Meskipun membeli pakaian untuk anak-anak secara dalam talian bolehlah dikatakan kita sebagai ibu ni pakar dalam membuat pilihan terbaik. Sama ada dari segi pilihan fesyen, material dan saiz yang bertepatan.
Namun bila bab membeli kasut sering kali tersalah saiz. Maklumlah anak-anak sedang membesar, saiz kasut pun berubah juga seiring dengan tumbesaran anak-anak. Itu yang kadang-kadang kecewa juga jadinya dan terus fobia untuk membuat pembelian.
Namun tahukah anda, sebenarnya kita kena selalu ukur dan check sebelum beli untuk pastikan kasut yang dibeli itu tak terlalu kecil atau terlalu besar untuk anak.
Jadi melalui perkongsian Zuk Zuhaiza yang juga merupakan penjual kasut online, berkongsi cara paling mudah dan tepat untuk mengukur kaki anak bolehlah dijadikan panduan dan rujukan.
CARA UKUR SAIZ KASUT BUDAK DENGAN TEPAT & MUDAH
1.Lukis kaki anak di atas kertas. Bubuh kaki anak atas kertas kosong dan lepas tu kita tekapkan saja.2.Ukur
Bila dah dapat lukisan tu, barulah kita ukur guna pembaris. Kat mana nak ukur?
Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
Ads
Tambah 1 cm
Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau!
Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ni.
Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU.
Ads
Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak gunakan.
Cara Alternatif
Ok satu lagi cara mudah, katalah anak jenis susah nak bagi kerjasama atau anak tak ada depan kita untuk kita ukur sekarang – boleh guna cara ni.
Caranya, ambil kasut / selipar yang anak pakai (yang muat elok) dan terus ukur jarak terpanjang.
Kalau dah ada saiz kat belakang boleh rujuk terus carta tadi macam gambar di bawah ni.
Ads
Ok mudah kan?
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan saiz kasut anak yang tepat dan selesa.
Kata pepatah nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jika kita rajin semua benda pasti akan jadi.
Untuk ibu-ibu yang buntu tidak tahu menu apa untuk hidangan minum petang buat seisi keluarga, cuba resipi mudah ini. Mungkin sebelum ini anda hanya membeli di kedai sahaja, kali ini pikat selera anak-anak dengan buat sendiri Kek Gulung Swiss. Jika buat dihujung minggu, boleh ajak anak-anak bantu anda di dapur.
Apa kata cuba resipi viral Kek Gulung Swiss yang hanya menggunakan kuali sahaja. Menarik bukan, jom semak resipinya!
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
3 biji telur (asingkan kuning dan putih telur).
30 gram mentega.
50 gram susu.
Minyak zaitun.
Putih telur.
Gula.
250 gram tepung kek.
Cara-caranya ialah:
#1 Campurkan kuning telur, minyak zaitun, susu, mentega dan gula ke dalam satu bekas. Kacau adunan itu sehingga sebati dan tambahkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau lagi.
#2 Pukul 3 biji putih telur perlahan-lahan dan tambah putih telur lagi apabila ia mula mengembang. Pukul sehingga putih telur itu mengeras dan gebu.
#3 Satukan adunan tepung dan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.
#4 Sapukan kuali dengan sedikit minyak zaitun dan tuangkan adunan kek ke dalam kuali. Pastikan kuali tidak dipanaskan dan tiada gelembung udara dalam adunan kek tersebut.
#5 Dengan menggunakan api yang kecil, bakar kek tersebut selama 6 minit. Pastikan anda memeriksa keadaan api di bawah kuali. Apabila bahagian atas kek mula berubah warna, balikkan kek tersebut dan bakar selama 2 hingga 3 minit lagi.
#6 Selepas kek masak, keluarkan dari kuali dan letakkan di atas kertas minyak. Sebagai pilihan, anda boleh meletakkan krim atau jem untuk menambahkan lagi keenakan rasa dan meningkatkan persembahan kek supaya menjadi lebih menarik.
#7 Gulungkan kek tersebut dan potong.
Kek yang lazat sudah tersedia untuk dimakan. Sangat mudah dan menyelerakan bukan?
Tips untuk mendapatkan putih telur yang kembang dan gebu dalam masa yang singkat:
♥ Letakkan mangkuk berisi putih telur di dalam peti beku atau selama 7 minit sebelum dipukul sehingga kembang.
♥ Putih telur yang lebih sejuk akan mengambil masa yang singkat untuk mengembang sebelum ia dikaup balik untuk dicampur dengan adunan yang lain.
Sumber: malaysiabolehbro.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Telur goreng dadar memang sedap di makan waktu panas. Lagi garing lagilah sedap. Sampai bertambah kita makan. Tak hanya anak-anak, mak ayah pun makan makin laju time bersahur.
Menariknya telur dadar yang satu ini bukan hanya sedap tetapi baik juga diamalkan oleh penghidap asma. Bagi penghidap asma, selain bergantung kepada ubat-ubatan seperti inhaler dan sebagainya, menjaga pemakanan adalah menjadi satu keutamaan.
Ramai penghidapasma alah dengan bermacam jenis makanan tetapi tidak semua penghidap asma mengalami alahan yang sama.
Ada yang alah kepada pengambil air sejuk dan ais tetapi ada juga yang langsung tidak boleh mengambil jenis buah-buahan sitrus seperti oren. Tak kurang juga yang alah pada kekacang. Itu sebahagian daripada masalah orang-orang terdekat dengan kita.
Bila dapat dikenal pasti, asma akan dapat dikurangkan serangannya. Bagi Mulianis Ahmad yang juga penghidap asma, dia punya caranya sendiri untuk mengelakkan serangan ini.
Salah satunya adalah amalan Telur Dadar Halia yang diperolehinya daripada seorang ibu berketuruan Cina yang berkongsikan resipi ini.
” Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.
Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu.”
Bahan:
2 biji telur
2 inci halia -ditumbuk
Sedikit garam
Caranya:
1. Tumbuk halus halia tua.
2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.
3. Goreng hingga garing.
Rasanya kita bolehlah mencuba amalkan resipi ini. Mana tahu ianya baik untuk kita. Halia memang terbukti baik untuk membuang angin. Sedap dan sihat. Jom
cuba!
Sumber: Mulianis Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah jenis kayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Biarpun ramai yang mengemari rumah batu, namun kediaman berkonsep kayu tetap punya aura sendiri.
Begitu juga dengan dekorasi kediaman kayu. Tidak bermakna ciri-ciri binaan kampung, rumah jenis kayu tidak boleh ditatahias jadi sebuah kediaman morden.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Khazinatulasrar Anis. Beliau telah melakukan transformasi rumah sewanya kayu tradisi Kelantan menjadi lebih modern.
Ikuti perkongsian yang dikongsi oleh pasangan ini. Ia bukan penghalang untuk beliau dan pasangan mengubahsuai rumah kampung menjadi modern.
DIY sendiri
Pertama kali duduk rumah sewa sendiri, berganding bahu suami isteri deco sendiri. Cat sendiri, pasang sendiri langsir dan barang-barang perabot ikea, bunga gubah sendiri, cermin tu kedai Diy pasang sendiri jugak, alhamdulillah.
Rumah sebelum proses ubahsuai.
Keadaan bilik sebelum diubahsuai.
Proses ubahsuai.
Ruang tamu rumah semasa proses ubahsuai
Gaya modern
Keadaan rumah selepas selesai diubahsuai. Cantik dan dekorasi kelihatan modern.