Selalunya apabila menggoreng, minyak masak yang sudah digunakan itu akan diasingkan. Setelah 3 kali pemakaian, ianya akan dibuang.

Namun ada juga yang membuang setiap kali sudah memakanya untuk menjaga kesihatan dan kebersihan.

Tetapi tahukah anda, minyak masak terpakai ini boleh dijadikan sabun basuh pinggan?

Tak percaya bukan? Hantaran di sosial media dari Suhaili Baharudin ini telah mendapat perhatian ramai pihak sejak ianya dikongsikan.

Ramai yang terkejut dan tak sangka rupanya minyak masak yang dirasakan sudah tidak boleh digunakan ini ada keistimewaannya. Rasa rugi pula buang kan?

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Berikut adalah perkongsian dari Suhaili Baharudin:-
Secara teknikal nya, lemak (segala jenis minyak) yang tidak bercampur dengan jenis lemak yang lain (minyak kelapa dan minyak zaitun mempunyai elemen berbeza) dapat diproses menjadi sabun dengan syarat:

1. Minyak yang dipakai hendaklah sejenis dan tidak bercampur.
2. Minyak yang telah digunakan tidak melebihi 3 kali masakan.
3. Penyimpanan yang rapi supaya tidak dirosakkan oleh binatang perosak.
4. Minyak yang telah dipakai haruslah ditapis menggunakan cheese-cloth/muslin cloth untuk memastikan minyak adalah bersih dari sisa makanan yang tertinggal.
5. Asingkan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng daging/ikan dengan bahan ‘hijau’. Contoh, minyak menggoreng ikan perlu diasingkan dari minyak menggoreng cendawan celup tepung/kentang goreng.

IKLAN

Resipi Sabun Minyak Terpakai:
190 gram air – Boleh guna air suling atau air tapis

500 gram minyak terpakai

70 gram lye – caustic soda, juga dikenali sebagai 100% sodium hydroxide dan boleh dibeli di kedai hardware.

Cara-Cara Membuatnya:
1. Pastikan korang menggenakan sarung tangan dan juga penutup mata sebelum memulakan langkah mengendalikan lye.
2. Pastikan juga korang tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih. Biarkan seketika sementara menyediakan bahan-bahan yang lain. Biarkan suhu bancuhan hingga menjadi suhu bilik.

IKLAN

Tak Sangka Minyak Masak Terpakai Boleh Buat Sabun Basuh Pinggan? Ini Caranya

3. Pada suhu yang sesuai, campurkan bancuhan lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia ja tuh ke atas permukaan larutan tersebut.
4. Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Doesn’t matter. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.

Tak Sangka Minyak Masak Terpakai Boleh Buat Sabun Basuh Pinggan? Ini Caranya5. Sebati sebegini bermaksud semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.
6. Sekarang boleh masukkan dalam acuan ikut kesukaan masing-masing. Dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Jangan guna bekas logam.

Tak Sangka Minyak Masak Terpakai Boleh Buat Sabun Basuh Pinggan? Ini Caranya7. Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama, ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setipa bahagian dengan angin.

Tak Sangka Minyak Masak Terpakai Boleh Buat Sabun Basuh Pinggan? Ini Caranya
8. Apabila sabun sudah matang, boleh dibalut dengan kertas minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

IKLAN

Tak Sangka Minyak Masak Terpakai Boleh Buat Sabun Basuh Pinggan? Ini Caranya

Perhatian: Lye boleh dineutralkan menggunakan cuka putih dan anda perlu membersihkan kesan lye selepas selesai kerja-kerja dilakukan. Sekiranya terdapat saki baki tertinggal, biarkan beberapa hari dan cucilah kemudiannya menggunakan air panas (kerana ia telah bertukar menjadi sabun).

Nota:
Tidak boleh cuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu kerana untuk buat sabun ini ada proses kimia yang perlu dilalui.

Selamat Mencuba.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Tak Sangka Minyak Masak Terpakai Boleh Buat Sabun Basuh Pinggan? Ini Caranya

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI