Saffron mungkin baru bagi kita namun khasiatnya sememangnya baik untuk kita dan anak-anak. Antara kebaikan pengambilan saffron ini adalah untuk otak.
Malah menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, meletakkan saffron dalam air bekal anak setiap hari antara yang disarankan kerana bukan hanya untuk otak bahkan mampu menstabilkan emosi anak.
Saffron boleh bantu stabilkan emosi dan mood anak. Ada kajian kata saffron bagus untuk anak ADHD tau.
Saffron baik untuk otak.
– Bantu untuk kuatkan memori anak
– Mudahkan proses faham ilmu baru
– Bantu anak lebih fokus masa belajar
Ads
Saya biar anak sendiri letak saffron dalam botol air, supaya diorang excited nak minum. Buat harini, esok bawak ke sekolah. Setiap malam rutin diorang macam tu.
Letak sehelai dua je saffron, untuk 1 botol air anak. Real food macam ni, kena konsisten buat, baru kita akan nampak hasil.
Soalan yang ramai tanya pasal saffron. Tak bahaya ke guna untuk anak?
Ads
Dos yang bahaya untuk saffron adalah 5 gram ke atas. Saffron berkualiti yang saya share ni, dijual hanya 1 gram je.
Dos yang dicadangkan, 30 mg sehari, dalam 10 helai macam tu. Tapi kita guna untuk anak, 1-2 helai je dalam sebotol.
Ads
Kita kena lagi risau bila bagi bekal air kotak strawberi coklat dalam bento anak, berbanding air saffron hanya letak sehelai dua saffron dalam 500ml air.
Umur berapa boleh minum?
Anak setahun ke atas dah boleh bagi k. Masuk dalam makanan anak pun boleh. Real food pun, berpada je kita ambil. Bukan berlebihan. Itu yang akan bawa mudharat.
Pernah tak, rasa tak sempat nak habiskan kerja di pejabat, nak tak tak kena juga bawa balik dan sambung buat di rumah?
Haaa…. Awas ye! Jangan menafikan hak diri anda sendiri untuk bercuti. Nak tahu kenapa? Jom tengok perkongsian dari Dr Muhammad Wa’iz ni!
Tuntutan pekerjaan menyebabkan ramai pekerja tidak sedar mereka telah mengorbankan cuti hujung minggu dengan bekerja.
Kajian ada mendapati, cuti 2 hari setiap minggu sangat membantu mengurangkan kadar ketidakhadiran pekerja dan meningkatkan produktiviti mereka di tempat kerja.
Persoalannya, adakah memenuhi tuntutan pekerjaan itu lebih penting daripada meluangkan masa berehat selama 2 hari seminggu? Tepuk dada tanya diri!
Kerja hujung minggu buatkan anda berisiko mendapat kemurungan
Walaupun cuti hujung minggu telah lama dilaksanakan dalam kebanyakan sektor pekerjaan, namun masih ada daripada kalangan kita yang membuat keputusan untuk terus bekerja walaupun pada cuti hujung minggu.
Ini bermakna, mereka tidak mendapat sebarang manfaat daripada pengenalan cuti 2 hari pada hujung minggu tersebut.
Apa yang lebih buruk, kebanyakan daripada mereka yang membuat keputusan untuk kerja hujung minggu tidak sedar apa yang bakal dihadapi pada masa akan datang.
Mereka sebenarnya sedang memperjudikan kesejahteraan mental yang mereka miliki. Apakah ia?
Satu kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati, mereka yang terus bekerja pada hujung minggu lebih cenderung atau berisiko untuk mengalami kemurungan pada masa akan datang.
Daripada data kajian tersebut, didapati bahawa golongan wanita yang bekerja pada hujung minggu mempunyai simptom-simptom kemurungan yang lebih tinggi berbanding wanita yang hanya bekerja pada hari bekerja sahaja.
Kajian tersebut turut menyatakan, majikan perlulah menyedari bahawa kerja lebih masa dan pada waktu hujung minggu sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental pekerja mereka.
Kerja lebih masa sangat tidak bagus kepada kesihatan mental manusia
Seorang penyelidik di Lancaster University menyatakan, kerja lebih masa sememangnya amat memberi kesan secara negatif ke atas mental manusia.
Ini termasuklah kurangnya aktiviti sosial, masa untuk kehidupan peribadi dan juga waktu rehat yang sememangnya diperlukan oleh tubuh manusia itu sendiri.
Apatah lagi bagi mereka yang telah berkeluarga, mereka sepatutnya menyeimbangkan masa mereka juga untuk memenuhi tanggungjawab terhadap urusan rumah tangga.
Apa yang boleh anda lakukan sebagai pekerja untuk mengurangkan risiko kemurungan?
Sebagai seorang pekerja yang hanya makan gaji, kita mungkin tidak mampu mengubah waktu kerja atau mengubah apa yang telah diaturkan kepada kita.
Namun, ada beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko daripada mendapat kemurungan.
Antaranya ialah:
Berehat beberapa ketika pada waktu bekerja
Memberikan prioriti atau keutamaan kepada tugasan kerja
Belajar untuk menyatakan ‘tidak’ jika anda rasa anda tidak mampu lagi untuk menanggung beban kerja tambahan
Bekerja dari rumah jika terdapat fleksibiliti seperti itu dalam sektor pekerjaan anda
Bersikap terbuka untuk menceritakan masalah anda kepada ahli keluarga dan rakan yang dipercayai
Gunakan masa cuti anda sebaiknya dengan tidak memikirkan soal kerja
Berhenti melakukan kerja apabila waktu kerja anda sudah tamat dan jangan bawa pulang beban kerja di rumah
Manfaatkan masa bersama keluarga dan rakan pada luar waktu kerja
Komitmen tugas kerja itu bagus, tetapi anda juga punya kehidupan untuk dinikmati
Memberikan komitmen yang terbaik kepada pekerjaan itu sememangnya satu nilai yang dicari ramai majikan.
Namun, anda juga perlu sedar bahawa anda bukanlah dibayar untuk bekerja 24 jam, 7 hari seminggu.
Anda juga perlu menikmati waktu di luar masa kerja dengan melakukan aktiviti lain yang digemari bersama keluarga atau rakan.
Untuk majikan pula, sudah tiba masanya untuk berubah daripada budaya bekerja yang tidak realistik dengan ganjaran yang rendah kepada budaya yang lebih menghargai dan menyokong para pekerja anda.
Hargailah segala usaha pekerja anda dan berikan sokongan untuk mereka menjalani kehidupan yang memelihara kesejahteraan mental.
Migrain memang menyerang kita tanpa dijangka. Cuaca biasanya menjadi penyebab utama selain pemakanan yang tidak menentu.
Orang yang mengalami migrain biasanya cukup sensitif kepada hampir segala-galanya. Antaranya sinar cahaya matahari boleh mencetuskan sakit yang teruk terutama seluruh kepala.
Jadi bagi yang mengalami migrain yang kerap dan teruk anda boleh mencuba cara alternatif yang lebih selamat dan berkesan. Boleh juga cuba buat suami yang tiba-tiba diserang migrain. Insyallah membantu.
Yang anda perlu tahu, garam dan lemon baik untuk meredakan masalah ini. Pastikan hanya garam berkualiti tinggi digunakan dan sebaiknya gunakan garam Himalaya organik jika anda mahu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Garam ini akan membantu anda mengurangkan sakit kepala yang teruk dan migrain. Selain itu, ia akan membantu anda menguatkan sistem imun serta membantu memulihkan bacaan alkali dan elektrolit dalam badan anda.
Antara bahan lain untuk petua ini ialah lemon. Lemon dianggap sebagai salah satu buah-buahan yang mempunyai alkali. Badan kita mendapat banyak manfat apabila lemon digabungkan dengan garam kerana membantu anda mengurangkan migrain.
Bahan-bahan :
1/2 biji lemon
1/2 sudu teh garam Himalaya
Cara Penyediaan:
1. Mulakan dengan memerah limau tersebut ke dalam segelas air
2. Kemudian tambah garam Himalaya.
3. Gaul dan ubat migrain anda bersedia untuk diminum.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siput pepahat atau ada juga yang menamakan dengan siput buluh memang enak dimakan sama ada dimasak tumis mahu pun dibakar.
Pun begitu, sebelum dapat dimasak perlu diberi perhatian dan ketelitian dalam mencucinya agar bersih sepenuhnya. Ini memandangkan makanan bercengkerang biasanya akan terdapat lumpur, pasir dan sebagainya yang perlu dikeluarkan dengan sempurna.
Jika terlepas pandang tentang perkata itu, maka tidak hairanlah boleh menjadi penyebab kita seisi keluarga boleh keracunan makanan selepas makan makanan yang bercengkerang.
Jadi bagi yang teringin untuk menikmati enaknya rasa siput pepahat ini dan ingin memasaknya sendiri namun masih tidak tahu cara membersihkannya, apa kata anda baca perkongsian daripada seorang chef di facebook akaun Arbi Mohd Arbi ini.
Rupanya tidak susah mana pun dan ini perkongsiannya.
Membersihkan Siput buluh atau pepahat atau ambal ataupun kalau orang NismeyLand panggil bamboo clamp.
Habitat pepahat ni ialah di dalam pasir di kawasan pantai, dan umum mengetahui di dalam pasir yang sedikit berlumpur ni mengandungi 1001 kekotoran serta bakteria dan di sini juga saya ingin menyatakan..makanan bercengkerang ini ialah makanan yang berisiko tinggi untuk golongan lanjut usia…wanita mengandung dan kanak kanak (TCs Food dalam istilah serve safe management)
Jika salah cara pengendalian makanan ianya akan menjadi bahaya dan boleh menyebabkan food borne illness dalam erti kata lain. Jika anda tidak membersihkannya dan ianya tidak dimasak dengan betul anda mungkin akan bermalam di dalam tandas!
Saya serta kan gambar dan langkah-langkah pembersihannya. Rasanya amatlah berbeza selepas dibersihkan kerana “funny taste” yang sebelum ini anda rasai telah hilang.
So…inilah rupanya pepahat. Nampak ianya berpasir dan sedikit berlumpur. Rasanya kenyal-kenyal dan kandungan garam yang amat banyak sebab rasa dia dah cukup masin jika dimasak tanpa garam.
Ini pula rupa isi perut dia, di dalam ini lah yang saya katakan terkandungnya pasir dan sedikit Lumpur. Ianya harus dibersihkan di bawah air yang lalu, just koyakkan buang isi yang berwarna coklat serta line hitam tu.
Inilah yang amat bahaya jika tak dimasak dengan sempurna, toxic di dalam makanan.
Setelah dibersihkan. Inilah hasil bedah siasat kita…ianya sedikit berpasir serta mempunyai bau yang tersendiri. Ini yang saya maksudkan “funny taste”
Hasil untuk satu pepahat, baru satu tau kalau 10?15?25? Mesti penuh mangkuk ni. Selama ni telan je semua masuk dalam perut, tengah malam sikit berebut toilet.
Nampak tak hasilnya bersih, suci, murni je tanpa dipengaruhi warna isi perutnya. Saya suka bakar je, simple but padu.
Semuanya terpulang pada anda. Anda yang menentukan apa yang anda makan tapi tugas saya mengajar apa itu keselamatan penyediaan makanan.