Anda mesti akan berasa kagum dengan seseorang yang boleh mencongak pengiraan tanpa menggunakan calculator lebih-lebih lagi yang tidak bergantung pada mana-mana alatan mahupun kertas untuk melakukan cara pengiraan.
Contohya di kedai mamak, cara pelayan mengambil order dengan hanya mengingat menu makanan yang dipilih pelanggan pasti membuat anda kagum inikan pula yang dapat mengira dengan pantas.
Jika anda berkunjung di negeri Terengganu, anda wajib berkunjung di sebuah gerai yang di usahakan oleh seorang wanita ini. Apa yang menarik selain menu makanan yang sedap adalah cara pengiraan wanita ini yang unik dan pantas setiap kali pelanggan meminta jumlah yang harus dibayar pasti mencuri perhatian anda.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @azman_ngah, lelaki ini bersama ibunya pergi bersarapan di kedai Mak Cik tersebut dan memesan lauk daging, ayam goreng, mi goreng, sebiji telur bersama air milo ais dan teh o ais.
Ads
Namun apa yang menarik tumpuan ramai adalah pengiraan Mak Cik kedai tersebut yang sangat lain daripada yang lain ditambah pula dengan pengiraannya yang sangat pantas.
Makcik berkenaan menggunakan angka ratus dalam cara pengiraannya malah ramai juga yang terhibur dan tertanya dengan jumlah RM220 yang dikatakan Mak Cik tersebut, dimana harga asal hanyalah RM22 sahaja.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pada awalnya pening dengan cara pengiraan makcik tersebut namun akhirnya kagum melihatnya yang laju mengira tanpa menggunakan kalkulator.
“Ingatkan RM220 sungguh mujur baca komen, baru nak kecam”- Netizen
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berhasrat untuk datang ke kedai makcik tersebut dan merasai sendiri air tangannya.
Tip Hilangkan Simen Melekat Pada Lantai & Jubin, Tukang Rumah Ini Kongsi Caranya
Selepas rumah siap dibina atau proses renovasi dilakukan, masalah yang sering dihadapi ialah kesan simen yang melekat pada lantai dan juga jubin. Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa apatahlagi lantai akan sentiasa rasa kesat bila dipijak.
Sudah berbagai-bagai cara dipraktikkan untuk menghilangkan kesan-kesan simen yang melekat pada lantai namun kesan simen itu tidak juga hilang.
Sebenarnya, ada cara untuk menghilangkan kesan sisa simen tersebut. Berikut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok, Zulacu (Abang Zul). Semoga bermanfaat.
Ini kesan simen yang melekat pada lantai.
Untuk menghilangkan kesan kotoran yang melekat pada lantai, anda boleh menggunakan cecair ‘Mosaic Cleaner.’ Cecair ini boleh dibeli di kedai-kedai ‘hardware.’
Semburkan air pada pintu bagi mengelakkan wap daripada cecair ‘mosaic cleaner’ mengubah warna pintu tandas.
Bersihkan lantai yang terkena kesan simen dengan cara mencelupkan mop dengan cecair mosaic cleaner. Mopkan ke semua bahagian lantai yang terlibat.
Inilah hasilnya. Bagaimanapun kesan-kesan cat yang melekat pada lantai/jubin tidak boleh dihilangkan dengan cecair ini. Kesan sisa cat hanya boleh dihilangkan dengan menggunakan cecair pelarut (thinner) yang juga boleh dibeli di kedai-kedai harware.
Berikut video penuh seperti yang dikongsikan TikTok Zulacu (Abang Zul)
Hajat seorang kanak-kanak yang menghidap sakit vasculopathy cirrhosis occlusive untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pembedahannya akhirnya termakbul.
Dalam pertemuan tersebut, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Farzana itu telah di ajar doa Afiyah oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim @stevensimck, Anwar sedang menulis doa dan kata-kata semangat di atas sebuah buku untuk diberikan kepada adik Farzana.
“Ya Allah, kurniakan aku kesihatan, maknanya sihat badan, sihat fikir, dan sihat jiwa,” kata Anwar.
Menelusuri ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa sebak melihat layanan Anwar yang begitu merendah diri dan mendoakan semoga adik Farzana diberi kesembuhan.
“Semoga Allah bagi adik Farzana kesembuhan.
“Masya-Allah, untung rakyat Malaysia ada Perdana Menteri macam ni.
“Berjawatan paling tinggi dalam sesebuah negara tidak hilang sifat seorang ayah yang prihatin, belas ihsan, ikhlas, dan jujur,” tulis netizen.
Masih ingat dengan kisah Abil Fikri Ahmad, seorang suami satu dalam sejuta yang telah berkorban segalanya untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit?
Kisahnya pernah tular suatu ketika dahulu selepas mengambil keputusan berhenti kerja dan menjaga isterinya sepenuh masa. Dia mendapat jolokan Duda Idaman Malaya dan menjadi sebutan ramai selepas kisah ketabahannya menjaga isteri Fauziah Muhamad yang menderita penyakit saraf otak sehingga meninggal dunia pada 2 April 2013.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi.
Akhiri zaman duda selepas lima tahun
Selepas lima tahun hidup menyendiri, Abil Fikri Ahmad, mengakhiri zaman dudanya dengan suri hati Nor Aida Mohamad pada Julai tahun lalu.
Dia dalam pada itu, meluahkan rasa syukur kerana kekosongan jiwanya selepas pemergian isteri kini terisi dengan kehadiran isteri baru yang disifatkan seorang yang memahami.
