Memori bersama anak-anak takkan pernah luput dari ingatan seorang ibu. Dek kerana itulah pempengaruh dan jurusolek yang cukup dikenali ramai, MUA Bellaz sentiasa mengabadikan setiap momen hidupnya bersama anak-anak sebagai kenangan di masa hadapan.
Tambah Bellaz lagi menerusi temu bual bersama Pa&Ma, inilah satu-satunya sebab utama mengapa dia gemar merakam momen bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.
Menerusi video itu, Bellaz dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mendedahkan dia tidak mempunyai banyak foto ketika kecil.
Perkara itu menjadi penyebab mengapa dia kini gemar merekod semua momen Bersama anak-anaknya.
“Saya suka ambil gambar mereka kerana saya tak ada gambar sendiri ketika kecil, bila besar nak tengok gambar tak ada.
“Sebab tu saya ambil gambar mereka ketika kecil, bila tengok semula..’ini gambar dengan mama’.
Ads
“Saya cuma ada dua tiga keping gambar sahaja semasa kanak-kanak, jadi saya teringin sangat nak tengok gambar saya ketika bayi.
Dalam nada sebak kata Bellaz, kesempitan hidup keluarganya ketika dahulu menyebabkan dia tidak mempunyai kesempatan untuk bergambar dan merakamkan momen bersama mereka.
“Saya tak boleh tengok balik momen itu kerana dulu saya sangat susah.
Ads
“Jadi bila dah ada anak ini setiap hari saya pakaikan mereka dengan baju yang cantik-cantik. Bila mereka tengok nanti, inilah momen kita bersama.
“Momen hari ini takkan sama dengan esok, kalau nak diulang semula takkan akan dapat. Ambil (gambar) sahaja momen itu, nanti bila sudah tiada dan rindu boleh tengok balik,” katanya sebak.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak malah melakukan perkara yang sama dengan anak-anak sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.
Ads
Bellaz yang meraikan sambutan hari lahir anak keempatnya, Nur Aiswara Naelofa turut berterima kasih kepada semua yang banyak menyokong setiap perkongsian video-videonya di media social.
Petua-petua lama yang di amalkan oleh nenek dan mak-mak kita zaman dahulu sebenarnya cukup banyak kegunaannya dalam aktiviti harian kita.
Ada banyak perkara terutama ketika memasak atau berada di dapur, tak ketinggalan juga petua untuk cantik.
Semua ini kebanyakannya menggunakan petua tradisional untuk tampil lebih baik. Mungkin kesannya lambat tetapi hasilnya banyak membantu kehidupan kita seharian. Enam petua lama ini tak seharusnya kita lupakan.
1. Anak Kencing Malam
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
2. Rasa Garam
Ketika bulan puasa kita memang tidak dapat merasa ‘rasa’ garam masakan. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam. Cuba!
3. Garam Ubati Sakit Gigi
Panik bila sakit gigi datang menyerang secara tiba-tiba. Apa lagi kalau sakit di tengah malam. Jalan paling pantas adalah dengan mengambil garam kasar dan letakkan pada gigi yang sakit. Sudahkan dengan berkumur dengan air garam ini. Biarkan seketika. Jangan lupa campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.
4. Tepung Ubi Penawar Ruam
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.
5. Halia Ubati Sakit Dada
Ambil beberapa ulas halia dan tumbuk lumat. Perahkan airnya dan campurkan bersama telur kuning. Masukkan sedikit madu ke dalamnya dan amalkan ubat ini setiap hari.
6. Simpan Kelapa Parut
Masukkan kelapa ke dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas dan biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan adalah hubungan yang harmoni bagi pasangan suami isteri. Sikap saling melengkapi menjadi tunjang bagi memastikan kehidupan disirami kebahagiaan. Sinonim perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki, pasangan romantis Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan dan Muhammad Faizal Zakaria redha dengan ketentuan Ilahi apabila belum dikurniaan cahayamata sejak berkahwin tiga tahun yang lepas. Mujur suami begitu memahami nalurinya untuk mengambil anak angkat. Bermula daripada itulah, ramai yang DM menyatakan kesediaan untuk menyerahkan anak kepada Abby untuk dibuat anak angkat.
Pada masa yang sama, Abby juga mendapat DM daripada pelbagai pihak yang memintanya mencarikan anak angkat dan ada juga tidak inginkan anak yang dikandung. Abby bagaikan orang tengah untuk mencarikan keluarga angkat buat bayi berkenaan. Semuanya diuruskan oleh Abby dengan berhemah tanpa ada kepentingan peribadi. Sesungguhnya Abby dan suaminya adalah insan yang terpilih untuk melakukan kebaikkan ini. Ikuti temubual wartawan majalah Keluarga baru-baru ini dikediaman beliau.
“Gugur dua kali dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Sejujurnya saya jadi takut untuk hamil. Anak kedua saya hamil meninggal dalam perut pada usia lima bulan. Tapi ini saya tidak putus asa untuk mendapat anak. Jadi saya rasa Allah bagi rezeki anak dengan cara yang lain.
“Suami saya tidak menghalang apabila nyatakan hasrat untuk anak angkat kedua. Sebenarnya beberapa kali terdetik dalam hati untuk mengambil anak angkat. Akhirnya saya nekad! Lebih-lebih lagi saya baca banyak kes pembuangan bayi.
“Cuma saya sedih apabila ada yang bersikap terbuka apabila hasrat hati dipertikaikan. Bagi saya Allah telah bagi jalan penyelesaian iaitu ibu susuan juga perlu menyusukan anak angkat yang berusia tidak lebih daripada dua tahun sehingga sekurang-kurangnya lima kali kenyang, barulah boleh menjadi anak susuannya,” ujar Abby ketika ditemui dikediamanya baru-baru ini.
