Sejak kisahnya disiarkan melalui media masa dan media sosial, warganet tidak putus-putus mengambil tahu akan perkembangan terbarunya.
Daripada perjalanan bidadari kecil kesayangan Malaysia ini mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan di mulutnya, sehinggalah dia beransur pulih.
Terbaru, khabar gembira dikongsi oleh ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagramnya apabila anak sulungnya yang kini berusia dua tahun itu tidak perlu lagi memakai alat bantuan pernafasan.
Ads
Semakin hari semakin banyak perubahan dari Ainul. Alhamdulillah. Yang paling syukur sekali, Ainul dah tak perlu pakai oksigen lagi. Yeayy! Ainul dah bebas nak bergerak tanpa halangan.
Ainul yang kini dalam fasa untuk mempelajari makan dan minum mengikut mulut. Malah, ibunya turut berkongsi detik bahagia apabila anaknya sudah pandai meminta makanan.
Meskipun perubahan ini agak lambat berbanding kanak-kanak lain, namun Nurul Erwani percaya bahawa Ainul pasti boleh melakukannya.
Ads
Sekarang tengah fasa ajar Ainul makan dan minum ikut mulut pulak. Ainul pun dah pandai mintak-mintak makanan 😁 Sikit lagi Ainul, Ainul pasti boleh💪.
Perkembangan terbaru Ainul tersebut mendapat respond dari warganet. rata-rata gembira dan terharu dengan perkembangan si kecil ini.
keropokpisangg Adik ni dpt doa dpd 1 malaysia, semue org doakan yg trbaik…. Alhamdulillah adik ni sembuh
norziansaujiAlhamdulillah…byk dah kesusahan di lalui ainul & parentsnya..Allah beri kemudahan selepas nya berkat kesabaran parents ainul membesarkan ainul
yusnashahiraAllahuakhbar. Alhamdulillah. Atas kuasa dan kehendak allah. Semoga ainul membesar dgn sihat hendaknya. Aamiin. ❤🌸
Berita yang ditunggu-tunggu
ismaizanAlhamdulillah syukur pada mu ya allah…semoga ainul sihat sepenuhnya tanpa memakai oksigen..
Andai ada sejarah kesihatan ahli keluarga ada yang mengidap darah tinggi, sewajarnya langkah-langkah awal perlu diambil perhatian untuk elakkan daripada dihidap oleh keluarga yang lain.
Amalkan gaya hidup sihat umpamanya adalah yang terbaik. Pun begitu, andai telah disahkan ada tanda-tanda awal mengidap masalah darah tinggi inii dan tidak mahu terus bergantung pada ubat-ubat sepanjang hayat, ada caranya.
Hal ini telah dikongsikan oleh seorang doktor dan bolehlah diamalkan.Jom semak apa katanya.
10 LANGKAH KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBAT
“Saya tak bagi dulu ubat darah tinggi, buat masa ni boleh kawal dengan cara makan dan lain-lain…”
Pernah tak doktor beritahu anda untuk kawal tekanan darah seperti ini. Tapi bagaimana?
Saya senaraikan 10 langkah yang boleh diikuti.
1. Kurangkan berat badan
Tekanan darah sering meningkat apabila peningkatan berat badan. Berat badan juga boleh menyebabkan gangguan pernafasan semasa anda tidur (tidur apnea), yang akan meningkatkan tekanan darah anda.
Berat badan adalah salah satu perubahan gaya hidup yang paling berkesan untuk mengawal tekanan darah. Kehilangan hanya 4 ke 5 kilogram dapat mengurangkan tekanan darah anda.
2. Bersenam dengan kerap
Aktiviti fizikal biasa sekurang-kurangnya 30 minit sepanjang hari dalam seminggu dapat mengurangkan tekanan darah anda dengan 4 hingga 9 milimeter merkuri (mm Hg). Perkara paling penting ialah konsisten kerana jika anda berhenti bersenam, tekanan darah anda boleh naik semula.
Sekiranya anda mempunyai sedikit tekanan darah tinggi (prehypertension), senaman boleh membantu anda mengelakkan hipertensi yang kronik. Sekiranya anda sudah mengalami hipertensi, aktiviti fizikal yang tetap boleh membawa tekanan darah anda ke tahap yang lebih selamat.
Jenis senaman terbaik untuk menurunkan tekanan darah termasuklah berjalan kaki, jogging, berbasikal, atau berenang.
