
Pastinya kita akan menjaga kesihatan agar mempunyai jangka hayat yang panjang. Oleh itu, ramai yang mengamalkan cara hidup yang sihat. Ia termasuk hal pemakanan.
Tidak dinafikan pemakanan memainkan peranan penting untuk sihat. Pastinya kita akan memilih makanan yang sihat cara penyediaaan.
Namun, adakah anda pasti cara makanan yang kita ambil itu sihat 100 peratus? Ada ilmu yang ada kena ketahui mengenai kandungan makanan yang menyebabkan zat-zat makanan tidak dapat diserap oleh badan.
Begitulah perkongsian oleh Doktor gigi ini, Izaza Mohd Zan yang menjelaskan mengenai apa itu makanan yang bebas gluten. Jika kita memahani perkara ini, mudah badan untuk menyerap zat-zat makanan.
Biasanya ramai yang bagitau Dr Izaza yang dia ada allergic pada susu lembu dan susu kambing, jadi tak dapat nak minum susu
Tapi, jarang jarang pesakit bagitau dia allergic pada gluten. Sebab tak banyak kes yang ada allergic pada gluten
Apa tu gluten?
Ermm, GLUTEN ni sejenis protein yang melekat pada roti, bijirin macam barley, gandum atau tepung gandum
.
Protein yang ada pada makanan nih ada fungsi dia, fungsinya supaya makanan tu melekat sesama sendiri dan protein ni macam gam dalam makanan
.
Jadi, ada orang tak tahan dengan gluten ni dan boleh menyebabkan rasa tak selesa pada perut selepas makan makanan yang ada gluten, macam mee, roti dan makanan yang ada menggunakan tepung
GLUTEN MELEKAT PADA USUS