Apabila bergelar ibu ayah, sudah tentu kita ingin mempunyai anak-anak yang mendengar kata-kata kita, sopan tutur kata dan menghormati orang tua. Sudah tentu kita inginkan anak-anak begitu .
Namun, kadang kala, tanpa kita sedar terdapat didikan kita yang menyebabkan anak-anak bersikap kurang sopan, malah tidak menghormati ibu bapa.
Hendak tahu punca ia berlaku? Perkongsian yang sekian lama ini, namun masih tetap berguna untuk mendidik anak-anak menjadi seorang yang mendengar cakap ibu bapa. Ikuti perkongsian yang inspirasi oleh Muhammad Zukermi Bin Edi yang dipaparkan dalam facebooknya.
“Pergi mandi sekarang, kalau tak nanti mak buang semua mainan!”
Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.
Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.
Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga. Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.
Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.
Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.
Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni”Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun”
Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.
UGUTAN OLEH IBU BAPA SEBENARNYA CARA YANG SALAH!
“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?”
Ads
Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.
“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”
Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.
“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”
“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”
“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”
Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.
“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”
Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.
Ads
TUJUH PERKARA IBU AYAH KENA BUAT. USAH LAKUKAN KESILAPAN
Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.
1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.
Kita sering dimomokkan yang kalau tegas, mesti bengis, mesti tinggi suara, mesti garang. Hakikatnya, kita boleh saja tegas sambil lontarkan senyuman, kata-kata yang lembut dan penuh kasih sayang.
Ingat, tegas dalam kelembutan itu mencorakkan rasa hormat yang penuh kasih sayang, tanpa membuatkan anak-anak tertekan.
2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.
Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.
Ads
Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.
3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.
Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”
Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.
4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.
5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.
6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.
Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.
7. Kata kunci kedua adalah KONSISTEN. Tak boleh hari ni tegas, esok tak. Lusa tegas balik. Kesian anak, mereka akan confuse nanti. Mana yang betul, mana yang salah. At last, sia-sia saja usaha kita.
Kena konsisten sekurang-kurang nya 3 minggu, tiada sekali pun tak tegas. Boleh lihat perubahan ketara anak-anak lepas tu. InsyaAllah.
Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.
Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam kita dikejutkan dengan tragedi melibatkan sepasang suami isteri, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 dan Nik Mohd Zulmi Ramli, serta seorang anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5, yang maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok.
Dua lagi anak kepada pasangan tersebut iaitu Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, yang berada di tempat duduk belakang hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Machang.
Lebih memilukan apabila dua beradik tersebut hanya mengetahui mereka bergelar yatim piatu 22 jam selepas kejadian tersebut berlaku.
Menurut nenek mereka, Amnah Ismail, 64, ahli keluarga tidak sanggup untuk memberitahu Zulaikha dan Adam bahawa mereka sahaja yang terselamat daripada tragedi itu.
Namun, mereka akhirnya mendedahkan perkara yang sebenar sewaktu urusan membawa pulang jenazah kesemua mangsa untuk proses pengebumian.
” Sejak balik, Kaklong (Nik Adilia Zulaikha) hanya memanggil umi… umi.. (Nik Amirah), manakala Adam banyak diam.
” Dia beritahu umi, baba (Nik Mohd Zulmi) dan Ecah (Nik Aishah) ada di dalam kereta.” katanya.
Dalam pada itu, Amnah menafikan bahawa arwah anaknya itu sedang mengandung seperti mana yang tular di media sosial.
Menurut Amnah, kemungkinan besar pasukan penyelamat keliru dengan tubuh badan arwah yang bersaiz besar.
Sementara itu, sepupu kepada Nik Amirah, Mohd Aidi Ab Ghani, 50, berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah yang mahu sehidup semati dengan suaminya sekitar dua bulan yang lalu menjadi kenyataan.
” Arwah juga suka sangat sedekah makanan kepada ahli keluarga dan saudara-mara dengan menyangkut makanan pada pagar rumah. Petang sebelum kejadian, arwah sempat menyangkut terung di pagar rumah sepupu kami.” katanya.
Terdahulu, berita mengenai tragedi ini meruntun hati wargamaya apabila Amira ditemui dalam keadaan sedang meriba Aishah ketika kejadian.
Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 7.12 malam Ahad.
Sejak harga emas turun. ramai yang bercadang untuk membeli emas untuk simpanan. Namun harga emas walaupun turun harganya tetap mahal.
Bagi yang mempunyai lebihan wang, tak salah membuat keputusan menyimpan dalam bentuk emas.
Namun kena pastikan kewangan anda kukuh kerana untuk gandakan nilai emas mengambil masa agak lama.
Nak tahu caranya, ikuti panduan yang disediakan olehKelantan Gold Trade Sdn Bhd supaya tidak salah percaturan membeli emas.
4 Kesilapan membeli emas
1) Beli dan Tunggu Emas Naik untuk dijual dengan Nilai yang lebih tinggi.
