Cuba bayangkan keenakan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang berbanding nasi lemak yang dibungkus di dalam bekas plastik. Mana satu lebih beraroma dan berselera untuk dinikmati?

Percayalah, ramai antara kita pasti gemar dengan cita rasa nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Betul bukan? Ini kerana apabila makanan panas dibalut menggunakan daun pisang, dengan sendirinya daun tersebut menghasilkan aroma yang tersendiri. Menghidu bauannya sahaja sudah cukup boleh membuatkan orang menjadi lebih berselera untuk menikmati hidangan tersebut.

 

Tambah Ilmu Cara Nak Simpan Daun Pisang  Agar Tahan Lebih Lama Tambah Ilmu Cara Nak Simpan Daun Pisang  Agar Tahan Lebih Lama

Lantaran itu, tidak hairanlah bukan sahaja nasi lemak dibungkus dengan menggunakan daun pisang ini malah terdapat banyak lagi masakan tradisi dibungkus menggunakan daun nan istimewa ini.

Jika ingin disenaraikan, antaranya pulut panggang, lepat, tapai, tepung pelita, lemang, koci dan banyak lagi. Setiap satunya cukup enak dimakan pada bila-bila masa.  Jadi apa kata, anda sediakan menu ini untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta.

Tambah Ilmu Cara Nak Simpan Daun Pisang  Agar Tahan Lebih Lama

Sebelum ingin memulakan operasi menyediakan hidangan tersebut,  jangan lupa untuk pastikan daun pisang telah anda beli terlebih dahulu. Maklumlah daun pisang ini memang jarang sekali kita jadikan antara stok barang wajib ada di dapur.

Bila sudah beli dan inilah masanya untuk anda dapat menyediakan menu kuih Melayu yang menjadi kesukaan keluarga. Dan cuba lihat, jika masih ada lebihan daun pisang tersebut, jangan pula dibuang malah anda perlu menyimpannya!

Tahukah anda, sebenarnya daun pisang ini juga boleh disimpan hingga seminggu lamanya dan kekal segar. Bukan perkara pelik, tapi kenalah tahu cara dan teknik yang betul sebagai mana yang dikongsi oleh  Juliana Ismail dan diharapkan info ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Tambah Ilmu Cara Nak Simpan Daun Pisang  Agar Tahan Lebih Lama

 

[su_highlight background=”#c8f6ec” color=”#04030f”]STEP BY STEP[/su_highlight]

  1. Sediakan daun yang sudah siap dilayur dan dipotong mengikut saiz yg dikehendaki
  2. Ambil surat khabar, bungkus kemas-kemas daun pisang tersebut
  3. Ambil beg plastik yang bersih pula, kemudian bungkus dan ikat dengan kemas
  4. Simpan dalam chiller (tempat letak sayur bahagian bawah sekali peti ais)

Tambah Ilmu Cara Nak Simpan Daun Pisang  Agar Tahan Lebih Lama

  • Bole tahan lebih dari seminggu dan keluarkan daun masa hendak digunakan. Secara tidak langsung juga boleh jimatkan masa dalam penyediaan kuih.

Sumber :Juliana Ismail via MAHN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI