Bukan calang-calang, anak kepada pelakon, Fatin Afeefa, si comel Ivy Herra Sophia membanggakan ibu dan ayahnya apabila memperolehi semua A dalam tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Fatin Afeefa, dia amat berbangga malah kagum dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
“Congrats Joyah,” tulisnya ringkas menerusi video berkenaan.
Ads
Tanpa mendedahkan nama sekolahnya, jelas si comel Ivy menunjukkan reaksi wajah yang cukup gembira ketika memberitahu markah peperiksaan subjek tahun 3 kepada ibunya.
Ads
Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah. Memang terbaik!
Tidak hanya Ivy bahkan Fatin Afeefa juga turut membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Terdahulu, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Fatin Afeefa turut mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulunya dengan bekas suami, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Wife aku warded 4 hari 3 malam dekat Hospital Putrajaya, March lalu. Sebelum aku ambil dia dekat ward, wife pesan untuk bayar bil rawatan dan kos ward dekat kaunter dulu. Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400.
Sekali kena bayar RM17 aje.
Aku macam “lah?…” “serius la?”.
4 hari 3 malam kot. Aku dah ready kad debit just in case tak cukup, boleh bayar online.
Aku tanya Liya (wife), “Makanan macam mana?”
Dia kata “Kerap bang. 5x sehari..”
“Makanan standard orang sakit ke?” Aku tanya.
“Tadi makan ayam kurma..”
Uih, bukan kaleng-kaleng.. aku tak puas hati “Nurse jaga macam mana?”
“Tiap jam datang jenguk, nak make sure kerap minum dan check urine..”
Aku pun tanya wife.
“Cuba teka berapa abang bayar bil sayang..”
“300 ada?…” Dia jawab.
“17 ringgit aje.” aku kata.
Dia pun terkejut. Aku still tak puas hati, esok hari aku masuk office aku tanya kawan office “kau selalu pergi hantar anak/bini warded kan? Berapa caj?”
“Depend. Kadang tak sampai 10 ringgit..”
Peh.
Aku mulai dari saat tu, memang aku respect habis la dengan healthcare kita. Sebelum ni memang la pernah pergi KK dan bayar RM1 tiap kali pergi. Tu aku kira memang murah. Tapi ni warded, 4 hari 3 malam. Siap makan minum, ada nurse jaga dan pantau.
Memang betul la, kos healthcare negara kita jauh lebih murah. Walaupun kadang kala kau tunggu servis diorang lama, tapi berbaloi la dari bayar ribuan ringgit untuk perkhidmatan dan layanan yang hampir sama.
Kau kena menarik nafas yang lega sebenarnya, diwaktu negara yang kau sangka porak peranda ni, masih ada kebajikan yang negara mampu cover kita.
Kalau rasa perkhidmatan KK tu lambat, dan kita banyak duit, pergilah hospital/klinik swasta. Kalau kita tak ada banyak duit, maka kita kurang pilihan. Jadi bersyukurlah walaupun tak puas hati. At least poket tak koyak.
Tak semua benda kita kena tak puas hati. Cuba jadi baik, tak salah pun.
PENAFIAN: Thread ni tidak mengatakan kos semua jenis rawatan termasuk bersalin itu murah di Hospital Putrajaya. Seperti yang tertera pada resit, ianya hanya merangkumi kos penginapan wad (RM3/unit *mungkin per hari) dan kos Urine for feme(idk what is that) RM5.
Ini hanyalah cerita pengalaman aku dan isteri di Hospital Putrajaya. Ceritanya panjang, dipendekkan cerita, wife aku dehydration kena masuk wad emergency hosp putrajaya dan dipindahkan ke PBBR presint 8. Bayar bil di kaunter Hospital Putrajaya.
Wife aku warded 4 hari 3 malam dekat Hospital Putrajaya, March lalu. Sebelum aku ambil dia dekat ward, wife pesan untuk bayar bil rawatan dan kos ward dekat kaunter dulu. Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400.
Minggu depan bermulah persekolahan buat anak-anak setelah sekian lama bercuti. Pastinya ibu-ibu pun ligat sekali untuk memastikan keperluan anak disediakan dengan lengkap termasuk gosok baju dan alatan persekolah. Malah kebanyakan buku teks sekolah juga perlu dibalut bagi memastikan kemas dan tidak terkoyak.
Namun, perkara yang paling penting adalah penyusunan buku teks supaya tidak tertinggal. Bagi mereka yang anak baru memasuki darjah satu pastinya memerlukan ibu bapa menyusun buku mengikut jadual. Bagaimanapun, ada juga kes tertinggal buku teks walaupun hari-hari anda menyusun buku. Mahu kelam kabut juga kan.
Melalui perkongsian Puan Aliffa Rafini Abdullah memberikan tip mengguruskan penyusunan buku sekolah secara sistematik dengan mudah dengan menggunakan sticker dan fail. Kos yang dikeluarkan pun murah untuk digunakan selama setahun. Confirm tak tertinggal buku!
Kebanyakan kaum ibu yang mempunyai anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan pasti ada mengalami situasi begini setiap hari:
“Mana buku subjek Matematik, Bahasa Malaysia? Buku latihan yang satu lagi tu mana?”
Di sini saya nak berkongsi tips cara pengurusan yang sistematik, baik untuk anak-anak dan baik untuk ibu bapa. Ye la, dapat elak penyakit darah tinggi kan?
Setiap buku matapelajaran akan dimasukkan ke dalam satu fail khas untuk semua subjek.
Ini Caranya:
Nak Elak Tertinggal Buku Sekolah
Tujuannya untuk elak kes terlupa buku teks, buku latihan atau nota. Untuk nampak lebih kemas, saya tampalkan “sticker” jadual di bahagian tepi. Biasa la perempuan kan, takkan pandai make-up muka sendiri je nak nampak cantik. Hehe.
Cara ini akan memudahkan anak saya, Armand Hadeef Hafizul Hakim mengemas sendiri buku-buku di sekolah di rak buku selepas di gunakan.
Kalau ada buku tidak ada dalam fail, dia akan cari kerana mungkin ada kawan-kawan terambil buku di kelas. Impaknya, tidak ada masalah kehilangan atau tertinggal buku di sekolah.
Mudah Semak kerja sekolah anak
Setiap kali balik sekolah, saya akan buka fail dan semak ada kerja rumah atau tidak. Ataupun kalau cikgu subjek ada beri notis, mudah untuk saya tahu aktiviti yang dijadualkan.
Selain sistematik, ia juga mengelak buku anak saya daripada basah. Biasalah budak darjah 1. Kadang-kadang air tertumpah di dalam beg atau apabila terkena hujan, buku tidak basah.
Kos bajet
Harga fail ni murah je. Saya beli di kedai “SuperSave” dan Mr. DIY. Anak lelaki saya ni awal dah warning, tak nak ada gambar kartun Frozen. Pandai pula ada rasa malu. Hehe.
Kepada ibu bapa, semoga bermanfaat. Beritahu pasangan, mana tahu cara ni dapat bantu kalian kurangkan masalah kena hantar buku ke sekolah sebab terlupa. Tolong share ye, terima kasih!
Semakin dekat nak peperiksaan, semakin debaran buat anak dan juga ibu ayah. Biarpun anak tak pandai, tetapi ibu ayah bagilah harapan buat anak. Cara ini memberinya semangat buat dirinya.
Walaupun kadang, tanggungjawab berat sebagai ibu bapa mencari rezeki, namun apa salahnya selit sedikit ruang waktu untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Ingatlah, masa emas bersama anak-anak semasa kecil tidak akan berulang kembali. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi terbaik kepada anak-anak .
Begitu juga dengan perkongsian guru ini dalam status laman facebooknya Mohd Fadli Salleh III. Beliau berharap setiap ibu bapa meluangkan sedikit masa untuk memberi semangat dan harapan buat anak-anak. Biarpun anak-anak kurang bijak, namun, harapan masih menggunung tinggi untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kita bukan yang menentukan hari esok apa yang akan berlaku, hanya tuhan yang menentukan segalanya. Ikuti perkongsian guru ini .
Petang semalam sewaktu dalam kelas saja aku survey tanya murid tahun 6,
“Siapa mak ayah dia tak boleh datang solat hajat malam ini?”
Lebih 10 orang angkat tangan. Terkejut aku. Tak sangka ramai juga. Tu baru sekelas.
