Berfikir dahulu sebelum bertindak. Itu yang dilakukan oleh wanita yang bergelar doktor ini bila mana keretanya dihalang oleh kenderaan lain.
Tidak mengambil keputusan melulu, sebaliknya invidu yang dikenali sebagai Dr Aniah Azmi bertindak meninggalkan sekeping nota untuk pemilik kenderaan tersebut.
Dr Aniah Azmi
Tindakan doktor ini harus menjadi contoh buat kita semua. Beliau yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari tempat letak kereta akibat dihalang oleh kenderaan lain.
Pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan sebarang nota ataupun nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Doktor Aniah dalam perjalanan untuk pulang menjemput anak dari sekolah. Namun kenderaan yang menghalang itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon.
“Jika anda menghalang kereta lain dari keluar, anda hanya perlu meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Kelmarin ketika tiba di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan.”
Ads
“Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 kali pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil anak saya Lillie dari sekolah. Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.”
“Sebelum meninggalkan kenderaan saya, sekeping nota telah ditinggalkan kepada pemilik kenderaan tersebut bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik terhadap orang lain.”
Nota yang ditinggalkan bertulis:
Encik/Puan, sila tinggalkan nombor telefon kalau menghalang kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih, dari Dr Aniah.
Ads
“Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan khidmat Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM20 walaupun dekat.
Pemandu Grab Car diberitahu tentang kejadian yang menimpanya memberi cadangan agar terus menunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya.
“Saya memberitahu kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpa saya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Ataupun mengambil gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.”
“Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima hakikat bahawa semua yang terjadi mempunyai sebab. Mungkin juga semua yang terjadi adalah ‘rezeki’ untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan kesan besar kepadanya.
Ads
“Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu bertulis”:
“Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maaf atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF.”
“Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.”
“Saya tidak boleh mengawal situasi yang telah terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.”
Kisah yang dikongsikan ini cukup baik untuk dijadikan teladan supaya tidak mengambil keputusan terburu-buru. Sebaliknya berfikir sebelum bertindak.
Sumber: Dr Aniah Azmi | Says via AllHeboh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang menggemari buah durian lantaran isinya yang manis dan lemak berkrim. Malah ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit untuk membelinya walaupun pada harga yang mahal.
Namun, kini durian boleh didapati pada harga yang murah setelah kebanyakan pemborong atau pekebun durian tidak memasarkan durian secara meluas sebaliknya terhad di kawasan tempatan.
Ekoran itu berlaku lambahan durian sehingga harga mendadak turun. Sudah pastinya ia rahmat buat penggemar durian.
Namun siapa sangka dalam seronok membeli durian, rupanya ada yang tersalah beli durian. Sangka durian biasa yang enak dan berkrim rupanya sebaliknya. Tiada bau dan rasa durian! Rupanya itu adalah durian hutan atau durian daun!
Begitu yang dilalui oleh seorang wanita, Marzita Omar yang mengalami situasi apabila tersalah beli durian. Bertanya mengenai jenis durian yang dibelinya yang tidak mempunyai bau durian di grup Kebun Sayur, Bunga Dan Buah Buahan, rata-rata warganet memberi tahu buah itu adalah durian hutan.
Nampak sama tapi tak rasa durian
Saya beli durian. Duri dia panjang-panjang isi memang kuning selera nampak. Tapi tak ada bau durian. Rasa pun tak rasa durian. Lain macam rasa dia. Boleh tahu tak durian apa ni?
Rupanya ini durian hutan/ durian daun/ durian pasai
Bagi yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak. Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung.
Usah bimbang, apa kata cuba praktikkan kaedah yang dilakukan oleh Nurul Moleek Cereprove dalam mengawal nafsu makan. Minuman campuran epal hijau, serbuk kayu manis, kurma dan susu ini dikongsikan oleh Nurul dalam laman facebooknya.
Selain membantu membuatkan perut kenyang, minuman ini juga sesuai buat mereka yang menghadapi masalah sembelit serta boleh mengurangkan berat badan. Ibu yang dalam berpantang juga boleh cuba minuman ini. Caranya mudah sahaja. Jom semak sama-sama.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji epal hijau
-2 biji kurma
-1 sudu teh serbuk Kulit Kayu Manis Ceylon
-1 gelas susu
Cara menyediakan:
– Potong buah kurma dan epal dalam bentuk kepingan kecil dan pastikan kulit epal tidak dibuang kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.
– Masukkan susu dan potongan buah tadi. Jika mahu lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ini saya tidak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
– Kisar hingga halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS . Minum semua sekali.
– Apabila siap dikisar, masukkan dalam gelas dan minum.
Sumber Nurul Moleek Cereprove
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Waktu Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, pelbagai cara dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam mengisi masa lapang. Antaranya mencipta resipi baru seperti kopi Dalgona, menghias rumah, berkebun dan banyak lagi sehingga tular di media sosial.
Paling mendapat tumpuan pastinya saat ibu-ibu melakukan dekorasi kediaman sehingga ada yang sama-sama berkongsi idea masing-masing.
Bagi yang lebih kreatif, bukan hanya di dalam rumah, bahkan ada yang berjaya membina sebuah dangau yang cukup comel. Itulah yang dikongsikan oleh Norsuhaida Rusdin apabila ayahnya berjaya membina sebuah dangau di sebelah rumah sewaktu PKP.
Dangau PKP ayah cheq. Ayah Rusdin Daud seorang yg tak reti dok diam, super duper kreatif. Ada ja idea dlm kepala dia.
Masa PKP mula2 dikuatkuasa pada 18 Mac aritu, bermula la idea dia buat dangau tepi rmh. Semua kayu2, rotan, atap daun langkap dia amik kat hutan blkg rmh. Semua guna kederat dia dan dibantu mak.
Kalo tgk keseluruhan dangau ni, memang bukan kaleng-kaleng. Antik dan penoh seni. Amat bernilai kurniaan Allah kat ayah.
Alhamdulillah, beruntung kami anak cucu dapat merasa suasana mcm ni. Dangau ni dah jadi tempat liburan kami sekeluarga. Tenang, damai , sejuk
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di