut:
1. Serbuk kopi
Bungkus serbuk kopi dalam kain atau gunakan kopi uncang dan letakkan di dalam kereta.
Aroma dikeluarkan kopi akan menyerap segala bau durian atau segala jenis bau busuk lain dalam kereta.
Biji kopi juga biasanya digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau pada hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda untuk dicuba.
2. Cuka
Letakkan semangkuk cuka dalam but kereta sebelum ditinggalkan kereta bertutup.
Bau cuka yang sifatnya berasid boleh menghilangkan bau durian.
Cuka juga berfungsi untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan kereta kerana baunya.
Tip ini boleh mengelakkan kita daripada terkena najis kucing di sekitar kereta sebelum menaiki kenderaan.
3. Roti putih
Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari.
Roti berfungsi menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras.
4. Arang
Kalau di rumah tiada roti, boleh gunakan arang untuk ditinggalkan dalam kereta.
Arang berfungsi untuk menyerap bau dalam kereta selepas ditinggalkan beberapa hari.
Bahan bakar tersebut masih boleh digunakan untuk membakar atau majlis barbeku (BBQ) setelah dikeluarkan dari kereta.
5. Daun-daun tumbuhan
Balut durian dengan daun ubi kayu, betik atau pandan atau apa-apa daun yang boleh menutup buah.
Melalui kaedah ini, bau tersebut akan dapat diserap oleh daun itu terlebih dahulu.
Satu lagi cara adalah dengan membungkus dahulu buah durian sebelum dimasukkan ke dalam kereta dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik yang diikat dengan kemas
Ibu bapa mana tak luluh hati apabila anak yang dikendung selama 9 bulan dalam perut dan sejak kelahirannya ditatang bagai minyak yang penuh tiba-tiba diduga dengan dugaan yang sangat hebat.
Lebih memilukan, setiap hari progress kesihatan anaknya semalam merosot dan yang hanya mampu dilakukan hanyalah doa.
Sejak video mengenai adik Iman yang mempunyai penyakit saraf otak tular di TikTok, saban hari ramai yang melewati akaun milik ibunya itu untuk mengetahui perkembangan adik Iman.
Sebak apabila melihat kembali videonya yang ceria seperti kanak-kanak lain, berlari dan saling kejar- mengejar kini hanya mampu duduk di atas kerusi sahaja.
Menurut ibunya, Iman mula menghidap penyakit ini sejak setahun yang lalu.
Dia dan suaminya sudah mencuba pelbagai rawatan untuk Iman sembuh seperti sedia kala.
‘Kami pernah pergi berubat secara neuropathic di Pulau Pinang namun terpaksa menghentikan rawatan kerana jarak perjalanan yang jauh memandangkan kami tinggal di Jerantut, Pahang.’
Permulaan Iman Sakit
Menurut ibunya, Iman tidak demam, tidak ada sawan. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.
‘Sampai terjatuh dia usaha nak pakai baju tapi tak boleh.’
Sebak mengenang kembali detik dimana Iman mula-mula menghidap penyakit ini.
Keadaan Terkini Iman
Iman kini sudah tidak boleh melihat, boleh mendengar tetapi tidak mampu membuat sebarang maklumbalas. Dia hanya mampu terlantar dan kerap kejang.
Namun Imam masih boleh menelan (makan bubur).
Solusi rawatan bagi Iman kini adalah melakukan terapi tetapi kosnya agak tinggi.
Mesti Baca :
Erti Kerinduan Seorang Ibu
Ibu mana yang tidak rindukan kemanjaan anak. Anak yang selalu membuatkan kita ketawa, yang riang dan sangat menyenangkan. Itulah yang dirasai oleh Puan Norhanisah kini apabila Iman hanya mampu berlantar.
Kerap memuatnaik video-video Iman sewaktu sihat, para pengikut yang mengikuti perkembangan Iman turut sebak melihatnya.
