Apabila tiba musim durian, selain kendurian ada perkara yang selalu dibangkitkan. Apa lagi kalau bukan kerana bau durian yang kuat dan menusuk.

Bagi peminat durian, mungkin ia bukanlah masalah namun bagi yang kurang menggemarinya dan alah pada bau, perkara ini merupakan isu besar.

Ada juga pasangan yang bergaduh mengenainya walaupun ianya dilihat sebagai satu perkara yang kecil.

Jangan risau, kini sudah ada solusinya.

Anda boleh gunakan lima petua atau tip yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut:

1. Serbuk kopi
Bungkus serbuk kopi dalam kain atau gunakan kopi uncang dan letakkan di dalam kereta.

Aroma dikeluarkan kopi akan menyerap segala bau durian atau segala jenis bau busuk lain dalam kereta.

Biji kopi juga biasanya digunakan oleh jurujual minyak wangi berjenama untuk meneutralkan bau pada hidung sebelum menghidu minyak wangi yang akan mereka sembur pada anda untuk dicuba.

IKLAN

2. Cuka
Letakkan semangkuk cuka dalam but kereta sebelum ditinggalkan kereta bertutup.

Bau cuka yang sifatnya berasid boleh menghilangkan bau durian.

Cuka juga berfungsi untuk mengelakkan kucing membuang najis di kawasan kereta kerana baunya.
Tip ini boleh mengelakkan kita daripada terkena najis kucing di sekitar kereta sebelum menaiki kenderaan.

3. Roti putih
Ambil beberapa keping roti putih (tak kira apa jenama) dan letakkan di dalam kereta anda selama dua hari.

IKLAN

Roti berfungsi menyerap segala bau yang ada dan selepas dua hari roti tersebut akan mengeras.

4. Arang
Kalau di rumah tiada roti, boleh gunakan arang untuk ditinggalkan dalam kereta.

Arang berfungsi untuk menyerap bau dalam kereta selepas ditinggalkan beberapa hari.

Bahan bakar tersebut masih boleh digunakan untuk membakar atau majlis barbeku (BBQ) setelah dikeluarkan dari kereta.

IKLAN

5. Daun-daun tumbuhan
Balut durian dengan daun ubi kayu, betik atau pandan atau apa-apa daun yang boleh menutup buah.

Melalui kaedah ini, bau tersebut akan dapat diserap oleh daun itu terlebih dahulu.

Satu lagi cara adalah dengan membungkus dahulu buah durian sebelum dimasukkan ke dalam kereta dengan beberapa lapis bungkusan beg plastik yang diikat dengan kemas

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Rupanya 5 Bahan Ini Dapat Hilangkan Bau Durian. Lepas Ni Tak Perlu Sorok-Sorok Beli Lagi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI