Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan arahan kepada semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk ais krim yang dicampur ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) agar menghentikan serta-merta penjualan produk itu bagi keselamatan pengguna.
KKM dalam kenyataan memaklumkan, arahan itu susulan semakan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) terhadap aktiviti penjualan produk berkenaan di premis ditularkan yang mendapati ais krim berkenaan disediakan bersama picagari berisi ubat batuk Pei Pa Koa.
Kementerian itu menyebut Seksyen 13B (2) Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
“Pihak industri makanan diingatkan supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk makanan yang dijual mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya walaupun bagi tujuan untuk pemasaran dan melariskan jualan,” menurut kenyataan itu.
Ads
Arahan sama turut diberikan kepada semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial agar menghentikan penyiaran iklan makanan berkenaan.
Kementerian itu turut menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan isu keselamatan makanan dan sentiasa berhati-hati semasa membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan.
Ubat batuk Pei Pa Koa adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM di bawah kategori Tradisional yang digunakan untuk melegakan sakit tekak serta batuk dengan kontraindikasi bagi wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label. – BERNAMA
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Ads
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
sayuran lain ini juga yang dikatakan boleh membantu mempercepatkan kehamilan. Secara spesifiknya sayuran jenis ini mengandungi zink, asid lemak omega 3, antioksidan dan nutrisi lain yang meningkatkan kesuburan wanita, ovulasi dan kualiti telur.
Bagi yang merancang untuk menimang cahaya mata, boleh amalkan sayuran ini. 1. Bayam
Mengandungi zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan hidangan bayam secara sihat seperti dikukus, direbus atau dijadikan salad.
2. Daun Bit
Kita biasa mendengar manfaat ubi bit tapi jarang mendengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.
3. Brokoli
Brokoli membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang mengganggu hormon-hormon kehamilan normal.
4. Biji labu dan tiram
Biji labu dan tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita. Pengambilan khasiat ini penting dalam menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau ikutkan semua orang inginkan memiliki berat badan ideal dan sihat. Tapi tak semua mampu mendapatkan seperti yang diimpikan jika tidak melakukan sesuatu. Contohnya perlulah mengawal pengambilan makanan dan menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif dengan cara bersenam.
Jogging adalah antara aktiviti senaman yang boleh dijadikan pilihan utama untuk anda memulakan langkah untuk memastikan misi memiliki berat badan ideal berhasil.
Pun sebelum sebelum usaha untuk berjogging menjadi ‘hangat-hangat tahi ayam’ ketahui juga tip yang boleh dipraktikkan khas untuk beginner sepertimana yang dikongsikan oleh saudara Amer Azlan ini.
TIPS JOGGING UNTUK BEGINNER / AMATEUR
Aku ni bukan la ahli sukan atau kaki marathon yang gemarkan acara larian. Sama seperti yang lain, kadang-kadang datang rasa malas nak bersenam, apatah lagi jogging. Tapi, once dah dapat rentak, bukan saja kita akan terbiasa dengan rutin baharu tu, tapi juga akan rasa seperti tak kena (like something’s missinglah) jika lama tak berlari, even sehari.
Tapi nak dapat rentak tu, bukan ler senang. Macam-macam alasan yang kau sendiri akan create untuk avoid diri sendiri dari berlari.
So, macam mana nak dapat rentak tu?
Pertama,
Stop manja kan diri dengan bagi pelbagai alasan. It is time to start the action. Cakap memang senang, tapi pointless without action. Kasi buat lah amacam? Cabar diri sendiri bro/sis
Tapi, nak cabar diri sendiri, jangan kejam sangat. Slow-slow dulu. Ingat, kita ni nak dapatkan rentak, maka action (tindakan) tu yang penting.
Jika rasa ada halangan, cari lah jalan untuk atasi halangan tu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Cari masa walaupun sibuk. Sehari kita ada 24 jam. Kalau weekdays after work tak boleh sebab nak ambik anak sekolah atau ada komitmen lain, buat lah time weekends, Sabtu dan Ahad. Time awal pagi lepas subuh tu, spend masa kat jogging track at least sejam. At least kau dapat buat dua kali seminggu.
Pada yang tak ada komitmen anak lepas kerja, mungkin boleh consider spend masa antara setengah jam – sejam untuk jogging, lepas habis waktu kerja (5pm). Lagipun jalan jem jugak waktu peak hours tu kan orang balik kerja. Tak perlu buat hari-hari, nanti kau sendiri akan jadi stress. Buat la at least 3 kali seminggu – Isnin, Rabu, Jumaat contohnya. Ikut kesesuaian masing-masing. Atau paling tidak pun buat la seminggu sekali, for beningging.
Kedua,
Siapkan running gears (cari kasut, baju dan seluar yang sesuai kalau belum ada), set time, dan tempat untuk jogging – tak kisahlah jogging track kat office ke, taman awam ke atau stadium.
Pemilihan running gears bagi aku sangat penting. Kalau boleh, cari lah material yang sesuai untuk berlari. Kalau kau pakai cotton t-shirt contohnya, kau akan cepat penat sebab baju tu akan jadi berat dek terpaksa menanggung peluhan kau yang mencurah-curah tu sebab cotton materialnya yang berat dan tak serap peluh. Sama juga pemilihan seluar dan kasut, kalau boleh cari yang ringan supaya mudah untuk kau berlari dan tak cepat penat.
Ketiga,
Dah set time and place, pastikan diri kita secara fizikalnya, berada di tempat itu. Kita boleh plan, tapi belum tentu boleh buat. Once kita dah berada di jogging track tu, give yourself credit sebab berjaya mulakan tindakan yang pertama! (walaupun belum start lari lagi hehe)
Keempat,
Jangan terus lari. Start dengan warming up dulu. Buatlah basic stretching, yang boleh regangkan otot-otot tangan, bahu, pinggul, dan kaki. Buat warming up pun boleh berpeluh tau. Ini boleh membantu mendatangkan mood untuk berlari sebab otot-otot kau dah mula rasa ringan. Kalau tak buat stretching, kaki kau akan mudah cramp & injured, dan ini akan merosakkan mood berlari, dan menggagalkan plan kita untuk dapat rentak berlari.
Kelima,
Dah stretching, boleh mula berlari. tapi rileks dulu, tak perlu terus lari laju. Start with slow pace dulu, macam lari-lari anak waktu buat sai’e antara bukit safa dan marwah tu. Kalau kau main treadmill pun, kau takkan start dengan speed 8-9. Gila ke. So start slow dulu untuk amik mood.
Keenam,
Waktu ni badan kau dah start rasa panas dan berpeluh, which is good. Waktu ni juga penting untuk fokus pada larian, dan elakkan dari dibebani dengan pelbagai gangguan minda, sebab benda ni boleh memperlahankan kelajuan kau, membuatkan kau selalu cepat rasa give up, cepat rasa penat dan akhirnya banyak berhenti.
Waktu berlari ni, banyak benda yang akan distract minda kita. Sebagai contoh, kau tengok trek larian tu jenis yang straight tak berbukit. Kalau waktu berlari tu kau pandang straight ke depan, memang kau akan terfikir “mak oi jauh gilaaaa nak lari” yang mana fikiran macam tu akan membuatkan kau psycho untuk berlari dan akhirnya kau akan cepat penat. Sama juga kalau tengah mendaki bukit. Kalau kau pandang straight ke depan berlari sambil tengok jalan berbukit tu, memang kau akan psycho dan stress dengan diri sendiri. Jadi untuk atasi masalah ni, waktu berlari tu, seeloknya rendahkan sikit pandangan kau ke bawah (macam lower your gaze bila nampak perempuan pakai seksi gitu lar kononnya) supaya kau dapat kekal fokus dan enjoy dengan larian.
Untuk kekal berlari tanpa kerap berjalan atau berhenti, kita perlu kekalkan motivasi dalaman. Waktu berlari tu, fikirkan perkara yang boleh memberikan kita motivasi, yang boleh push diri kita untuk tidak cepat stop, supaya dapat terus melangkah ke hadapan.
