Lama tidak mendengar khabar pasangan artis veteran ini. Sebelum ini admin ada memuat naik kisah Datuk Zulkifli Zain, 73, yang dimasukkan ke hospital.
Terbaru, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar, 61, menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 semalam.
.
Pasangan itu diraikan bersama anak-anak mereka termasuk pelakon dan pengarah teater Norzizi Zulkifli.
.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Norzizi dengan beberapa keping foto dan video ketika menyambut ulang tahun perkahwinan bersama ibu bapanya di akaun Instagram miliknya. “Selamat Ulangtahun yang ke 44 Mama Papa. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah,” tulisnya ringkas.
Rata-rata yang melihat perkongsian tersebut mengucapkan tahniah serta turut memuji keharmonian rumah tangga pasangan ini yang berjaya mengekalkannya selama 44 tahun.
vanidah_imran Syukur Alhamdullilah. So sweet la. Pls wish them for me. Hugs and ❤️ always.
chopiecakap Semoga kedua-duanya di panjangkan usia dan di rahmati 🙏
maziahmz Sweetnya. Happy 44th anniversary seniman Zulkifli Zain dan seniwati Normala Omar. Till jannah❤️
jemah_jane Tahniah… Pasangan artis contoh yg berjaya mengekalkan keharmonixan rumahtangga sentiasa sweet, sentiasa berdua saya kagum.. Selamat Ulang tahun perkhawinan ke44…moga kekal sel amanya hingga Janah. Aamiin. #dua2pelakunpujaanjemah💖🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
elizasharul Sweetnya….semoga keduanya bahagia hingga ke jannah di samping ank2 yg soleh dan solehah❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua sedia maklum akan kehadiran si manja bernama Bujibu dalam famili Hanis Zalikha dan Hairul Azreen. Pelbagai gelagat dapat dilihat setiap kali pasangan ini mmeuat naik video mahupun gambar kucing kesayangan Yusuf Iskandar ini.
Rata-rata peminat turut memuji Bujibu, kucing kepunyaan Hanis dan Hairul yang cukup famous di Instagram.
Tapi pasti ramai yang terkejut dengan apa yang dikongsi oleh Hanis pada satu entri di Instagramnya.
“Bujibu antara yang terawal tahu I pregnant. Sebelum kami jumpa doktor pun dia dah start tidur atas perut Mommy.
“Dulu masa Yusuf pun dia buat camtu!!! Dia nak suruh diorang watch out ke,” tulis Hanis Zalikha.
Tular video mengenai ribut kencang melanda Pantai Geting Tumpat, Kelantan.
Difahamkan kejadian berlaku petang semalam yang membuatkan ramai panik.
Menerusi facabook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tumpat (APM Tumpat), Mohd Adzhar – Pengarah APM Negeri Kelantan memaklumkan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Berikut kenyataan yang dinyatakan oleh Mohd Adzhar – Pengarah APM Negeri Kelantan.
Ini kronologi kejadian ribut yang melanda Pantai Genting Tumpat Kelantan.
Laporan Kes Negeri Kelantan
Tarikh : 06/08/22(Sabtu)
Masa : 1900hrs
Tempat : Pantai Geting Tumpat
Jenis Kes : Ribut
Mangsa : Tiada
Kronologi : Kejadian Ribut Pasir dalam lewat petang tadi di Pantai Geting , Tumpat sebagaimana seperti video.
Kejadiaan berlaku dalam semasa anggota Penyelamat Pantai APM Tumpat, sedang bertugas.
Dalam kejadian tersebut semua selamat,tiada kemalangan jiwa berlaku ke atas anggota dan orang awam dilaporkan sehingga kini.
Terdapat kerosakan khemah berhampiran dgn kawasan tersebut.
Keadaan semasa,cuaca baik seperti sediakala.
Sedang mendapatkan maklumat fenomena dari MetMalaysia.
Semoga kita semua berhati-hati lantaran sekarang cuaca tidak menentu.
Setiap peralatan mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai contohnya penggunaan tuil pintu. Ada tuil yang menggunakan tombol dan ada pula enis pemegang.
Tetapi tahukah anda, tuil pintu jenis pemegang lebih mesra dan mudah digunakan berbanding jenis tombol.
Tuil jenis pemegang ini nampak lebih selesa, memudahkan dan bermanfaat terutama kepada golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangan mengenai penggunaan tuil pintu jenis pemegang ini.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
▪️Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Kanak-Kanak Mudah Guna
▪️Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin Ketika Dipulas
▪️Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombol menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
▪️Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Mudah Disendal
▪️Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
*Jemput follow untuk dapatkan ilmu kesihatan dan perubatan daripada sumber sahih dan bertauliah.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.