Bagi menentukan tanaman yang ditanam hidup subur, biasanya kita akan memastikan untuk melakukan proses membaja mengikut jadual-jadual tertentu. Pun begitu, tidak dinafikan, kadang kala membuatkan ada yang terlupa apatah lagi andai tanaman yang ditanam di dalam pasu cuma ada beberapa pokok sahaja. Tidak kurang juga, ada yang sibuk dengan urusan lain hingga lupa untuk menabur baja pada tumbuhan yang ditanam.
Oleh itu, ada bagusnya anda mencuba teknik ini yang dikongsikan diakaun fb Enkay Nik Mustaffa ini, tanpa perlu memikirkan masa untuk membaja tanaman berpasu, namun tanaman tetap mendapat nutrisinya dengan cara dan teknik istimewa. Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Bekas tanaman dari bahan kos rendah
Alhamdulillah, pagi tadi saya dijemput untuk membuat demo bagi tanaman yang menyokong diet sihat. Jadi, tanaman yang dibawa adalah tumbuhan yang memberi perisa dan rasa sedap tanpa menggunakan perisa tambahan seperti daun ketumbar, daun sup, cili, daun kunyit dan kesum.
Seperti biasa, bekas yang saya gunakan adalah dari bahan kos rendah. Kali ini saya sekalikan dengan bekas kompos sisa dapur. Saya menggunakan tong air, disembur cat. Langkah penanaman ada pada setiap gambar.
Step 1 : Tong air, disembur cat dan dilubangkan disisi. Tinggikan lebih kurang 2 inci sebagai tempat simpanan air.
Step 2 : Bekas terpakai (bekas biskut raya) dilubangkan di sisi.
Ads
Step 3 : Masukkan tanah ke dalam tong sehingga ke paras yang diperlukan.
Ads
Step 4 : Letakkan bekas yang akan menjadi bekas kompos.
Step 5 : Tambahkan sedikit tanah lagi.
Ads
Step 6 : Tanam anak pokok. Saya menggunakan pokok kucai. Semasa demo di MHI, saya tanamkan pokok ketumbar, pokok bayam brazil dan pokok kucai.
Ini rupanya bekas tanaman. Bekas bertutup ini kita akan masukkan sisa dapur seperti kulit kentang, sisa sayur, nasi tak habis, perut ikan cuma elakkan lemak, kulit ayam, kulit buah citrus dan kemudian dicampur dengan gula merah.
Tak perlu letak air. Sisa tadi dibasuh dan disejat, kemudian gaul dengan gula merah. Rationya 1:1
Ekstra tip :
Saya menggabungkan beberapa jenis tanaman supaya kita dapat meminimakan penggunaan ruang dan medium (medium beli pakai liter -mahal). Bahkan ia praktikal dan boleh ditanam di setiap rumah sama ada flat, ppr, kondominium atau rumah teres.
Tak perlu risaukan terlupa nak letak baja atau air dalam tempoh seminggu dua kerana ada bekas kompos yang sedia membekalkan nutrien.
Saya menggalakkan penggunaan baja dari dapur supaya kita dapat menjimatkan belanja pembelian baja dan mengurangkan pembuangan sisa domestik. Benda boleh dapat free, untuk apa kita membeli?
Semoga perkongsian ini memberikan manfaaf untuk semua.
Teringin nak buat ‘Kitchen Island’ tapi bajet tak cukup? Nah admin kongsikan cara mudah dan murah untuk ibu-ibu cuba ‘tiru’. Perkongsian puan Fara Amirullah menerusi page Tukang Apa Hari Ini mungkin dapat membantu.
Simple sahaja penghasilan kithen islan yang hasil kerja tanhan suaminya sesuai untuk ruangan dapur yang sempit tapi buat ruang tersebut nampak lebih kemas dan menarik.I pernah post project diy kitchen island guna c channel yang husband i buat masa PKP hari tu, tapi tergendala sebab skirting and powder coating tak dapat beli dek PKP. Hari ni dedua item sampai serentak, so husband settle kan kitchen island i tu. Finally siap jugak! 😍
Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita bazirkan dengan kelalaian diri sendiri hingga tanpa sedar kita kurang menghargai orang yang ada dekat dengan diri kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Sehubungan dengan itu, Ustazah Asma’ Harun melalui postingnya di Facebook ada mengajak kita semua untuk lebih menghargai orang tersayang apatah lagi ketika dilanda wabak Covid-19.
