Sebagaimana kelaziman bila seorang anak gadis bernikah, bapa kandung akan menjadi walinya. Namun sekiranya bapa tidak ada kerana meninggal dunia maka hak wali berpindah kepada datuk pengantin perempuan itu; dan jika datuk juga meninggal dunia maka hak wali itu berpindah kepada saudara lelaki seibu-sebapa kepada pengantin perempuan dan begitulah bidang kuasa wali mengikut tertib susunannya.
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah lelaki yang beragama Islam, berakal, adil, merdeka, dan baligh.
Baru-baru ini viral kisah seorang remaja berumur 14 tahun sanggup menggalas tanggungjawab menjadi wali kepada kakak sulungnya yang selamat dinikahkan pada hari Ahad yang lalu.
Peristiwa tersebut dirakam dan dimuat naik oleh ibunya @azzaasha di aplikasi TikTok yang memaparkan remaja lelaki terbabit nampak gementar ketika membaca lafaz ijab kepada pasangan kakaknya.
Namun selepas lafaz nikah dibacakan oleh abang iparnya, remaja itu tidak dapat menahan sebak.
“Alhamdulillah selesai pernikahan anakanda sulung, dinikahkan oleh adiknya,” katanya dalam video tersebut.
Sementara itu, majlis yang diadakan di sebuah masjid dan rata-rata tetamu yang hadir turut melahirkan rasa sebak serta kagum dengan keyakinan dan kebolehan remaja lelaki berkenaan menyempurnakan sesi akad hanya sekali lafaz.
Dalam pada itu, rakaman tersebut turut mendapat perkongsian pengguna yang lain dan pelbagai reaksi diberikan menerusi ruangan komen.
“Siapa nangis, kita ‘gang’.”
“Menitis air mata, sama umur dengan anak kedua saya,” kata warganet yang memberikan komen pada video tersebut.
“Terharu sangat.. auto leleh air mata, awak sungguh berani dik..,” kata yang lain pula.
“Suatu masa nanti anak saya jugak akan mewalikan akaknya🥺🥺.mengmbil tanggungjawap arwah ayah nya..🥺,” luah salah seorang warganet dengan sayu.
“Nangis juga tengok vtt akak ni 🥺 perasaan berat untuk melepaskan sorang kakak kepada orang lain,” komen yang lainnya.
Perasan tak ramai yang meletakkan pewangi kereta di atas dashboard kereta. Sebenarnya ada tempat yang betul dan strategik bagi meletakkan pewangi kereta.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok oleh @stdetailingjb, mereka berkongsi tip mengenai tempat yang sepatutnya pewangi kereta ini diletakkan.
Tempat sebenar bagi meletakkan pewangi kereta ialah di tenpat bawah kaki bahagian penumpang hadapan yang berdekatan dengan aircond kereta.Hal ini telah dibuktikan oleh @stdetailingjb bahawa sebenarnya udara diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, anda boleh melihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Dah boleh ubah kedudukan pewangi kereta tu ya!
Pelawak dan pelakon, Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin dalam satu temu ramah bersama Suria fm berkongsi kisah hidupnya yang tidak diketahui ramai.
Lebih dua dekad dalam industri hiburan, Ropie berkata, dia tidak risau jika momentum yang dikecapinya itu hilang kerana percaya, rezeki setiap manusia sudah ditentukan.
“Zaman kejatuhan saya tahun 1999-2000 selepas kumpulan Cecupak dibubarkan memang ‘sakit’ waktu itu. Pernah dulu saya terpaksa menyamar pakai topeng, kutip dan jual tin-tin kosong. Waktu tu memang susah, anak pula kecil lagi. Selain tin saya juga jual bateri-bateri dan juga suratkhabar.
“Waktu itu saya tinggal di Kuala Lumpur dan tak nak balik kampung untuk menyusahkan keluarga yang sudah susah. Anak saya waktu itu baru 3 orang masih kecil. Jadi pendapatan tak cukup tapi hidup mesti diteruskan.
“Saya janji umur 45 kalau tak berjaya akan cari kerja tetap tak kisahlah terpaksa jadi pengawal keselamatan atau sebagainya. Saya tak malu buat kerja-kerja apapun. Tapi bila tengok ada tawaran jadi saya teruskan. Itulah pengalaman hidup saya dahulu,”kongsi Ropie lagi yang dijemput bersama Illya dalam satu segmen pagi bersama SuriaFm.
Melihat dirinya yang suka melawak, namun sejujurnya akui Ropi, sebagai manusia biasa ada limit dalam bergurau.
“Tetapi kalau dengan orang ramai saya tak marah sebaliknya saya tegur dengan berhemah. Kalau ada peminat yang excited saya anggap itu perkara biasa. Terima kasih kerana banyak menyokong saya selama ini.
Tidak gemar berkongsi hal peribadi, Ropie berkata, pendekatan itu diambil bukan kerana mahu berahsia, sebaliknya dia inginkan keluarganya menikmati kebebasan tanpa dibebani tumpuan.
“Saya hidup gembira bersama isteri, Syirin yang turut bertindak sebagai pengurus. Kami mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, dia yang mengurus dan menyusun jadual kerja saya.
“Saya tahu, jika diuruskan orang lain, saya akan jadi agak manja. Saya bersyukur dengan kehadiran Syirin dan apabila dia ada di sisi, tiada wanita lain yang berani mendekati,” katanya.