3. Makan makanan yang sihat.
Makan diet yang kaya dengan bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain boleh menurunkan tekanan darah anda. Saya faham memang tidak mudah untuk mengubah tabiat makan anda, tetapi dengan melakukan tip-tip yang saya beri ini, anda boleh mengamalkan diet yang sihat:
* Simpan diari makanan. Menulis apa yang anda makan. Pantau apa yang anda makan, berapa banyak, bila dan mengapa.
* Pertimbangkan untuk meningkatkan kalium. Kalium (potassium) boleh mengurangkan kesan natrium (sodium) pada tekanan darah. Sumber kalium yang terbaik adalah makanan, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan bukan makanan tambahan.
* Menjadi pembeli pintar. Baca label makanan apabila anda berbelanja dan berpegang pada pelan pemakanan sihat semasa anda sedang makan.
4. Kurangkan sodium dalam diet
Walaupun pengurangan kecil dalam natrium (sodium) dalam diet, anda dapat mengurangkan tekanan darah dengan 2 hingga 8 mm Hg.
Kesan pengambilan natrium pada tekanan darah berbeza-beza mengikut individu. Secara umum, hadkan natrium kepada kurang daripada 2,300 miligram (mg) sehari atau kurang.
Untuk mengurangkan natrium dalam diet anda, ikuti tip-tip ini:
* Baca label makanan. Jika boleh, pilih alternatif natrium rendah makanan dan minuman yang biasanya anda beli.
* Kurangkan makan makanan yang diproses. Hanya sebilangan kecil natrium berlaku secara semulajadi dalam makanan. Kebanyakan natrium ditambah semasa pemprosesan.
* Jangan tambahkan garam. Hanya 1 sudu teh garam mempunyai 2,300 mg natrium. Gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa kepada makanan anda.
5. Kurangkan alkohol
Alkohol pada jumlah yang kecil, ia berpotensi menurunkan tekanan darah anda dengan 2 hingga 4 mm Hg. Tetapi kesan perlindungan itu hilang jika anda minum terlalu banyak alkohol. Minum lebih daripada jumlah alkohol yang sederhana boleh meningkatkan tekanan darah. Ia juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah.
6. Berhenti merokok
Setiap rokok yang anda hisap boleh meningkatkan tekanan darah anda selama beberapa minit selepas anda selesai. Berhenti merokok membantu tekanan darah anda kembali normal. Orang yang berhenti merokok, tanpa mengira umur, mempunyai peningkatan yang besar dalam jangka hayat.
7. Kurangkan kafein
Peranan kafein dalam tekanan darah masih lagi dibincang dan dibahaskan. Kafein boleh menaikkan tekanan darah sebanyak 10 mm Hg pada orang yang jarang menggunakannya, tetapi ia tidak ada kesan yang signifikan terhadap tekanan darah kepada peminum kopi biasa. Untuk mengetahui sama ada kafein boleh meningkatkan tekanan darah anda, semak tekanan anda dalam masa 30 minit selepas minum minuman berkafein. Sekiranya tekanan darah anda bertambah sebanyak 5 hingga 10 mm Hg, anda mungkin sensitif terhadap tekanan darah yang menaikkan kesan kafein. Boleh rujuk dan berbincang dengan doktor.
8. Kurangkan stres dan tekanan hidup
Stres dan tekanan hidup yang kronik adalah penyumbang penting kepada tekanan darah tinggi. Stres sekali-sekala juga boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi jika anda bertindak balas terhadap tekanan dengan makan makanan yang tidak sihat, minum alkohol atau merokok.
Ambillah sedikit masa untuk berfikir semula apa yang menyebabkan anda berasa tertekan, seperti kerja, keluarga, kewangan atau penyakit. Sebaik sahaja anda tahu apa yang menyebabkan tekanan anda, carilah penyelesaian bagaimana anda boleh mengurangkan tekanan tersebut. Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan semua tekanan anda, anda sekurang-kurangnya dapat mengatasinya dengan cara yang lebih sihat.
9. Pantau tekanan darah anda.
Periksa dan pantau tekanan darah di rumah dan berjumpa doktor anda dengan kerap. Pemantauan di rumah boleh membantu anda mengekalkan bacaan normal tekanan darah anda, membantu anda untuk terus konsisten dengan gaya hidup sihat, dan memberi isyarat kepada anda jika ada tanda-tanda awal komplikasi kesihatan.