Menyaksikan bagaimana kanak-kanak ini yang dalam keadaan sihat secara mengejut kesihatannya merosot.
‘Hargai Anak Ketika Mereka Masih Sihat, Masih Ada. Cipta kenangan sebanyak yang boleh.’
Terlalu mendalam kata-kata ini. Dan pastinya sebagai seorang ibu tidak akan lari dari perasaan bersalah apabila sesuatu terjadi kepada anaknya.
Adik Jumpa Kembar Iman
Setiap kali mengambil anak keduanya iaitu adik kepada Iman, adiknya akan cakap,
‘Ibu, dekat sekolah ada muka macam abang Iman. Adik selalu tengok dia sebab rindu dekat abang Iman.’
Puan Norhanisah berpeluang melihat sendiri kanak-kanak yang dimaksudkan oleh anaknya itu.
‘Allahu.. Memang ada gaya. Muka anak soleh. Macam itulah Iman waktu di sekolah. Suka buat hal sendiri. Tak pernah ganggu orang.’
‘Saya sanggup ke sekolah untuk jumpa Harraz yang seiras Iman.’
‘Ya Allah, menitik airmata. Seirasnya Iman.’
Takkan Putus Asa
Sebagai ibu bapa, mereka tetap berharap agar iman akan sembuh.
Seperti bapanya, dia tetap akan membuat rutin yanh selalu dilakukan dengan Iman sewaktu Iman sihat.
Tetap akan berborak dengan Iman walaupun kini Iman tidak mampu memberikan apa-apa maklumbalas untuk memulihkan ingatan Iman.
‘Iman sudah tidak boleh nampak tetapi deria mendengar itu masih ada. Fikiran Iman mungkin kosong tapi ibu dan abah akan terus berborak dengan Iman untuk memulihkan ingatan Iman. Insya Allah.
Iman Perlukan Rawatan Segera
Menerusi info yang diberikan oleh ibunya, Iman kini memerlukan kerusi mandi dan perubatan Iman ke Sabah.
Bagi yang ingin membantu, anda boleh memberikan sumbangan ke akaun ibunya.
Sama-sama kita doakan agar keajaiban berlaku. Adik Iman akan sembuh seperti dulu dan berlari riang seperti kanak-kanak lain.
Ibu bapa mana tak teruja untuk menyambut hari kelahiran anak buat kali pertama. Pelbagai persiapan diadakan bagi memenuhi impian anaknya. Paling dititik beratkan adalah minat anaknya terhadap sesuatu animasi ataupun kartun yang turut dijadikan sebagai tema majlis untuk memastikan anaknya teruja.
Kisah wanita ini pastinya mengundang sebak. Setelah sebulan bertungkus lumus membuat persiapan untuk meraikan ulang tahun anak yang pertama yang bertemakan Cocomelon, keesokan harinya dia pergi meninggalkan permata hatinya itu.
Ucapan Hari Lahir
Selepas majlis sambutan hari lahir yang turut diraikan oleh sanak saudara dan kenalan, wanita yang bernama Athirah Jaafar ini sempat menitipkan ucapan dan doa buat permata hatinya, Muhammad Haider Yusuf di laman sosial.
Dijemput Ilahi Sehari Selepas Sambutan Ulang Tahun Anak
Tiada siapa dapat menduga, baru terlakar detik bahagia tiba-tiba bertukar sedih. Perkhabaran bahawa Athirah Jaafar telah meninggal dunia selepas pengsan ketika berada di tempat kerja sebelum di bawa ke salah sebuah pusat perubatan di Sarawak telah di sampaikan oleh makciknya.
Suami kepada Athirah Jaafar amat terkesan dengan pemergiaan isterinya yang sangat mengejut. Menerusi laman Facebooknya, Mumin Mohd redha dengan pemergiaan isterinya. Turut meluahkan rasa pilu bahawa perasaan cinta dan sayangnya kepada arwah tiada terganti.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.