“Awak balik rumah, cakap kat mak dengan ayah kata cikgu suruh datang malam ini. Solat hajat beramai-ramai di sekolah malam ini adalah solat hajat terakhir untuk awak semua menjelang UPSR.
Jika mak ada adik, bawa adik sama. Tiada masalah. Jika ayah ada kerja, suruh tinggal sekejap kerja. Datanglah solat hajat. Semua ini bukan untuk cikgu, ini semua untuk awak juga.”
Murid menganggukkan kepala tanda faham. Dan malam tadi, Alhamdulillah bertambah bilangan dari survey awal aku petang semalam.
Namun masih ada beberapa murid hadir tanpa diiringi oleh sesiapa. Mak, ayah atau abang hantar kat pagar sahaja dan pulang.
Malam tadi masa ke kantin lepas solat hajat untuk jamuan makan, seorang murid perempuan dari jauh memanggil aku,
“Cikgu! Tunggu!”
Aku perlahankan langkah tunggu dia mengejarku dan kami berjalan beriringan. Sambil-sambil itu aku tanya,
“Awak datang dengan siapa?”
“Ayah hantar,” balasnya pendek.
“Mana ayah?”
“Ayah hantar kat pagar sahaja. Jam 9:00 nanti ayah akan datang ambil. Ayah kata ada kerja,” balas dia perlahan.
Mata hanya pandang lantai tempat kaki melangkah. Sekilas aku perasan, sedikit perasaan sedih dan sebak terbayang di wajah anak itu.
Orang lain, berjalan beriringan dengan ibu ayah ke kantin. Yang berpimpin pun ada. Sambil-sambil berborak dan bercerita dengan gembira.
Mungkin itu sebab dia panggil aku. Nak berjalan beriringan seolah berjalan dengan ayah sendiri. Dia nak perasaan itu hadir dalam hatinya walau sedikit. Walau tidak sama.
Dia dan segelintir yang lain, hanya cuba menghiburkan diri dengan guru dan kawan-kawan senasib. Bergelak ketawa, bergurau senda dan bermain sesama mereka.
Nampak luaran gembira, namun percayalah. Di dalam hati mereka terasa satu perasaan mengharap ibu dan ayahnya hadir sama.
Ibu bapa. Bila pihak sekolah anjurkan program tolonglah luang masa dan hadir.
Terutama jika anak kita di tahun peperiksaan. Program bertemu waris, program solat hajat, program diskusi bersama pihak sekolah dan guru, tolonglah hadir.
Itu anak kalian. Anak kandung kalian yang dari kecil kalian dukung, tatang, mandikan, suap makanan, belai, hiburkan dan segala macam.
Kenapa bila rasa anak sedikit besar, maka boleh lepaskan begitu sahaja?
Mereka masih anak yang sama kalian pernah suap nasi dahulu. Anak yang sama kalian pernah basuh berak kencing mereka.
Susuk tubuh mungkin sudah besar bagai orang dewasa. Namun mereka tetap anak kecil kesayangan kalian suatu ketika dahulu lagi.
Mereka sangat perlukan sokongan dan semangat dari kalian. Meski pun tidak berjalan beriringan, tidak berkepit dengan mak ayah sewaktu program sekolah, namun sesekali mereka akan mencari-cari.
Ya, anak-anak ini mencari-cari wajah ibu dan ayah mereka dicelahan ratusan wajah-wajah lain.
Sebaik terpandang wajah ibu atau ayah, satu perasaan lega dan selamat pasti hadir dalam lubuk hati. Satu perasaan yang sukar aku nak ungkap dengan kata-kata. Seolahnya hati berkata,
‘Oh, ayah dan ibu aku ada.’
Pasti hadir perasaan tenang, lega, selamat dan memberi semangat.
Kita pernah menjadi anak kecil suatu ketika dahulu. Aku yakin kalian faham perasaan itu.
Biar Anak Tak Pandai, Bagilah Harapan Buat Anak Untuk Peperiksaannya. Status Cikgu Ini Penuh Pengisian
Tak kiralah anak kita itu tidak pandai ke, langsung tiada harapan dalam peperiksaan ke, atau pandai berdikari dan urus diri sekali pun.
Itu anak kita. Hadir dan beri mereka satu perasaan yang istimewa buat mereka. Tolong ya!
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.