10. Dapatkan sokongan Keluarga dan rakan-rakan
Keluarga dan rakan sebenarnya penting dalam membantu meningkatkan kesihatan anda. Mereka boleh menggalakkan anda untuk menjaga diri, membantu untuk berjumpa doktor atau memulakan program senaman bagi memastikan tekanan darah anda rendah. Ini juga dapat memberi anda hubungan dengan orang yang boleh memberi anda sokongan emosi dan mereka yang boleh menawarkan tip praktikal untuk membantu anda.
PERHATIAN :Langkah ini berguna jika tekanan darah anda masih boleh dikawal tanpa perlu ubat. Nota ini tidak bermaksud menggantikan preskripsi ubat daripada doktor. Anda perlu terus menggunakan ubat yang diberi oleh doktor sekiranya diarah sedemikian.
#Share kepada orang yang anda sayang. Moga kita diberi kesihatan berpanjangan
Meatball Ikea sememangnya menu yang cukup popular. Ada yang sanggup memandu ke sana semata-mata untuk makan meatball sahaja.
Ada yang teringin nak makan meatball Ikea tak?, tapi tak ada masa nak ke sana. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Tak susah pun, resipi yang dikongsikan Zan Zafirah Zainal mudah dan simple je. Tapi menjadi!
Kisah semalam teringin nak makan meatball IKEA sebelum mula puasa Ramadhan. Tinggal kat luar negara ni memang tak dapat nak beli meatball kat IKEA macam kat Malaysia nun. Maka, kena buat sendiri. Nasib baik IKEA share resepi rahsia dorang. Ikut sebijik sama macam dalam resepi, cuma of course tak guna pork mince ya, ganti pakai halal beef mince 100% sahaja.
Bahan-bahan:
750g daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar – cincang halus
1 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu full cream
Garam dan lada hitam
Resepi ni saya dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang saya buat:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.Siap gentel meatball. Lenguh juga nak buat ni. Pastikan kepal dengan padat meatball ni supaya tak pecah masa nak masak. Simpan kejap dalam peti beku, lebih kurang 20 minit nak bagi keras sikit.Goreng kejap dalam kuali. Tak perlu letak minyak banyak, sikit je sebab meatball ni keluarkan minyak semasa masak.Dah nampak brown sikit, terus masukkan dalam oven. Kalau guna kuali yg tangkai besi macam ni, boleh masuk terus dalam oven. Kalau kuali tangkai plastik, jangan tau. Tak pasal-pasal cair nanti.
Bahan kuah/Gravy:
40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/dairy whipping cream
Cara membuat:
1. Cairkan butter, masukkan tepung. Kacau dalam 2 minit.
2.Masukkan 2 kiub daging brand apa-apa pun boleh. Saya guna knorr. Kacau kejap sambil pecahkan kiub.
3. Tambahkan air 300ml. Pastikan masuk sikit-sikit dan kacau supaya tak berketul.
4. Ini penting untuk dapatkan rasa kuah sama macam kat IKEA. Dijon mustard. Pastikan Dijon ye, bukan mustard kuning biasa tu. Saya tak pasti kat Malaysia ada jual kat mana. Mungkin pasaraya besar ada jual.
5. Masukkan kicap. Saya guna kicap lemak manis. Tak guna kicap masin sebab kiub daging dah masin.6. Masukkan dairy cream 150ml.7. Kacau sampai tak berketul. Kuah siap!Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je.
Pernah tak cuba buat krim marjerin? Resipi ini cukup mudah malah anda boleh pelbagai perisa ini untuk memikat selera si anak untuk bersarapan. Selain roti, boleh juga disapu pada kek. Kalau nak cuba sendiri , ini resipi yang dkongsikan oleh puan Masni Bahari.
Jom kita buat krim majerin untuk anak2 kita kesekolah..x la jemu meka asyik dok calit dgn palanta skaya ja..yg akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin n gula ja..tp akak nak dia lebih rasa sedap n lemak skit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal..jom intai apa yg akak derhaka tu
Cara membuat:
Campur semua bahan kecuali perisa. Kisar sampai kembang dan jadi putih gebu. Bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dalam peti ais..akak nak bagitau ya..kalau nak buat krim ni jangan sesekali guna butter ya..sebab butter cepat cair.
Koko perisa coklat..
Hijau perisa pandan..
Putih perisa vanila..
Kuning perisa jagung..
Pink perisa strawberry..
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..