Tak Ada Oven Pun Boleh Baking. Wanita Ni Kongsi Cara Buat Kek Span Marble Susu Guna Kuali Je. Mudah Tapi Sedap!

Share

Kalau kreatif semua menjadi kan, sekarang tak ada istilah tak boleh nak buat kek kalau tak ada oven. Guna kuali pun dah boleh dapat kek sedap.

Farah Nazri kongsikan caranya buat kek Span Marble Susu dengan hanya menggunakan kuali sahaja. Jom cuba!Assalamualaikum MAHN , disebabkan teringin sangat nk makan kek tapi oven takda so hari ni kita try membaking kek span marble susu pakai kuali 😆😆 . Resepi mudah je , sy dapat dari fb 😘😘 . Btw adunan tu sy punya terlebih sebab loyang kecik 😅😅. Mujur masak dalamnya 😂 . Selamat mencuba 

Resipi Kek Span Marble Susu

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung jagung
– 1/3 cawan susu tepung
– 3/4 cawan gula kastor
– 1/4 cawan susu segar
– 6 biji telur
– 40g ovalette
– 80g mentega (dicairkan)

Cara membuat:
1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.
2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.


5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.
6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.


7. Siap untuk dihidang!

P/S: Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri
Kredit Resepi: Irfan Syazwanshah
Edittt : pada yang nk guna kuali tu, lapik dengan pelapik dapur tu je ye dekat bawah loyang.

Pastikan api sederhana perlahan. Sy buat dalam 45 minit . Nk tahu masak ke tak kena cucuk tgh2 kek tu. Kalau tak melekat tu maksudnya dh masak.

Saya ada attach gambar dekat last cara letak loyang dalam kuali .

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

 

IKLAN