Overnight Oat memang cukup popular di bulan puasa. Tak sah rasanya kalau tak sediakan buat bersahur di pagi hari. Tapi bukan semua daripada kita sukakan oat. Ada yang kurang gemarkan oat kerana rasanya atau mungkin juga kerana
faktor lain.
Bagi yang tidak gemarkan oat, anda sebenarnya boleh juga menggantikan dengan nestum yang sememangnya lebih sedap dan enak. Tapi anda boleh juga memilih bahan yang satu ini, seperti yang dikongsikan oleh Ain Naim.
Dia menggantikan dengan granola yang sememangnya cukup tinggi khasiat. Jom cuba seperti yang dikongsikan olehnya.
Sedap ke Oat?
Siapa tak suka makan oat macam mami? Mami kalau makan oat atau nestum, adehhhhh…tak lama lepas tu mesti nak cari nasi.
Tapi lepas jumpa dengan oat sedap ni, iaitu Granola, mami jadi peminat oat dah sebab sedap dan banyak khasiat. Buka pek dan terus makan, nyum, anak pun suka.
Ads
Makan sambil pam susu paling syok, minum air suam sebotol besar sebab oat Granola bukan oat semata. Ada campuran banyak benda.
Dah suka oat, mami start buat overnight oat. Sahur tadi dah botol ke-3. Sedap rupanya overnight oat ni.
Bahan-bahan:
5 sudu besar oat Granola
Susu segar Farm Fresh
Yogurt Farm Fresh
1 sudu besar chia seed
3 biji kurma – carikan kecil
Ads
Caranya:
1. Masukkan kurma yang sudah dicarik kecil.
2. Masukkan yogurt 1 bekas
3. Kemudian masukkan chia seed.
Ads
4. Lepas tu masukkan oat Granola.
5. Akhir sekali baru masukkan susu.
6. Mami terus kacau-kacau bagi sebati. Kalau susu tak penuh lagi, Mami masukkan sampai penuh botol. Dah siap.
7. Simpan dalam peti dan dalam masa 4 jam dah boleh makan.
Mami buat malam dan sahur makan, sedapnya. Habis satu botol.
Kredit: Ain Naim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lumrahnya bila sebut tentang membebel, kaum perempuan
begitu sinonim dikaitkan berbanding lelaki.
Namun sedar atau tidak, sebenarnya wanita atau seorang ibu itu lebih suka membebel disebabkan oleh banyak faktor.
Wajar bagi si suami memahami keadaan isterinya. Jangan pula
disindir atau diajuk setiap bebelan tersebut kerana bimbang mendetangkan kesan yang negatif.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh saudara Mohd Fhais ini. Jom semak.
Jangan gelak, ajuk atau sindir pada isteri membebel. Lebih lebih lagi masa di depan anak.
Mula memang nampak macam kelakar tapi hakikatnya isteri sedang dalam kesakitan emosi.
Dan paling sakit lagi bila anak anak mula hilang hormat pada mak mereka.
Ya, cara kita yang mula kelakar tadi di lihat anak anak sebagai satu amalan yang patut di ikuti.
Anak anak ni dia tak belajar dengan kata-kata dan arahan tapi mereka belajar dengan melihat contoh dari kita.
Dan contoh dari seorang ayah paling senang di ikuti anak anak.
Bagaimana kita buat begitu la dia akan tiru. Jika kita gelak masa isteri membebel, maka dia pun akan gelak bila ibunya membebel.
Paling bahaya lagi takut apa yang dia belajar ni jadi tradisi pula. Sampai kahwin di buat benda yang sama pada isteri mereka pula.
Oleh itu, kita kena la ambil serius bila isteri membebel atau merungut jika ada sesuatu yang tak kena.
Walau kelakar sekalipun saat itu jangan gelak di depan anak anak, cuba buat muka serius. Bila anak dah tak ada nak gelak gelak la puas puas.
Tapi sebaiknya daripada gelak baik tunjuk sifat empati sebab isteri tu membebel bukan untuk buat kelakar tapi nak bagitahu dia sedang sakit emosi dan kepenatan.
Sumber :
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Choco jar antara manisan yang gemar dinikmati pelbagai peringkat usia. Sudah tentulah ia menjadi kegemaran kanak-kanak kerana rasa coklat yang manis dan lemak berkrim. Boleh dijadikan stok kudapan untuk dimakan bila-bila masa.
Choco Jar Sesuai Buat Stok Kudap-kudap Di Rumah
Hendak buat choco jar mudah sahaja. Bahan pun tidak banyak. Boleh jadikan ‘projek masak-masak’ dengan anak-anak. Berikut resipi membuat choco jar seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Ali
RESIPI CHOCO JAR
Hanya Guna Tiga Bahan
Bahan-bahan:
500 gram bubble rice /mini cocoa crunch
500 gram coklat (boleh pakai dark atau milk chocolate)
70 gram minyak jagung (digunakan untuk chocolate compound seperti brand Beryls & Van Houtten sahaja)
Cara membuat:
1. Sangai bubble rice atau cocoa crunch atas kuali. Sangai dalam 2-3 minit sahaja. Ia bertujuan cocoa agar crunch tahan lama walaupun sudah dimasukan dalam coklat nanti. Boleh pakai mana-mana cereal yang anda suka.
*Elok beli di kedai bakeri sebab lebih murah. Sangai dan sejukkan.
2. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. (Letak air panas mendidih dalam bekas besi. Terus letakkan bekas kedua yang besar dari bekas di bawah yang berisi air panas. Biarkan seketika sampai coklat mencair sepenuhnya. Ini jika anda mahu guna kaedah manual.
3. Jika mahu cepat, anda boleh gunakan kaedah double boil menggunakan microwave sahaja. Kalau pakai callebaut suhu low panaskan ikot kesesuaian microwave. Biasanya 10 saat. Gaul dan masukkan lagi dalam 10 saat. Tapi bergantung pada microwave masing masing. Asalkan coklat tidak hangus pada permukaan. Cair dengan elok.
4. Kalau pakai courveture chocolate yang ada peratusan cocoa solid pula tidak perlu campur dengan minyak. Ia akan secara natural mencair dalam bekas itu. Hanya untuk real/ couverture chocolate sahaja. Seperti brand Callebaut / Valrhona atau mana-mana brand yang ada tulis peratusan cocoa ( coklat premium). Biarkan coklat sejuk dalam 15 minit.
5. Jika pakai chocolate compound seperti Beryls/Van Houten, tambahkan 70 gram minyak jagung atau canola oil atau pun minyak masak.
6. Apabila sudah sebati, letakkan ke tepi dan biarkan sejuk, lebih kurang 15 minit. Letaklah bubbe rice atau apa-apa cereal separuh bekas, selebihnya isikan dengan coklat.
7.Bila hendak makan, bolehlah gaulkan sebati dan terus makan.
8. Jangan letak dalam chiller atau peti sejuk. Letak dalam suhu bilik sahaja. Jangan letak berhampiran cahaya matahari.
Nota: Lebih sedap jika gunakan milk chocolate. Anak-anak mesti suka. Jangan makan selalu sebab ianya manis. Sekali-sekala tidak mengapa.
Kecantikan dalaman yang datangnya daripada kepuasan maksima, kebahagiaan dan kasih sayang daripada pasangan lebih memberi makna dalam erti kecantikan sebenar. Melakukan hubungan intim adalah salah satu cabang kecantikan yang dimaksudkan ini.
Wow! Tapi itulah satu fakta mengenai seks yang sememangnya tidak mampu ditolak sama sekali. Oleh itu, isteri jangan sekali-kali mengelak jika diajak suami untuk bersama.
Selain mood yang lebih baik, wanita juga tampil aura cantik setiap kali bersama. Orang kata serinya lain macam setiap kali selepas bersama suami. Sejujurnya, wanita tampil lebih cantik, berseri dan memperlihatkan aura sebenarnya dengan hanya melakukan seks yang hebat. Bagaimana?
Menurut Dr. Mehmet Oz, seorang doktor ternama daripada Amerika Syarikat yang mengelolakan segmen You Beauty, dalam sebuah majalah di New York, hubungan intim adalah jalan paling mudah dan pantas untuk wanita terlihat lebih cantik.
Pengaliran Darah Lancar
Menurut Dr. Michael Roizen dari Klinik Cleveland Roizen, ketika melakukan hubungan seks, wanita seolah-olah mendapat satu semangat yang jitu daripada aktiviti tersebut. Keadaan ini akan membuatkan darah dan hormon berjalan dengan cukup lancar sehingga terpancar cahaya kemerah-merahan pada kulit. Hal yang sama juga berlaku kepada lelaki.
Kecantikan Alami
Setiap kali ‘bersama’ dengan suami tercinta, seorang wanita akan memperlihatkan pipinya yang kemerah-merahan secara semulajadi. Bukan itu sahaja, malah bibir juga terlihat lebih mulus dan mekar berbanding palitan gincu bibir biasa. Soal kulit? Jangan tidak tahu bahawa kulit wanita juga akan mula memancarkan sinarnya secara alami dan ini menjadikan kulit kelihatan hebat dan bersinar dari dalam.
Redakan Stress
Aliran darah yang baik sememangnya mampu meredakan tekanan pada sesiapa jua. Menurut Mary J Rapini, aturan seks yang hebat dan teratur mampu meredakan setiap organ tubuh untuk berada dalam keadaan lebih baik. Malah seks juga memberi kesan menenangkan yang cukup baik. Kurangnya tekanan membuatkan anda tampil lebih cantik dan berseri-seri.
Kurangnya Risiko Kedutan
Bagaimana hal ini terjadi? Kedutan di kulit banyak dipengaruhi oleh lebihan cahaya matahari yang tembus secara terus kepada kulit. Namun tekanan kepada arteri juga membuatkan kedutan menjadi lebih hebat. Apabila aliran darah berjalan dengan lancar, nutrisi dan oksigen dapat dialirkan dengan lebih baik, maka kurangnya tekanan kepada arteri dan sekaligus mengurangkan kedutan pada wajah.
Rambut Lebih Cantik
Setiap folikel rambut memiliki pembuluh darah dan aliran darahnya yang tersendiri. Aliran darah yang baik dan lancar akan membekalkan nutrisi kepada setiap pembuluh darah di rambut. Keadaan ini akan membuatkan setiap folikelnya terjaga dengan cantik dan sihat. Rambut anda pastinya lebih cantik, sihat dan bersinar.
Payudara Cantik
Setiap kali melakukan hubungan seksual, payudara seorang wanita akan membesar sebanyak 25 peratus. Malah ketinggian puting juga akan meningkat setengah inci daripada biasa. Hal ini pastinya adalah terapi paling hebat untuk wanita tampil yakin jika dibandingkan apabila mereka terpaksa menggunakan push up bra saban hari.
Bakar Kalori
Bersenam dan membakar kalori menjadi satu kepayahan melampau bagi wanita terutama yang mempunyai anak kecil. Usah jadikan ia alasan untuk anda sebaliknya pilihlah aktiviti seks yang mampu membuatkan kalori anda terbakar dengan baik. Melakukan seks sama seperti melakukan zumba. Cukup hanya 15 minit setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.