Isteri baru sama negeri dengan arwah
Menurutnya, perkenalannya dengan isteri bermula sebagai rakan blogger, namun masing-masing tidak pernah meluahkan isi hati.
“Isteri antara rakan blogger yang rapat dan banyak membantu saya. Lagipun kebanyakannya sudah berkahwin dan dia pula masih bujang pada waktu itu, sudah tentulah saya lebih rapat dengannya,” jelas Abil sambil mengakui Nor Aida yang berjaya mencuri hati Abil Fikri juga berasal dari Terengganu sama seperti Allahyarhamah Fauziah.
“Tapi, kami tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun. Cuma, Disember lalu saya mencuba nasib melamarnya dengan soalan bergurau sama ada sanggup berkahwin dengan saya. Tak sangka dia menjawab ok,” katanya.
Abil Fikri berkata, isterinya, Nor Aida Mohamad, 30, kini mengandung enam bulan dan dijangka bersalin pada pertengahan September ini. Bekas perunding kewangan itu turut berkongsi rasa apabila bakal menimang cahaya mata sendiri dalam usia 50 tahun.
Allah sedia ‘hadiah’ istimewa
Malah, katanya, berita gembira itu dikhabarkan isterinya pada sambutan ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu sekali gus menjadi hadiah paling besar dalam hidupnya.
“Pada Julai tahun lalu, saya menemui pengganti teman hidup selepas lima tahun hidup sendiri dan tahun ini saya bakal bergelar bapa pula. Bayangkan dalam usia begini baru dapat rasa perasaan macam mana bergelar bapa.
“Awalnya saya seperti tak percaya, blur dan tidak terkata bila isteri memberitahu berita kehamilannya. Termenung seketika waktu itu, lama-kelamaan baru saya rasa seronok. Alhamdulillah, Tuhan nak bagi kita tak tahu, dulu saya jaga arwah sakit dan apabila dia ‘pergi’ saya rasa ‘alone’ kerana tak ada orang nak ceriakan hidup saya.
‘Rupanya Allah nak sediakan ‘hadiah’ yang cukup istimewa buat saya. Betapa besarnya nikmat yang Dia beri kepada saya. Saya sangat bersyukur dan gembira dengan kurniaan ini. Dapat isteri yang baik dan memahami.
Saya tidak sabar nak tunggu saat anak ini lahir kerana dengan arwah isteri, kami tidak ada rezeki dikurniakan anak. Dapat rasa kasih sayang anak-anak pun dengan lima anak arwah kerana itu merupakan perkahwinan keduanya,” jelas Abil yang mengakui hubungan dengan keluarga bekas mertua tetap rapat sehingga kini.
Rutin jenguk ibu arwah
Bercerita mengenai sambutan Syawal tahun ini, Abil Fikri berkata, saban tahun rutinnya adalah menziarahi ibu arwah isterinya di Terengganu. Namun Aidilfitri kali ini dia tidak dapat berbuat demikian.
“Sepatutnya saya beraya di Terengganu rumah isteri, tetapi disebabkan kakak ipar saya diserang strok, jadi semua ahli keluarga turun ke Kedah dan beraya di sana. Walaupun saya sudah ada isteri baru tetapi ibu arwah Gee tetap ibu saya selamanya. Rutin saya melayaninya sehingga kini tetap sama. Insyaallah dalam seminggu dua lagi saya akan turun beraya di Terengganu dan akan singgah di rumah arwah.
Isteri bukan pengganti arwah
Malah, dia yang kini aktif sebagai penceramah bersyukur kerana Nor Aida sangat memahami dan tidak pernah cemburu.
“Saya tak pernah anggap Aida sebagai pengganti arwah kerana pada saya mereka adalah dua insan yang berbeza. Saya berkahwin bukan kerana nak cari ganti kerana arwah tiada galang gantinya. Tetapi saya kahwin lain kerana nak cari isteri baru. Mereka ada keistimewaan masing-masing dan saya tidak pernah terfikir untuk membandingkan mereka berdua.
“Kahwin kena ada rasa suka dan sayang, tapi sebab kami dah biasa buat kerja bersama memandangkan dia PA saya, jadi apa jua masalah saya ceritakan padanya. Ada benda yang saya tak ceritakan pada orang lain, tetapi dengan Aida mudah untuk saya luahkan.
“Malah, dulu saya selalu berdoa mengharapkan jodoh buat kali kedua dengan wanita berasal dari Terengganu iaitu sama dengan arwah isteri, itu juga Allah makbulkan. Bila satu kampung ini, senanglah saya nak pergi ziarah. Paling saya terharu kerana ibu arwah juga merestui hubungan saya dengan isteri.
“Alhamdulillah, lepas kahwin barulah saya rasa nikmat nak bercinta. Tak sangka cinta selepas nikah lebih menyeronokkan dan rasanya lain macam. Waktu isteri beritahu dia hamil, saya sempat bergurau, kononnya anak kami umur 10 tahun nanti saya dah macam ‘atuk’ pada anak sendiri,’ seloroh Abil yang mengakui selain memahami, isterinya juga matang dan tidak cepat melatah biarpun tahu suaminya itu mempunyai ramai ‘follower’ di media sosial.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus membuktikan komitmennya terhadap kebajikan rakyat apabila menyalurkan RM115,000 hasil daripada kerja sambilan yang dilakukannya bagi...