Ini perkongsiannya dan semoga memberi 1001 makna dalam kehidupan kita semua.
LAMBAIAN TERAKHIR
Kadang-kala dalam hidup ini, tanpa disedari, kita kurang menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Siapa sangka kedatangan wabak COVID-19 benar-benar telah mengubah banyak sisi kehidupan. Segalanya seolah berlaku terlalu pantas. Semakin hari, semakin ramai yang dijangkiti, malahan menemui ajal mereka dalam ujian wabak ini. Allahuakbar.
Tidak terjangkau dek akal fikiran bahawa mereka yang dahulunya ada disisi memberikan sokongan, kini tiada lagi. Mereka yang kita sangka akan sentiasa menemani, rupanya sudah pergi.
Tiada lagi nasihat dan kata penguat yang meniti di bibir, senyuman manis yang menghiasi wajah untuk perjalanan kehidupan, yang tinggal hanyalah sebuah kenangan sebagai bekalan apabila kerinduan.
Allah Ya Qahhar, Allah Yang Maha Perkasa. Apabila Allah berkehendak untuk menetapkan sesuatu, maka hanya cukup Dia melafazkan kalimah-Nya yang agung sepertimana firman Allah SWT:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
[Surah Yasin: 82]
Subhanallah, betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi. Sememangnya COVID-19 telah mengajar kita 1001 erti.
Ia membuatkan kita lebih menghargai mereka yang ada di sisi. Kemungkinan lambaian yang diberikan hari ini merupakan lambaian terakhir daripada insan yang amat disayangi.
Jika sebelum ini, kita merasakan ada hari esok untuk bertemu lagi, tetapi kini belum tentu kerana situasi yang tidak sama lagi. Kita tidak tahu siapa di antara kita yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu kerana kematian itu pasti dan tidak akan diketahui bila masanya tiba.
Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
[Surah al-Anbiya’: 35]
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿٣٤﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”
[Surah Luqman: 34]
Sahabat, ketahuilah bahawa Allah SWT telah menetapkan kematian setiap hambanya. Tidak akan ada yang terkecuali daripada merasai mati. Ia tetap akan datang dan tidak akan terlewat walaupun sedikit.
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”
[Surah al-A’raf: 34]
Tetapkan dalam hati, jika sebelum ini kita kurang menghargai mereka yang berada di sekeliling. Sekaranglah saatnya untuk lakukan perkara yang lebih membahagiakan mereka.
DUHAI IBU AYAH,
Jadikanlah tempoh ‘lockdown’ ini sebagai peluang untuk kembali menyemak solat dan bacaan al-Quran anak-anak jika sebelum ini tiada kesempatan. Hidupkanlah kasih-sayang dengan saling membantu, meringankan kerja-kerja rumah dan mendengar cerita anak-anak.
DUHAI ANAK,
Hargai dan luangkanlah masa sebanyak mungkin ketika ini bersama dengan ibu ayah dan adik beradik. Ambil peluang untuk mendengar nasihat berharga daripada mereka. Usah terlalu leka dengan hiburan dan media sosial yang membuatkan kita lupa.
BUAT YANG BERJAUHAN DENGAN PASANGAN DAN IBU AYAH DI KAMPUNG,
Tautkan kasih sayang dengan sering berhubung dengan mereka. Hantarkan hadiah tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Kuatkan kesabaran dan pergantungan kepada-Nya, insya-Allah semua ini tidak akan lama.
DOA AGAR ALLAH MELINDUNGI KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG
أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
Maksudnya: “Aku meninggalkan kamu semua dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang ada di dalam jagaan-Nya.”
[HR Ibnu Majah]
Semoga Allah SWT melindungi kita dan semua insan yang disayangi walau di mana jua kita berada. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.