Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat kejayaan anak-anak kan. Namun apabila dikurniakan anak syurga, ujian dan cabaran ini lebih besar dibandingkan dengan ibu bapa biasa.
Tetapi mereka adalah ibu bapa yang cukup kuat dan hebat, kerana itu dipilih oleh Yang Maha Esa untuk mengharungi cabaran tersebut.
Bagi Ummu Syirin, ibu kepada anak autisme, demi anak tersayang dia berkorban berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak syurganya itu.
Nyata pengorbanan tersebut berbaloi bila mana anaknya menunjukkan perkembangan yang baik. Jom baca perkongsian ibu berhati waja ini.
My autisme angel….(SEVERE autisme) Ada yang minta saya share perkembangan Syirin-10 thn…(yg lmbt bls pm,maaf kdg sy sibuk urus anak atau menjahit-cari duit he he?)sebenarnya malu nak share krn sy lmbt mula tp tengok yg inbox ada yg mcm sy dulu teragak2 krn faktor kewangan-baiklah sy share dr hati)
Terima kasih tak terhingga kerana ada ramai ibu2 berhati emas dan admin yg tubuhkan group ni…ada yang hadiahkan suplement, tolak jual dulu stock yg ada kpd sy dan ramai yang memberi kata2 semangat dan ilmu…Hanya Allah yang mampu membalasnya. Anak saya severe autisme…bru dijaga sepenuhnya semula oleh saya….Sebelum ni dijaga maid dan adik sy, tinggal dgn saya dan suami yg sibuk niaga(niat nak cri byk duit utk kos rawatan Syirin d luar negara setelah disahkan severe autisme d usia 4 tahun)kemudian bisnes kami jatuh dan kerana ada lg 4 anak lain Syirin dijaga dgn baik oleh keluarga mertua ketika umur 7-10 thn, byk doktor juga mereka dah p sana sini apoitment x putus.
Sebelum ni Syirin 2 tahun PDK dan 2 tahun d Nasom…belum ada perkembangan kerana dia tak mau ikut langsung aktiviti dan laporan pun smua x ok.Dalam kelas dia merengek hampir setiap hari dan mungkin kerana ini selalu sangat balik dgn lebam di dahi(minggu lepas 2 kali di dahi)…Pernah lebam kesan gigitan di belakang betis dan pelbagai kesan lebam lain.Ckgu ckp pelajar lain terganggu.Sambil tu sebulan sekali teraphy d hospital.
Ads
Masih berpampers,trkdg trmakan poo sndiri Tak ckp langsung walau ada suara I.Q sgt rendah,mcm lg rendah dr budak umur setahun-kita rentangkan reben dia terus tak boleh lalu dah,bru skrg setelah seminggu amal 2 jenis suplement ni pndai ckt dah boleh alih kerusi penghadang pintu bilik dia dan angkat reben tinggi n langkah reben rendah.(nyesalnya x usaha dptkan dr awal) Adik2 Syirin pun terkejut, Syirin dah pandai sikit.Tempat simpan biskut pun dah pndai buka?
Sekarang dalam proses dilatih sepenuhnya oleh saya sendiri daripada panduan yang diberi pusat teraphy yang kami pergi.
Memang sangat susah kerana agak lambat mula. Jd pd yg ada anak autisme tak perlu tunggu byk duit bru nak p teraphy tak mampu seminggu 2 kali, p seminggu sekali, atau paling kurang sebulan sekali.PASTIKAN YANG ANDA BOLEH TENGOK DAN BELAJAR.
Ads
Pada mulanya saya nak fokus pd Syirin saja tetapi memandangkan kos teraphy agak tinggi pada kami, saya ambil upah menjahit smula…doakan saya ya kawan2…..Mudahan dapat usaha yang terbaik untuk Syirin walau agak terlambat.Sedang usaha nak beli beberapa peralatan teraphy.Ada yang dah order dari pakar teraphy.
