Takutkan Anak Dengan Hantu, Fobia Sampai Ke Besar!

Jangan buat main bab ni. Nampak biasa-biasa aje tapi dengan menyakat anak tu akan membuatkan dirinya fobia!

Tular video anak ditakutkan oleh ibu bapanya. Video berkenaan meraih perhatian ramai dengan ada yang tidak bersetuju dengan tindakan begitu.

Menerusi perkongsian Wawa Shauqi jelas menunjukkan bahawa perbuatan itu memberi kesan kepada anak.

Jom ikuti perkongsian berikut:

Sedihnya saya tengok perlakuan menakutkan kanak-kanak dijadikan trend di tiktok.

Pada kita memang kelakar.
Tapi tidak pada yang menanggung rasa takut.

Ada sesetengahnya tu, gunakan kaedah takut-takut ni untuk disiplinkan anak.

“Haa. Pegilah situ, ada hantu.”

Memanglah lagi mudah. Anak mau dengar kata. Tapi, bahawa kesan jangka masa panjang terhadap emosi dan psikologi sangat buruk.

IKLAN
Takutkan Anak Dengan Hantu, Fobia Sampai Ke Besar!
Gambar hiasan

Tolong!
Hentikan menyakat anak dengan hantu dan seumpamanya. Apatah lagi ajak anak tonton cerita hantu.

Kita mungkin fikir, ketakutan anak terhadap hantu akan hilang bila mereka dewasa. Hakikatnya tak!

KESAN HINGGA KE BESAR

Otak anak akan menyimpan memori trauma. Dan akan relate dengan memori-memori yang dilalui sebelum ditakutkan.
– Fobia pada pintu yang ditutup
– Fobia pada suara menangis
– Fobia pada suara ketawa
– Fobia pada orang yang berambut panjang

Dan fobia pada banyak lagi perkara yang tak sepatutnya.

Bayangkan seksanya bila lalui benda-benda yang pada orang tak ada apa-apa, tapi anak tengok benda-benda tu, tiba-tiba diserang panik.

Takutkan Anak Dengan Hantu, Fobia Sampai Ke Besar!

IKLAN

Nafas laju, jantung berdebar, rasa nak pengsan, menggigil dan rasa nak muntah.

Alangkah kesiannya pada umur yang sebegitu muda, otak anak terpaksa proses trauma yang akan memberi kesan pada self confidence, anxiety dan insecurity anak.

Anak jadi penakut dan lemah semangat.

Tolong ya mak ayah.
Anak-anak ni, otak mereka kreatif.

Sepatutnya, kreativiti mereka perlu disalur pada perkara yang sihat. Tapi, kerana sering ditakutkan, kreativiti mereka diguna untuk fikir perkara-perkara yang menakutkan.

Sepatutnya, kalau dalam gelap, kreativiti anak mampu membantu mereka cari suis atau cari barang dalam gelap. Bukannya mereka-reka imej yang menakutkan sampai tak bergerak dan menangis.

IKLAN

TRIK BANTU ANAK SUPAYA TAK JADI PENAKUT

Apa kata kita buat begini.
Gunakan kreativiti pemikiran anak untuk latih benda-benda macam ni:

1) Fikir perkara yang lucu pada hantu tu.
Contoh, hantu seronok bila kita takut, tapi bila kita sergah dengan ayat taawwuz, hantu tiba-tiba bertukar jadi baby yang mencicit lari sambil terkencing.

2) Fikir bahawa, ada cahaya pada badan orang yang membaca Al Quran.
Cahaya tu makhluk dimensi lain, macam malaikat dengan syaitan je nampak.
Kalau hantu syaitan nampak cahaya tu kat badan orang yang baca dan hafaz Al-Quran, dia akan takut nak dekat.

3) Fikir bahawa, Allah tu Maha Kuat, Maha Besar dan Maha Hebat.
Kalau kita mintak Allah tolong jaga kita, Allah pasti akan jaga. So, tak ada apa akan berani kacau kita kalau Allah jaga.

Semoga kita semua jadi mak ayah yang bijak.
Yang berjaya latih anak takutkan kemurkaan Allah, lebih dari takut disakat hantu.

P/s Yang bengkek bila ada budak lain yang ajar anak-anak saya takutkan hantu.

Sumber: Wawa Shauqi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI