Wang dan masa yang terhad selalu menjadi punca utama kita untuk membawa anak-anak merehatkan minda. Namun perkongsian seorang bapa yang juga penulis kekeluargaan, Firdaus Syakirin ini membuka mata semua.
Benar wang yang banyak bukanlah kunci utama untuk membuka peluang membawa anak bercuti. Berehat, healing dan bercutilah mengikut kewangan kita. Yang penting kita rehat dan mencipta memori dengan anak dan keluarga.
Kalau tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah. Ada sikit, kita seronok la cara sikit.
Ads
Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Jadi tak seronok jugak.
Si suami pergi balik kerja hari-hari, si isteri uruskan hal rumah hari-hari. Si anak p belajar hari-hari. Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui.
Ads
Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat. Dan la masing-masing burn out…terus tak harmoni isi rumah tu.
Duit ni, kita guna ka, kita tak guna ka, tetap habis serupa tu jugak, tak lekat jugak kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, dok saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit. Duit banyak, kita belanja cara banyak…takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Nowadays, bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak gak kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak tu.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan. Isi minyak kereta, jalan. Letak tikar, bawak lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak kalau kita pergi rumah orang yang ada anak kecil mesti akan ada bahagian dinding rumahnya berconteng.
Bahkan bukan rumah orang sahaja, malah rumah sendiri juga tidak kurang banyak juga hasil ‘karya’ anak terpampang di dinding.
Persoalannya kenapa anak-anak kita suka sangat menconteng dinding yang tersedia putih bersih? Sakit mata dibuatnya, malah hati pun rasa geram sangat. Jadi apa cara anda untuk hilanglan kesan contengan tersebut?
Jika masih buntu, di sini ada petua yang boleh diusahakan untuk memudarkan dan seterusnya menghilangkan kesan contengan tersebut.
Caranya cukup ringkas iaitu dengan menggunakan bahan sedia ada di dapur anda. Jom semak untuk lebih detail.
Bahan-bahan:
1 sudu baking soda
Air
Span
Cara-caranya:
1. Bancuh baking soda dengan air.
2. Ambil span dan basahkan ke dalam larutan tadi.
3. Sental bahagian dinding yang comot sehingga kesan kotoran hilang.
4. Ambil kain lap dan keringkan dinding tersebut.
Lihat hasilnya
Contoh 1 :
Contoh 2
Contoh 3
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir ibu bapa merungut apabila melihat bebanan homework dan silibus pelajaran anak-anak.
Namun ada juga ibu bapa berfikiran sebaliknya yang merasakan ia ‘standard’ mengikut peredaran zaman.
Bagaimanpun, jauh disudut hati, sudah tentu ibu bapa bimbang melihat anak-anak yang masih kecil perlu mengikuti silibus pelajaran yang berbeza era persekolahan 80an.
Tambahan pula situasi persekitaran dalam kelas yang padat yang menyukarkan daya tumpuan kanak-kanak untuk fokus kepada pelajaran.
Apa juga luahan, prosedur berkenaan telah ditetapkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, namun tidak salah jika ada yang melontarkan coretan sekadar ‘buah fikiran’ untuk kebaikkan bersama demi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin akan datang.
Selanjut ikuti coretan seorang guru, Mohd Fadli Salleh mengenai hal ini.
“Cikgu. Cikgu kata silibus kita padat dan tinggi. Tapi bukankah ia sesuai dengan zaman semasa dan selari dengan negara maju yang lain? Takkan nak biarkan silibus kita makin mundur pula?”
Baik. Begini. Ada betulnya apa yang tuan cakap. Cuma perlu berpijak pada realiti. Jangan hanya nak samakan silibus sahaja dengan zaman dan negara maju yang lain. Perlu samakan fasiliti, masa mengajar, kemudahan juga.
1. Jumlah murid di negara kita dalam satu kelas lebih 40 orang. Bahkan ada yang cecah 50 orang. Negara maju seperti Finland dan Sweden, sekelas cuma 20-25 sahaja.
Bab kapasiti murid dalam kelas yang padat memang akan mempengaruhi cara pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ia memberi impak besar dalam kefahaman murid.
2. Masa belajar Matematik di China ialah 15 jam seminggu. Di Malaysia cuma dua jam setengah. Ya, 5 waktu sahaja seminggu bersamaan 2 jam setengah sahaja. Kurang 6x ganda dari masa murid di negara China belajar!
Mana mungkin orang yang belajar 2-3 jam seminggu nak lawan orang yang belajar 15 jam seminggu?
3. Fasiliti dalam sekolah pun kita jauh ketinggalan. Negara maju siap ada pembantu guru untuk membantu pembelajaran. Capaian internet mereka, penggunaan smart board dan kelengkapan sekolah memang dah maju seiring zaman.
Kita? Meja guru tahun 60an lagi pun ada sekolah yang masih guna. Kerusi meja murid tu yang dah entah berapa puluh tahun pun masih ada sekolah guna. Patah, repair.
Internet? Bukan semua tempat capaian internet laju. Semua orang tahu.
Jadi, hanya silibus sahaja laju nak sama dengan negara maju, sedangkan fasiliti, size kelas, masa mengajar tak sama bagaimana nak capai kecemerlangan sama dengan mereka?
Umpamanya kita nak kereta selaju Ferrari, tapi cuma ambil enjin Ferrari sahaja. Lepas tu enjin tu dimasukkan dalam kereta Kancil.
Mana maunya kereta Kancil pergi macam kereta Ferrari. Kata ore Kelate, “Relai sekateh-sekateh boh”.
Dalam pada itu, netizen juga meluahkan perkara yang sama, simpati melihat anak-anak dengan sillibus yang makin sukar. Antara komen netizen.
” Masa di Sarawak dulu, ada sekolah yang kelasnya sampai kena bahagi dua sebab murid terlampau ramai. Maka buatlah divider di tengah-tengah kelas.”
“Terperanjat tgk silibus skrg.”
“Betul tu cikgu…satu hari ada 5 subjek…kesian juga budak nk kejar…pastu satu subjek ada 2 buku tebal, x masuk buku tulis…klu darjah satu, besar beg dari org.”
Apa yang pasti, begitulah cabaran buat anak-anak untuk terus menuntut ilmu agar menjadi ‘orang’ yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Moga kita terus istiqomah mendidik anak-anak.
Ajal maut di tangan Tuhan. Tiada siapa pun yang melainkan Dia. Apa yang pasti setiap manusa yang hidup pasti akan merasai kematian.
Bagi anak yang kehilangan ibu bapa tercinta akan memberikan kesan mendalam terhadap kehidupan mereka.
Lantaran itu, untuk menghilangkan kerinduan akan mengunjungi tanah perkuburan menziarahi pusaran ibu bapa.
Namun bagi lelaki ini, pemergian ibu membuatkan dia mengebumikan jenazah ibunya di pekarangan rumahnya.
Pemuda tersebut memuat naik video memaparkan kubur ibunya menerusi akaun aplikasi sosial TikTok @adhefin.
“Mungkin ini caraku,” demikian tulis lelaki tersebut bersama video yang dimuat naik itu sebagaimana yang dilaporkan oleh Suara.com, Selasa (31/8/2021).
Video yang berdurasi 20 saat mendapat tontonan sehingga 1.9 Juta memperlihatkan jelas lelaki itu sedang membersihkan kubur ibunya yang terletak di pekarangan kediaman mereka.
Berpakaian sopan melawat kubur ibu walaupun tepi halaman rumah
Lelaki itu menjadikan pusaran ibunya seperti di tanah perkuburan, dengan batu nisan berwarna hitam.
Bukan itu sahaja, dengan berpakaian sopan ketika membersihkan kubur ibunya yang dipenuhi rumput hijau dan bunga yang segar. Sambil bersila mendoakan ibu di halaman rumahnya.
Kelihatan, kubur ibunya kelihatan indah di halaman rumahnya yang turut ditanam beberapa pasu bunga.
Dalam pada itu, cara lelaki itu menarik perhatian para netizen yang menonton video berkenaan. Ada yang mengatakan ia sebagai salah satu cara untuk mengingatkan kematian, mengelak perebutan harta dan memudahkan ahli keluarga untuk menziarah kubur ibu bapa mereka.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.