Bantu cari keluarga angkat
Naluri keibuannya terserlah apabila tidak sampai sebulan kehadiran anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi menerima pula bayi perempuan, Maisara Dayana Fathia. Kedua-dua bayi bertuah ini dianugerahkan kepadanya setelah menyuarkan hasrat untuk mencari bayi angkat di instagram.
“Anak pertama, Daiyan, setelah ada yang dm saya di instagram. Katanya dah dua hari bayi ni orang tak nak. Syukur rezeki saya. Selang sebulan pula, perasaan inginkan seorang bayi perempuan pula. Ikut gerak hati, Dayana pilihan saya dan suami. Dayana antara bayi perempuan terawal yang ada dalam senarai dm saya. Seterusnya, memang ramai yang dm. Semua nak suruh saya jaga. Sebaliknya saya cadangkan kepada keluarga yang mencari anak angkat.
“Sebenarnya sejak saya lalui semua ini. Saya dapati ramai rupanya yang mencari anak angkat dan sebaliknya. Ada yang bercerai dn tak mampu jaga anak ke empat, anak ramai sehingga 12 orang dan ada mak yang dm saya setelah anaknya terlanjur. Memang kisah ini tak dijangka di akal.
Bagi saya, semua ini cara saya bantu untuk mengelak kejadian yang tak dingini. Tetapi semua pengambilan anak angkat ini mengikut prosedur yang betul. Kebetulan rezeki saya sebagai orang tengah. Saya tidak kenakan sebarang bayaran pun.
“Malah ada yang nak ambil anak angkat, bertanya pelbagai soalan termasuk keturunan atau anak luar nikah atau tidak. Bagi saya, amat ralat apabila ada soalan-soalan seperti ini. Tidak perlu tahu semua itu. Pada saya bayi tidak salah. Kita yang mendidikanya untuk menjadi anak yang baik atau sebaliknya,” jelas Abby.
Momen indah
Pastinya kehidupan pasangan suami isteri berubah apabila mempunyai cahayamata. Begitu juga yang dilalui Abby dan suami.
“Terasa masa banyak terisi. Apabila ada bayi ini memang kena bangun awal. Mujur suami ringan tulang membantu. Bagi saya tak ada beban buat diri saya dan suami.
“Malah kami merasai keseronokkan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Memang ada yang cakap, perlukah ambil anak angkat sedangkan sudah mempunyai anak sendiri. Namun bagi saya semuanya cukup indah.
Dalam pada itu, Abby turut berkongsi kegembiraan menguruskan dua bayi tersayangnya tanpa perlu berpantang.
“Saya bersyukur, urusan menguruskan anak berjalan seperti biasa. Maklumlah saya ibu yang tak berpantang walapun ada bayi. Tiada masalah untuk bergerak dan menjaga bayi.
“Cuma apabila pergi bercuti, pastinya beg bertambah. Maklumlah ada bakul susu dan pakaian kena bawa lebih. Biasalah bayi ni ada perkara yang tidak dijangka seperti muntah.
“Tetapi semua urusan menguruskan anak, walaupun sudah 10 tahun tak uruskan bayi, tidak ada masalah bagi saya. Saya masih ingat pengalaman menguruskan anak-anak saya dulu. Dan tak ada beza pun anak sendiri atau angkat. Semuanya saya di hati saya. Saya juga berharap kedua-dua bayi ini, akan mengikut jejak abang dan kakaknya menghafal Al-Quran serta diberi didikan agama,” jelas Abby yang bersedia jika hamil pada waktu terdekat ini.
Sumber: Majalah Keluarga Isu November 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bersempena hari jadi Achey Bocey semalam, isterinya telah membuat surprise. Walaupun simple namun cukup touching sehinggakan masing-masing tidaK dapat menahan perasaan dan menangis.
Tidak dapat membuat sebarang rancangan untuk tahun ini, namun kehadiran si kecil bernama Tiara adalah hadiah yang paling bernilai untuk suami kesayangannya itu.
“Tak dapat bagi hadiah yang lebih mahal dari ini. Hanya ini yang ternilai yang saya ada sekarang ini, “ujar Anne yang menangis kerana tidak dapat menahan perasaan sebak termasuklah Achey sendiri.
Pasangan ini sudah 8 tahun bersama sebagai suami isteri. Ternyata Allah mengurniakan rezeki kebahagiaan buat pasangan ini dengan kehadiran anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Dalam pada itu, ramai pengikut di laman instagram Achey turut sama mengirimkan ucapan hari jadi. Rata-rata terharu dan sebak melihat video tersebut.
Menitik air mata
hiermiera_tahierSdih tgok vdeo ni @acheykintangkintung Semoga satu hari nanti sy pon dapat anak…xkisah la anak sndri atau x ..btw happy besday ..semoga rezeki abg achey dan akak anne sntiasa luas kerana mnjage anak syurga ni..aminnn
tisyaabaharudinHappy birthday abang achey , semoga dimurahkan rezeki ,panjang umur & sihat selalu ? insyaAllah apa yang Allah tentukan tu adalah yang terbaik ♥@acheykintangkintung
ariannnaa_ahim@acheykintangkintung aku tngh jalan2 cuci mata tiba sakit perut.. sementara termenung buka ig jap ternampak yg ini.. inilah sejarah dlm hidup aku membuang sambil nangis tersedu2.. bkn sbb sakit perut td..tp sebak tngok semua nie??????.. happy both of u @anne_achey