Kesannya mereka akan rasa RUGI bila harga Emas Jatuh untuk jangka masa panjang.
Dan lebih RUGI lagi apabila mereka ambil tindakan untuk menjual kesemua EMAS mereka yang dibeli dengan harga yang tinggi.
2) Beli Emas sekadar untuk suka-suka.
Kebiasaannya, mereka yang membeli Emas sekadar untuk suka-suka tidak serius tentang pentingnya ilmu tentang EMAS.
Mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk Meng-FUNGSI-kan EMAS.
Ini akan menjadi masalah yang besar apabila mereka dalam keadaan terdesak untuk gunakan ‘wang tunai’ di saat memerlukan, mereka tidak tahu nk jual dimana? mereka tidak tahu bagaimana nak jual?
Manakala bagi yang mempunyai kewangan yang sudah cukup kukuh, mereka juga akan alami masalah besar apabila mereka merasakan EMAS tidak penting bagi mereka dan dirasakan ia hanyalah suatu bebanan untuk menyimpannya, lalu mereka jual tanpa berfikir panjang. Sedangkan EMAS adalah alat persedian sewaktu berlaku kegawatan Ekonomi, politik dan Kewangan..
3) Beli EMAS tapi untuk simpanan jangka masa pendek.
Ada orang beli EMAS, dan berhajat untuk menjualnya semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Ia juga sangat merugikan jika menjualnya di saat nilai EMAS turun.
Tetapi dari sudut positif nya, ia berjaya mengawal wang simpanan yang ditukar dalam bentuk EMAS itu bertahan di dalam gengaman untuk beberapa tempoh tertentu, jika tidak ditukar mungkin wang simpanannya akan habis dalam tempoh yang lebih singkat akibat keborosan atau keterpaksaan untuk gunakan wang tunai.
4) Beli Emas bagi tujuan untuk pelaburan.
Persepsi ini amat salah, kerana Beli EMAS bukan lah satu pelaburan, tetapi Beli EMAS adalah sebagai simpanan. Keuntungan Beli EMAS, adalah dengan memiliki EMAS, semakin banyak EMAS yang disimpan, makin bertambah nilai EMAS dan juga kekayaan seseorang.
Perlu faham apa itu pelaburan, pelaburan adalah sesuatu bentuk untuk mendapat keuntungan melalui kebergantungan individu terhadap usaha orang lain/syarikat/persatuan.
Konsep asas kepada pelaburan adalah untung dan rugi. Bila kita melabur, yang pastinya kita akan ternantikan keuntungan, dan juga perlu berani untuk menangung risiko kerugian.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Allahu, berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul. Hati suami mana yang tak dilanda gundah, jiwa ayah mana yang tak dirundung pilu bila mana insan-insan kesayangan satu persatu disahkan positif Covid-19.
Demikianlah jua yang berlaku pada saudara Mohd Imran Ramdan. Belum sempat rasa sedih hilang dek kerana ayahnya disahkan postif covid, tiba-tiba dia menerima panggilan dari KKM mengatakan anak dan isterinya juga turut positif.
Tinggal lah dia kini bersama bayinya yang baru berusia 9 bulan. Lebih memilukan si anak kecil itu masih menyusu badan sepenuhnya. Ikuti perkongsian dari fb Mohd Imran Ramdan.
Allahuakbar!!! Harapanku…. ini bukanlah lambaian terakhir daripada isteri dan anakku.. ujian ini terlalu berat buat ku sebagai ketua keluarga…
Tak ku sangka malam semalam abah ku diangkut, malam ni isteri dan anak ku pula diangkut.. setelah di siang hari tadi bertalu-talu panggilan dari pihak KKM yang membuatku jadi huru hara Dan haru biru…
Kesudahannye isteri Dan anak lelaki ku positif.. aku negatif. Allah dah aturkan semua ini untuk aku.. maka tinggal lah aku disini menggalas tugas sebagai ibu kepada anak yang lain khususnye Yusuf Arjuna yg berusia 9 bulan yg menyusu badan sepenuhnye… Tadi dah training guna susu botol.. harap tak meragam lah Yusuf ni… Allah..rabbi yassir..
Bila Dr dr KKM tepon nk jemput ke hospital anak lelaki aku ni…
Muhammad Rayyan Danish… Kau baru 6 tahun nak….. Masuk tandas pun nak berteman….Mandi pun nak diperhatikan….
Ayah redha dengan ujian ini nak…. ayah mesti ada sifat seperti atuk yang dah diangkut malam td.. atuk senyum aje… Tp ayah tak sekuat tu nak….
Ayah dah deal dgn doc supaya abg danish diletakkan sebelah katil atuk.. mudah2an atuk dapat tgk2 abg danish…
Airmata ibu dah berjurai-jurai sejak pagi tadi… Tp nak buat mcm mane.. dah ketentuan Allah.. harap ibumu tabah.. ayah doakan abg Rayyan Danish cepat pulang…