Tips buat yang bertanya2….saya pun tak pandai,cuma elak jd mcm saya lambat mula dgn serius kerana faktor kewangan-Pada mulanya hanya jumpa doktor2 dan tidak terus ke pusat teraphy. #Usaha sedaya upaya, jaga pemakanan, dapatkan suplement jika perlu #Jangan biasakan gadget walau dia menangis,cuba beraktiviti #Jangan bg anak duduk bentuk W-anak saya dah 10 tahun buat, mcm dia sakit bila kami nak betulkan #PENTING!!!!Jangan tunggu banyak duit baru nak bawa teraphy yang perlu, sekarang saya dah boking untuk next2 apoitment walau duit belum ada, saya yakin dapat sdiakan sebelum masa teraphy insya’Allah. #Anak saya tidak mahu pegang mainan dan tak mahu main apa2 sejak kecil, bw p tempat permainan mana2 pun dia akan merengek ja,,jadi ototnya agak keras dan ketat..#Video nampak mudah dan lancar tapi di sebaliknya berpeluh2 juga saya, walau hanya membantu pakar teraphy. #Mild autisme mungkin ok stakat p PDK atau Nasom tapi SEVERE autisme…ibu kena berkorban lebih, jika perlu juga bantu suami cri rezeki, usaha yg boleh buat dr rumah.
Ads
Yg baik dari Allah, yg tersilap dari kelemahan saya…
YA ALLAH…YAA RAHMAN….YA RAHIM…YA RAZZAK…YA FATTAH…YA ALIIM…
KAMI PERCAYA PADA JANJIMU, KERANA TAHU APA DI GENGGAMANMU…
Posted by Ummu Syirin on Wednesday, 24 October 2018
Dalam pada itu Ummu Syirin turut mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai anak severe autisme untuk bertukar pendapat dan tips terutama menghadapi dan menangani bila anak ni akil baligh dan lain-lain masalah.
“Terapist lain, yang ibu bapa terpaksa hadapi hari-hari lain pula. Jadi, kalau ada yang sudi berkongsi pandangan dan tip bolehlah hubungi saya untuk kita sama-sama berkongsi demi kebaikan anak-anak kita.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memenuhi gaya yang menjadi trend terkini iaitu pemakaian ala-ala Permaisuri Agong, nyata ramai sukakan fesyen yang terlihat begitu sopan dan anggun ini. Lantas seorang tailor yang dikenali sebagai Nur Zailiasya telah berkongsi ilmu untuk menghasilkan selendang tersebut dengan teknik paling ringkas, tanpa perlu dijahit.
Menarik bunyinya bukan? Jadi usah tunggu lagi ayuh kita fahami lihat langkah demi langkah yang dikongsikannya itu. Jom semak.
Sekarang ni trend gaya pemakaian selendang ala permaisuri kan…Senang je nak buat sendiri. Tak payah nak tunggu tailor buat ke nak fikir beli kain berapa meter ke..
Meh sini hakak ajar cara nak buat dengan kos yang paling low cost……. tak perlu nak mesin-mesin jahit bagai…..guna shawl dan brooch jer.
Bahan-bahan:
Shawl 2 helai, brooch,kapur untuk tanda, pembaris. Yang tak ada kapur tu, gunalah pencil ke.
STEP 1
Mula-mula shawl lipat 2. Dari tepi bahagian lipatan tandakan ukuran bahu ÷ 2…..contoh, bahu 15′ ÷ 2=7 1/2…..tandakan 7 inci je supaya terletak sikit atas bahu brooch tu nanti.
STEP 2
Dari ukuran bahu yang 7′ tadi, tanda untuk tangan pula. Kita buat sampai siku je dalam 10′
Bentangkan balik.cantumkan dengan shawl kedua. Pinkan tempat yang tanda tadi. Bahagian bahu dan siku. Senang jekan..
Ok,siap.boleh buat cover baby juga. Kalau nak nampak tengok penuh,pin kat baju jelah
Gaya pemakaian selendang yang kedua. Pusing ajelah shawl tu. Gaya ni nampak masa bercuti kat Tioman.
Nampak kemas dan cantik ruang kediaman, tapi belum tentu bersih. Kerana itulah dalam mengemas rumah tidak sah kalau mengemop lantai tidak dilakukan.
Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di apartment yang mana pasti akan ada kesan minyak bukan sahaja di dapur bahkan ruang tamu dan ruang untuk makan juga. Setiap kali kaki memijak lantai pasti akan terasa melekit dan jika berminyak.
