Apa agaknya menu untuk minum petang nanti? Ibu-ibu kalau belum ada idea, bolehlah cuba resipi bebola donut 3 bahan ni. Cukup simple, lembut dan sedap.
Tak perlu nak uli atau canai, hanya guna piping beg dan gunting sahaja. Resipi ini hasil perkongsian puan Noratiqah Nordin.
Donut dah sejuk pon.Tetap lembut hokey. Tiap petang memang ika sefamily masak donut frozen. Tapi start semalam donut dah habis. Jadinye ika buat la donut express.
Ini la hasilnye. Lembut, sedap dan cepat. Habis anak2 makan 😎
Resepi DONUT 3 BAHAN
Bahan-bahan:
250g tepung gandum (ika pakai lili warna hijau)
Ads
300g susu fresh milk
1 paket yis
Cara membuat:
Masukkan yis ke dalam susuGaul hingga x ada nampak serbuk yisMasukkan tepungGaul hingga sekata semuaTutup dengan plastik. Biarkan selama sejamDoh akan jadi kembang bergandaGaul untuk buang anginnyaDalam piping beg. Letak minyak, supaya adunan x melekat dkat plastik
Ads
Haaaa ni caranya. Mudah je. Xya uli2. Hehe. Xda piping bag Pakai je la plastik apa2 dan gunting hujung2 plastik heheheDah siap gaul dengan gula atau apa-apa yang disukai.
Walaupun mereka sudah berpisah sebagai suami isteri, namun ikatan tetap kekal demi anak-anak.
Semalam pelakon cantik manis, Fasha Sandha memuat naik satu video ucapan Selamat Hari Raya untuk bekas suaminya. Video pendek itu dibuat ketika bekas suaminya datang mengambil anak-anak mereka untuk beraya bersama.
Ucapan yang sedikit humor itu mengundang tawa dikalangan netizen. Rata-rata mengakui sangat lawak. Sementelah lagi, Fasha turut menulis kapsyen nya yang berbunyi:
“Dudaku untuk dilelong. DM dia untuk berkenalan. Masih single and available , kesian dudaku…
“Kriteria yang diperlukan, adalah perempuan yang sama macam ibu. Wanita yang berkerjaya , independent dan sedap mata memandang ?Sbb dia sejenis very fussy.
hizalia01Selamat hari raya aidiladha fasha!!don’t sedey raya without ur kids ok ?
kakmah.ohsemDh lebih 20x ulang nk dengar part hujung sekali
Walaupun bergurau, namun Fasha tetap menyelitkan nasihat supaya menjaga anak-anak mereka dengan baik sepanjang ketiadaannya.
“Tahun ni Aidiladha dada nak ambik anak, ibu mengalah… ? Pls take care of my babies ok . 3 days without my babies sama dengan 3 tahun.
“Ill call them every two hours ok Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua followersku. maaf zahir dan Batin (walaupun bukan raya Puasa tak salah mintak maaf) Thank You for loving me
Bulan Ramadan ni salah satu kuih yang popular dihidangkan untuk berbuka adalah kuih kaswi.
Cara masaknya mudah dikukus. Rasa lembut, tak manis sangat, sedikit kenyal dan dihidangkan bersama salutan kelapa. Memang sedap!
Nak tahu cara membuatnya, ikuti resipi ni. Gerenti jadi!
Bahan-bahan
*2 cawan tpg gandum
*1/2 cawan tpg ubi
*1 cawan gula merah
*1 cawan gula putih
*5 cawan air
*2 sudu besar air kapur
Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan diatas. Kacau sehingga sebati semuanya
Kemudian tapis. Loyang hendaklah disapu dgn sedikit minyak
Sebelum tu panaskan kukusan. Kukus dlm masa 45 minit. Tunggu sejuk barulah dipotong dan digaul dgn kelapa parut yg dicampur dgn sedikit garam. Siap.
Kredit: Jamilah jamilah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saban hari, perkembangan anak kecil bernama Ainul Mardhiah ini dikongsikan oleh ibu bapanya menerusi laman facebook. Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi momen sewaktu anaknya menghadapi masalah ketumbuhan pada bahagian mulut.
Bapa kepada bayi yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini mendedahkan dia tidak pernah membiarkan anaknya itu terperap di dalam rumah. Sebaliknya sentiasa membawanya ke mana sahaja termasuklah ke kedai.
Begitu pun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya kerana tidak ingin menjadi perhatian orang ramai.
Orang tanya dulu masa ainul ada ketumbuhan tu, duduk rumah je ke? .
Jawapan : Tak pun. Kadang-kadang keluar juga. Selalunya ainul ikut walid pergi kedai. Jaga ainul di kedai. .
Selalunya kalau bawak ainul keluar, dia akan ditutup macam dalam gambar ni. Ya. Memang kami tutup sebab tak nak bagi orang nampak. .
Bukan sebab malu, tapi sebab tak nak nanti orang sedih bila tengok ainul and takut orang ramai nak tengok dia. .
Kalau boleh dulu, memang tak nak cerita pada sesiapa pun pasal ainul ni terutama pada umum. Sebab pada ketika itu, walaupun kami rasa ujian ini terlalu berat, tapi kami berjaya pujuk hati kami bahawa ada orang lagi berat ujian mereka. .
Kedua, kami tak mahu ainul viral. Kalau ikutkan, kami boleh je ambil kesempatan viralkan ainul ni. Tak perlu tunggu ketumbuhan tu besar untuk raih simpati.
Tapi saya rasa serba salah ketika itu sebab saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang tak sedikit dan tak banyak. Setakat mahu ulang-alik hospital dan biaya perubatan ainul, alhamdulillah saya mampu ketika itu walaupun kadang-kadang bisnes tak ok. .
Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga. .
Tapi kami selalu doa supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kami. .
Akhirnya, kisah ainul di viralkan oleh orang lain. Dan kesan daripada itu, Ainul sihat dan ceria pada hari ini. Dulu, kami hampir berputus asa sehingga doa yang ” bukan bukan ” kepada Ainul. .
Then bila fikir-fikirkan balik, selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Hanya mati sahaja tiada ubatnya. Selagi badan masib bernyawa walaupun sakit, tetap ada ubatnya.
Jangan putus asa. .
Allah swt ini sangat ajaib. Pada waktu kita rasa kita dah tak mampu nak berbuat apa apa setelah berusaha, maka kena akur bahawa Allah swt itu memiliki segalanya. Minta pada DIA. .
Percaya lah, DIA lebih tahu apa yang tidak kita tahu. .
Ilmu dan fikiran kita terbatas, tetapi tidak bagi Allah swt. .
Akhir sekali, kuat lah kita dalam apa jua cabaran yang kita sedang atau bakal lalui, DOA dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!