Tak Perlu Uli & Canai, Ini Cara Buat Bebola Donut Guna 3 Bahan Je. Lembut, Cepat & Sedap!

Share

Apa agaknya menu untuk minum petang nanti? Ibu-ibu kalau belum ada idea, bolehlah cuba resipi bebola donut 3 bahan ni. Cukup simple, lembut dan sedap.

Tak perlu nak uli atau canai, hanya guna piping beg dan gunting sahaja.  Resipi ini hasil perkongsian puan Noratiqah Nordin.

Donut dah sejuk pon.Tetap  lembut hokey. Tiap petang memang ika sefamily masak donut frozen. Tapi start semalam donut dah habis. Jadinye ika buat la donut express.

Ini la hasilnye. Lembut, sedap dan cepat. Habis anak2 makan 😎

Resepi DONUT 3 BAHAN

Bahan-bahan:

250g tepung gandum (ika pakai lili warna hijau)

300g susu fresh milk

1 paket yis

Cara membuat:

Masukkan yis ke dalam susu
Gaul hingga x ada nampak serbuk yis
Masukkan tepung
Gaul hingga sekata semua
Tutup dengan plastik. Biarkan selama sejam
Doh akan jadi kembang berganda
Gaul untuk buang anginnya
Dalam piping beg. Letak minyak, supaya adunan x melekat dkat plastik

Haaaa ni caranya. Mudah je. Xya uli2. Hehe. Xda piping bag Pakai je la plastik apa2 dan gunting hujung2 plastik hehehe
Dah siap gaul dengan gula atau apa-apa yang disukai.

Selamat mencuba!

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!

 

 

IKLAN