Siapa sangka belakang rumah rupanya ada harta karun bernilai RM400 juta! Sebagaimana laporan pihak berkuasa Sri Lanka mengatakan batu permata terbesar di dunia telah dijumpai di halaman belakang rumah secara tidak sengaja.
Seorang peniaga batu permata mengatakan batu itu dijumpai oleh pekerja yang menggali perigi di rumahnya di kawasan Ratnapura yang kaya dengan permata, lapor BBC.
Para pakar mengatakan batu itu, yang berwarna biru pucat, dianggarkan bernilai hingga $ 100 juta atau sekitar RM450 juta di pasaran antarabangsa. Batu ini dikatakan mempunyai berat sekitar 510 kilogram atau 2.5 juta karat dan diberi nama “Serendipity Sapphire”.
Pemilik batu itu, Gamage yang merupakan peniaga permata generasi ketiga berkata kepada BBC, individu yang menggali perigi memberitahunya tentang penemuan beberapa batu yang ganjil.
Bagaimana pun pemilik batu itu enggan mendedahkan lokasi tempat batu itu dijumpai atas alasan keselamatan.
Katanya lagi, memberi tahu pihak berkuasa mengenai penemuan itu, tetapi memerlukan lebih dari setahun untuk membersihkan batu itu dari lumpur dan kotoran lain sebelum mereka dapat menganalisis dan mengesahkannya.
Ads
Tahukah anda, Sri Lanka pula adalah antara pengeksport terbesar bagi batu nilam dan permata berharga yang lain. Tahun lalu, negara itu memperoleh sekitar setengah bilion dolar melalui eksport permata, berlian dan barang kemas.
Mesti ramai ibu-ibu yang dah biasa beli ayam di pasar raya atau pasar biasa. Tdakalanya cepat berbau andai tidak di proses cepat, kerana itu, ibu-ibu selalu mencuci terus setiap kali pulang dari pasar.
Tetapi ada nuga yang bila dah balik tu nak cepat, terus je simpan dalam peti sejuk atau diletakkan di bahagian freezer tu kan.
Sebenarnya ada tips dan langkah-langkah penting yang kita boleh buat supaya ayam tak busuk bila nak dimasak.
Jom kita baca tips dan cara simpan ayam yang dikongsikan oleh Puan Hana Rahman . Moga bermanfaat!
Tips menyimpan ayam dlm peti ais supaya tak busuk bila nak dimasak.
Apabila ayam sampai di rumah sama ada pi beli sendiri atau dihantar oleh runner. Kalau tk nak potong lagi, maksudnya sejam lagi baru sempat potong dan bersihkan. Buka plastik, letak dlm besen. Siram air paip sekejab. Check dulu samaada ayam dah busuk atau masih elok. Confirm kan sb ramai yg cakap terbeli ayam busuk, kalau kita beli ayam masih elok, kedian pasa penjual duk tuduh depa juai ayam busuk. Padahal kita simpan dlm peti ais sblm cuci.
Jangan biarkan terperap dlm plastik kemudian humban dlm peti ais. Ayam akan membusuk jgk walaupun terus masuk dlm peti ais sb kekotoran najis, darah dan lendir ayam akan mempercepatkan proses membusuk. Lebih2 lagi peti ais kita dah sarat, jadi proses sejuk dan beku menjadi lambat. Masa ni lah bakteria mula menjentik2 ayam kita😊
Seelok2 terus buka plastik potong dan bersihkan. Lepas tu toskan biar air basuh ayamturun, masukkan dlm plastik atau sebarang bekas la kemudian letak 3 atau 4 helai daun pandan baru letak dlm frezzer. Bungkus dulu dgn kertas surat khabar pun ok. Daun pandan boleh mengelakkan ayam cepat busuk.
Ayam dlm gambar ni sis beli pada hari selasa lepas, petang ni keluarkan. Lagi satu jangan rendam ayam lama2. Rendam sekejab lps tu toskan biar ayam terlerai sendiri. Ayam masih segar seperti baru disembelih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melihat cara Hafiy Altamis Haniffa menguruskan adik kecil nya dan kerja rumah tanpa rasa kekok membuatkan ramai kagum.