Sebenarnya mengemop lantai pun ada aturannya yang lebih tepat. Barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat.
Tahu cara terbaik mengemop lantai? Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang
lama.
Langkah 1
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 2 – Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan
ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 3 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak
kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 4 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau
bunga-bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai
dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 5 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan
hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Ektra Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.
Tip lantai berkilat:
BahanAir panas
Cuka
Downy
Cara membuat:
Campurkan bahan berkenaan kemudian mop lantai andai.
Lihat nanti kesannya, lantai akan lebih berkilat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjaga dan menguruskan anak yang seorang pun ada ibu ayah tertanggu emosinya apatah lagi jika berdepan dengan enam orang anak yang pelbagai ragamnya. Memang boleh pening kepala dibuatnya jika tidak dilakukan sebaik mungkin.
Oleh itu, apa cara untuk kita usahakan agar anak-anak mendengar kata dan sekali gus emosi kita sekeluarga lebih tenang?
Ya, membaca dan mendengar alunan bacaan alquran ‘ubat’nya.
Ini sebagaimana yang dipraktikkan dalam keluarga Puan Sarah dan disini dikongsikan pengalamannya untuk sama-sama kita jadikan inspirasi. Jom semak.
Ramai parent yang tercari macamana nak rumah sentiasa bergema dengan ayat Alquran. Ada yang pasang di handphone. Ada yang pasang di tv.
Tapi cara saya, saya pilih Zikir Dan Surah Harian Plug In ini.
Masyallah! Dah beberapa bulan pakai, sangat lah best. Tak perlu nak cas bagai. On je suis tu.
Saya pernah mengenali seorang ibu. Yang punya anak berusia 5-7tahun tapi sudah hafal Alkahfi. Saya tanyakan rahsianya macamana sekecil itu boleh menghafal.
Kata ibu muda tersebut.. “Puan pasangkan je Alquran didalam rumah. Rumah Saya tiada tv. Jadi, Saya pasangkan di komputer dan Saya beli extra speaker. Saya pastikan dipasang 24jam Dan kedengaran disegenap ruang.
Saya pun tak tahu macamana anak Saya boleh hafal. Sebab kerja dia main je. Tapi Saya yakin, telinga dia tidak pernah tidur.”
Ye.Telinganya tidak pernah tidur. Ayat itu bergema difikiran saya. Sejak itulah, kawan baik Saya perkenalkan zikir plug in ini buat saya.
Saya ibu anak ramai. Suami juga bukan 24jam dirumah. Kerja rumah juga tidak pernah selesai. Selalu kena curi masa kalau nak mengaji. Kalau nak duduk menghadap Quran dengan tenang, amat susah sekali dengan adanya anak kecil.
Maka, ini cara saya sejak beberapa bulan ini. Saya pastikan volume nya tidak terlalu kuat. Tetapi cukup untuk didengari dan diikuti dengan bibir.
Saya letakkan diruang dapur untuk menemani sepanjang saya memasak, dan sebagainya. Waktu itulah waktu terbaik saya “curi” masa untuk mengaji sambil membuat kerja. Dan satu lagi diruang bilik anak atau ruangtamu.
Alhamdulillah.Anak-anak selesa. Saya perasan sesuatu.Emosi anak dan emosi saya juga terkawal. Anak lebih behave dan mendengar kata.
Ada surah Yaasiin, Alkahfi, Arrahman ,dll. Tips nak bagi hafaz surah untuk anak, ulang sahaja berkali.
Zikir ni just plug in kat suis Dan on 24jam. Memang nyaring juga bunyinya. Paling best, Waktu malam jika terjaga. Rumah lebih sejuk dengan alunan sayup zikir Dan alquran berkumandang.
Janganlah pulak ada yg kecam Saya. Cakap baca Quran pegang mushaf lagi banyak pahala. Tapi sebenarnya, Kita Tak mampu buat kebaikan yang banyak.Sekurangnya Kita mampu memberi manfaat. Betul Tak?
Saya percaya, “Telinga yang tidak pernah tidur” itu ada hati yang sedang berzikir..