Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman ketika tiba di Mekah.
Dia bersyukur kerana dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah berkelakuan baik sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya. Awalnya dia mengakui takut dan bimbang untuk membawa dua permata hatinya itu pergi ke tanah suci Mekah.
Bagaimanapun, menurut Puteri Sarah segala urusan mereka anak beranak berjalan lancar dan dipermudahkan.
“#bismillahimasyaallah Imma proud mama of these 2 kids. Moga jadi anak yang soleh dan solehah.
“At first, i was really scared macam2 fikir alamak nak bawak 2 active kids travel jauh. Boleh jaga ke ni ? Kids nanti behave tak?
“Alhamdulillah, i said to myself takpe pegi je Sarah. Allah akan permudahkan urusan u nanti. Takut ke, susah nak jaga ke,tolak tepi yang penting niat nak pergi beribadah sangat2.
“Syukur… Syaikhul & Sumayyah behave, anak2 yg dengar cakap tak banyak songeh. Syaikhul pun ada gang kat sini, mutawif @insafftraveltours
Ads
“Ustaz Wajdi yang bawak dia ziarah banyak tempat, pegi solat sama2. M so grateful and thankfu
“Alhamdulillah Allah mudahkan urusan Sarah dan anak2 disini.p/s : mama nak both of u jadi doctor ok Excel in Dunia also excel in Akhirah,” tulisnya dikapsyen.
Pastinya ramai yang menyukai buah tembikai. Rasanya yang manis, sudah tentu menghilangkan dahaga.
Buah ini adalah antara buah yang sering menjadi pilihan ramai yang turut digemari oleh kanak-kanak.
Namun tahukah anda bahawa buah tembikai ini banyak khasiatnya. Selain itu ia juga didakwa boleh membantu mereka yang menghadapi masalah batu karang.
Selain mendapatkan rawatan doktor, boleh mencuba petua cara alami. Menurut sebuah perkongsian saudara Syah Rino menerusi facebooknya mendakwa, setelah minum jus sebiji buah tembikai, dia mendapati batu karangnya keluar semasa membuang air kecil.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsianya.
Alhamdulillah saya baru sembuh dari penyakit batu karang, syukur ke hadrat Allah swt. Bagi sahabat-sahabat di luar sana yang menderita sakit batu karang boleh cuba petua ini.
Ambik 3 biji tembikai (jangan besar sangat) blend dan campurkan dengan gula batu (tebu) dan minum sehari sebiji (Sehari sebiji). Make sure sebiji tu habis dalam masa 24 jam.
In Shaa Allah jika ada rezeki batu karang tu akan keluar melalui kencing. Saya buat tak sampai 3 hari Alhamdulillah dengan izin Allah batu karang saya keluar. Boleh la cuba mana tau mujarab.
Sakit batu karang ni memang kalau kena memang menderita sakitnya. Boleh berguling-guling tahan sakit.
Selebriti seorang ni memang sangat terkenal dengan cara sempoinya dalam mengendalikan program. Wajahnya sentiasa muncul di kaca tv, laris bak pisang goreng panas.
Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, namun keluarga tetap menjadi keutamaan. Sesekali berpeluang, dia akan membawa anak dan isterinya bercuti.
Walaupun ia bukan satu perkara yang kerap dilakukan Nabil Ahmad bersama isteri dan anak-anak. Memandangkan jadual tugasannya agak padat membuatkan dia terpaksa memilih masa yang sesuai dan menetapkan lebih awal untuk bercuti dan merehatkan dirinya.
“Biasanya kita rancang lebih awal, contoh kalau nak bercuti tahun depan, tahun ni kita lock siap-siap tarikh dan tempah lebih awal. Jadi bila dah sampai masanya, dah ada tarikh dan bila dah tiba masanya terus pergi sahaja.
Saya kerap juga keluar negara untuk shooting atas urusan kerja jadi sambil-sambil tu bolehlah sekali berjalan-jalan. Kalau membolehkan saya bawa keluarga, saya akan bawa sekali dan kalau tidak, kita ikut perancangan asal, tempah lebih awal supaya dapat lock tarikh.
Kalau saya bercuti tak bawa isteri dan anak-anak tu mustahillah bagi saya. Bercuti memang relaks bagi saya tapi lebih relaks lagi bila isteri dan anak-anak ada sekali dengan saya.
Saya tak boleh cuti sorang-sorang dan memikirkan apa isteri dan anak-anak buat di rumah. Saya memang tak boleh, kalau kerja tu lainlah. Kalau bercuti mungkin tidak,” begitu tegas anak jati kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini.
Sehingga kini kata Nabil yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagil, dia sudahpun membawa keluarganya ke beberapa buah negara antaranya Bali, Indonesia, Tokyo, Jepun, Gold Coast di Australia, Singapura dan juga Puchet, Thailand.
Namun akui Nabil dalam kesemua negara yang pernah dilawatinya bersama keluarga ini, Tokyo, Disneyland di Jepun adalah destinasi paling menggembirakan dan bermakna buatnya dan anak-anak.
“Saya gembira bila tengok anak-anak saya seronok bermain di Disneyland. Mereka suka sangat. Kalau anak-anak seronok, itu dah cukup membahagiakan saya,” luah bapa penyayang ini lagi.