Tidak dinafikan, setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam didik anak-anak. Demikian juga cara yang dipraktikkan pasangan Siti Fauziah Masnan, 35, dan Haniffa Jhonasrol, 36, bagi memastikan anak sulungnya ini mampu melakukan kerja rumah termasuk memasak.
Tular video di tiktok yang mana Hafiy bukan hanya tidak kekok menjaga adik yang baru berusia 44 hari, malah dia turut menguruskan segala keperluan Fauziah termasuk memasak hidangan berpantang. Kebolehannya kanak-kanak yang berusia 11 tahun itu membuatkan ramai melahirkan rasa kagum dan memuji kerajinannya menguruskan rumah walaupun masih kecil.
Bercerita tentang anaknya itu, ujar Fauziah, dia terpaksa mengajar anak-anaknya berdikari sejak dari usia lima tahun.
“Saya cakap kat mereka kenapa saya ajar buat kerja rumah dan sebagainya sebab saya nak mereka belajar hidup berdikari.
“Sebab kami tak tahu apa yang akan berlaku kepada kami berdua akan datang, takut tak sempat tengok mereka membesar jadi perlu berdikari. Ke mana pun dia pergi, dia boleh jaga adik-adik… itu matlamat saya.
“Tapi saya didik mereka sangat tegas dan saya juga sangat garang. Anak-anak memang takut dengan saya. Hafiy ni saya panggil abang… dari umur dia tujuh tahun saya dah ajar masak nasi dan goreng telur dadar.
“Umur lapan tahun saya dah ajar dia masak nasi goreng. Sekarang dia dah master bab masak, kalau saya sibuk dia yang akan masak untuk adik-adik,” ujar ibu kepada lima cahaya mata itu.
Dia yang juga ahli perniagaan memberitahu, sepanjang tempoh berpantang bulan lepas, anak sulungnya yang paling banyak membantu di samping anak keduanya yang berusia lapan tahun.
“Saya bersalin czer… pergerakan terbatas dan berpantang sendiri di rumah, suami yang jaga. Minggu pertama mak mertua datang, dalam masa sama suami dah mula sibuk kerja.
“Jadi masa cuti sekolah sekejap tu, ayah dia pesan dekat anak-anak untuk jangan bagi mommy stress dan sama-sama kemas rumah.
“Bila ayah dia masak, mereka akan tolong sediakan bahan dan memasak. Sebab seawal usia lima tahun memang saya dah ajar anak-anak buat kerja rumah, jadi mereka tak kekok,” jelasnya.
Menurutnya lagi, minggu kedua berpantang, dia dan bayi baru lahir diuruskan sepenuhnya oleh Hafiy dan anak keduanya.
“Masa berpantang dah masuk minggu kedua tu, suami dah start sibuk… saya tinggal dengan anak-anak dekat rumah jadi Hafiy yang masak sepenuhnya.
“Saya minta anak bujang saya masak yang simple macam ayam kukus halia. Ni mudah sebab dia boleh tinggal je masa kukus. Kadang-kadang dia masak sup ayam.
“Hafiy akan dibantu oleh adik perempuan dia sebab adik dia pun dah diajar masak nasi sejak umur tujuh tahun. Bila dia tengok abang dia masak, jadi dia pun nak buat. Masa saya dalam pantang ni, adik dia akan basuh dan sidai baju.
“Abang pula akan masak dan kemas rumah, memang saya dah ajar mereka bahagi-bahagi tugas,” katanya sambil memuji sikap Hafiy yang ringan tulang dan tidak pernah merungut letih.
Bercerita lanjut, kata anak kelahiran Selayang itu, dia bertegas dengan anak-anaknya kerana anak ketiganya adalah anak istimewa yang menghidap william sindrom.