Think of anything yang boleh push you further. Sebagai contoh, fikirkan musuh utama kita iaitu KALORI badan, yang baru saja kau tambah semalam atau tengahari tadi waktu lunch. Amboi, sedapnya kau belasah kari kepala ikan lah, sanggar cheese lah, teh tarik cincau manis nak mampus lah, chicken chop lah. Dah makan baru menyesal kan? HAA inilah waktu nya kau membalas dendam dengan membakar kalori-kalori tersebut yang telah membuatkan perut kau boroi dan buncit kehadapan hingga membuatkan berat badan kau meningkat sampai overweight hingga diejek budak gemok budak gemok! So, time ko lari tu, ko sumpah-sumpah lah kalori tu – die die! burn burn! mampus la kau kalori! Padan muka kau hahaha! Waktu ni kau imagine la kalori tu meraung-raung minta jangan dibakar. Makin meraung, makin galak kau berlari dan tanpa kau sedar, pace kau cecah 4 min/km! hahaha power x power
Contoh lain, waktu berlari tu, fikirkan yang kau mahukan kesihatan tubuh badan yang baik, dan kekal fit, boleh pakai apa saja pakaian yang kau idamkan. Bukan nak showoff, tapi untuk diri sendiri. Apabila kau sihat dan fit, kau akan dapat semula keyakinan diri sendiri (self-confidence) yang dah lama hilang. Keyakinan itu amat kau perlukan dan akan gunakan untuk improvekan diri kau dalam pekerjaan yang kau lakukan, serta hubungan dengan keluarga dan masyarakat.
Kalau kau berlari sendirian, lari la sambil dengar lagu dalam phone. Beli wireless earphone dan pasang lagu yang sesuai untuk workout. Banyak je pilihan dalam Spotify atau Apple Music tu. Steps larian kau tu, ikut lah rentak setiap lagu yang dimainkan tu. Lagu-lagu workout ni mostly rentaknya laju, which is sangat membantu dalam mempercepatkan larian dan memotivasikan diri kau untuk push forward. Jangan pasang lagu rentak yang slow – lagu mendayu-dayu putus cinta jangan tinggalkan daku. Ianya akan mudah mempengaruhi kau untuk cepat rasa penat dan malas berlari.
Kalau berlari dengan kawan, jangan terikut-ikut rentak dia. Kelak, kau sendiri yang stress. Kekal pada kemampuan diri sendiri. Kalau mampu, lari. Kalau penat, stop dulu & give yourself some time. Biar dia jalan dulu.
Waktu tgh jogging tu, try avoid dari kerap berjalan. Setkan dalam fikiran bahawa berjalan tu adalah pilihan terakhir kau. Selagi kau masih boleh lari, lari. Kalau kau rasa dah lari laju dan mula penat, try slow kan speed. Kalau masih rasa penat, slow kan lagi speed sampai lah ke level berlari-lari anak macam buat sai’e bukit safa-marwah tu. Itu kira speed paling slow, sebelum kau berhenti lari, which is totally fine. Asalkan kau lari sebab kita nakkan “gegaran” tu supaya kalori-kalori dan lelemak jahat tu boleh terbakar dengan cepat. Berjalan tu ok juga cumanya tak banyak (dan tak cepat) lah kalori tu terbakar.
Apapun, pastikan kau ikut kemampuan diri sendiri dan jangan paksa. Itu yang lebih penting. Kalau tak mampu lari sangat, atau hanya mampu berjalan saja, tidak ada masalah, dan tidak perlu malu. Sekurang-kurangnya, kau buat. Betul tak?
Selamat membakar kalori & share untuk manfaat semua
Hari-hari diet tanpa jemu. Hampir 8 bulan. Wani berjaya lost 35.5kg. Tak kurus macam orang lain. Tapi kurus sikit dari dulu.
Orang tanya. Macam mana-mana diet ni. Wani cuma bagitahu. Jaga makan. Jangan makan waktu malam. Jangan minum air manis. Tu yang Wani amal selama diet. Dari mula-mula start diet dah amal minum green tea jasmine.
Air kosong. 3-4 liter sehari. Memang akan ulang-ulang ke tandas. Ke hulu hilir bawa botol air. Bukan senang nak kurus.
Setiap kali makan. Wajib makan on time. Pagi 9 am. Lunch 1 pm. Dinner 6 pm. Lepas 7 pm memang tak makan dah. Makan makanan berkhasiat ( panggang atau rebus ). Kurangkan garam.
Setiap minggu. 3-5kali Wani akan bersenam. Sekarang ni selang-selang cardio workout dengan zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih untuk senam dalam rumah je. Lagi senang. Jimat masa.
Tenkiu untuk husband wani. Sentiasa support wife mu ini.
Diet bukan untuk dipuji. Tapi untuk diri sendiri. Sekurang-kurangnya Wani dah usaha untuk hidup sihat.
Sarapan ringkas namun nampak menyelerakan
Kat sini. Wani sertakan contoh breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.
Pada posting terdahulu, Wani turut berkongsi perbezaan gambarnya ketika turun 27kg dalam masa 6 bulan selepas berdiet dengan sebelum berdiet.