Ketika ditanya bagaimana dia dan isteri berdepan dengan masalah atau situasi yang kurang enak ketika bercuti. Maklum sahaja banyak ragam anak kecil jika mereka masih tidak biasa atau tidak selesa dengan satu-satu keadaan. Namun kedua pasangan romantis ini cukup tenang dan punya cara mereka sendiri dalam mengawal permata hati kesayangan mereka ini.
“Kalau diikutkan banyak cabarannya bila bawa anak kecil ke luar negara. Dulu masa pertama kali bawa anak-anak, maklumlah time tu pun kewangan tak berapa memberangsangkan untuk naik bisnes class, jadi kami ambil tiket ekonomi sahaja.
Biasanya kami beli tiga tiket sahaja dan adakalanya bila Mika nak baring, jadi huru haralah juga. Itu belum lagi bila Medyna tak mahu duduk di dalam bassinet dan terpaksalah saya dukung dia dan pusing satu kapal terbang, jalan ke depan dan ke belakang. Tapi pengalaman tu sangat best bagi saya.
Sehingga kini kalau setiap kali pergi bercuti untungnya saya dan isteri tak pernah berhadapan dengan karenah anak-anak. Pernah tertinggal stroller tu adalah..tapi tak pernahlah lagi anak demam atau sakit. Memang percutian pun best.
Biasanya kami akan beli seat lebih untuk anak-anak supaya lebih selesa. Tapi pengalaman sebelum ini kami hanya tempah bassinet sahaja sebab ketika itu anak saya masih kecil. Bila anak dah bangun, kalau dia meragam dan tak mahu duduk, saya memang akan bawa dia berjalan pusing-pusing sampai dia reda,” katanya.
Kata Zira, isteri kesayangan Nabil, “Tak sukar nak bawa anak-anaknya bercuti malah mereka tak banyak ragam. Sebelum naik flight biasanya kami biarkan mereka bermain puas-puas dulu. Makan pun penting juga, bila dah kenyang mereka memang tak banyak ragam dan terus tertidur. Kalau dalam flight siap semua barang mainan, gula-gula dan makanan mereka insyallah mereka tak meragam,” ujarnya lagi.
Zira Persiapkan Segalanya
Bagi Zira, dia harus memperlengkapkan segala keperluan anak dengan sebaiknya.
“Susu, ubat demam, diapers, baju secukupnya, thermometer dengan biskut kegemaran masing-masing antara benda wajib yang mesti di bawa bersama.
Kalau bercerita soal persiapan dan baju-baju yang bakal di bawa, tak adalah perlu sedondon, cukup sekadar selesa dan sesuai dengan keadaan cuaca,” katanya ringkas.
Bagi ibu jelita ini lagi, pengalaman pertama kali membawa kedua-dua anaknya ke Jepun adalah pengalaman indah dan cukup menyenangkan baginya dan suami.
“Ingat lagi saya, ketika itu umur Mika baru 4 tahun, manakala Medyna pula baru sahaja 3 bulan. Memang bawa kedua-duanya langsung tak banyak ragam dan tak banyak karenah.
Cuma ketika berada di sana, kami banyak gunakan pengangkutan awam dan lebih senang memilih keretapi untuk bergerak ke sana ke mari. Jadi sedikit sukar untuk naik turun tangga dengan stroller ditambah pula dengan kedua-duanya yang memang langsung tak mahu turun dari stroller. Sedikit mencabar buat saya namun ianya satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.
Kalau setiap kali bercuti, saya biasanya cari tempat yang sesuai dengan anak-anak dulu kemudian barulah cari tempat untuk kami bershopping pula,” luahnya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi April 2017
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus tampil menjawab soalan mengenai zakat fitrah yang diajukan oleh seorang jemaah.
Menerusi perkongsian soalan itu, seorang anak bertanyakan samada dia boleh membayarkan zakat fitrah buat kedua ibu dan bapanya.
Menurut Ustaz Azhar, tidak boleh bagi seseorang anak untuk membayarkan zakat fitrah selagi ibu bapa mereka masih hidup.
Video perkongsian itu turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, @zackD di TikTok. Dengarkan pandangan dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan hal ini.
“Mak ayah ada lagi tapi anak nak tolong bayar? Jawapannya, tidak boleh. Bagus yang bertanyakan soalan ini.
“Jangan memandai-mandai nak bayarkan. Orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri, tak boleh orang lain tolong bayarkan.
Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar memaklumkan bahawa zakat fitrah itu boleh dibayar oleh seseorang anak itu sekiranya meminta izin daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu.
Begitu juga sekiranya seorang isteri mahu bantu membayarkan zakat fitrah bagi pihak suami, dia juga perlu untuk mendapatkan keizinan terlebih dahulu.
“Tapi kalau minta izin, boleh. ‘Mak, ayah? Kita nak minta izin bayarkan zakat fitrah mak dan ayah tahun ini’.
“Kalau dapat keizinan, baru sah zakat yang dibayar seseorang anak itu terhadap ibu bapanya.
“Macam itu juga suami, mereka wajib bayar zakat fitrah isteri. Tetapi, bila isteri nak tolong bayarkan zakat, dia juga kena minta izin dengan suami barulah sah kalau dapat keizinan,” ujarnya berkongsi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.