“Masa tu saya tak mampu nak ada pembantu rumah jadi saya ajar anak-anak saya yang sulung dan kedua tu buat kerja rumah supaya kalau berlaku apa-apa dekat saya dan suami, mereka boleh jaga adik-adik terutama yang istimewa ni.
Sejak itu saya ajar mereka buat kerja rumah sebab anak istimewa saya,” katanya yang sentiasa menitik beratkan soal keselamatan dan kebajikan anaknya.
Sesungguhnya mereka bukanlah sedarah sedaging tetapi mempunyai hubungan paling dekat dengan salah seorang adik beradik kita.
Namun pesona kasih sayang mereka juga bukan calang-calang. Biarpun ipar dianggap ‘orang luar’ dalam keluarga namun kasih sayangnya tiada sempadan buat ahli keluarga pasangannya.
Begitulah kasih sejati yang ditunjukkan oleh seorang kakak ipar yang sanggup berhenti kerja demi menguruskan adik iparnya yang parah akibat kemalangan jalan raya.
Sebagaimana petikan sebuah berita ini yang meruntun jiwa mengenai kasih sayang kakak ipar yang sanggup berhenti kerja demi menguruskan adik ipar.
Raja Aniatikah Raja Ahmad Terjudin merupakan kakak ipar kepada Muhammad Hairril Ashraff Mohd Hairry, 18, yang terlantar selepas terbabit dalam kemalangan pada 28 Jun lalu.
Namun suami kepada Nia yang juga abang kepada adik iparnya turut membantu, Muhammad Hairril Asren Mohd Hairry, 25. Dalam pada itu, tanggungjawab menjaga adik kerana emak dan ayah sudah meninggal dunia. ,
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
RUTIN HARIAN
Diifahamkan selama dua minggu Muhammad Hairill Ashraf koma di wad dan tiada apa dapat dilakukannya selepas pulang dari hospital melainkan terbaring di katil, malah lehernya terpaksa ditebuk untuk pernafasan manakala minum susu pula melalui tiub pada hidung.
Nia yang mengakui tiada pengalaman menjaga ahli keluarga sakit, pada mulanya agak kekok untuk membiasakan diri.
“Sebelum ini, saya bekerja sebagai kerani namun ambil keputusan berhenti untuk bantu suami menjaga adik.
“Kini, 24 jam saya di rumah dengan adik di samping memasak dan menguruskan kerja rumah.
“Ikutkan tiada pengalaman malah apabila doktor minta sedut kahak (adik) agak terduduk juga tetapi saya cuba dan Alhamdulillah dapat lakukannya cuma tetap perlukan bantuan suami kerana tidak larat untuk uruskan sendiri.
“Rutin harian saya adalah menguruskannya termasuk memberinya minum susu formula dan setiap bulan, perlu memerlukan 14 tin susu yang setiap satunya berharga RM98.
“Menurut doktor, adik memang boleh sembuh dan tiada risiko lumpuh jadi itu beri harapan kepada saya.
“Disebabkan itu, saya ikhtiar dengan memanggil jurufisioterapi datang ke rumah selain berborak dengannya untuk bantu pulihkan ingatannya.
“Sebagai abang, saya tentunya nak dia (adik) sembuh macam dulu dan berdikari, cukup dengan boleh pergi tandas, makan serta urus diri sendiri.”
BANTUAN
Dalam pada itu, Nia meluahkan rasa terkilan apabila ada netizen mengatakan dia sengaja meraih simpati atas kesusahan adik iparnya. Namun dia yang berkongsi kisah adik ipar di TikTok meluahkan rasa syukur ada yang mendoakan kesejahteraan adik iparnya.
“Selain wang simpanan, Nia bersyukur kerana mendapat bantuan keluarga dan jiran sekeliling yang prihatin dengan nasib menimpa adiknya.
“Sejak hari kejadian hingga sekarang saya tidak bekerja namun majikan ada beri gaji pada awalnya selain sumbangan duit rawatan buat adik.”
Difahamkan mereka juga sudah memohon bantuan zakat untuk adiknya dan sedang menunggu kelulusan.