Tampil Kurus, Heykal Hanifah Dedah Tak Sentuh Nasi Sejak 2019, Telan 12 Biji Telur Sehari

Share

Kelibat suami kepada pelakon Faezah Elai yang juga pengarah terkenal iaitu Heykal Hanifah meraih perhatian ramai apabila tampil kurus.

Memetik Harian Metro, Heykal menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya dia membuat pembedahan bariatrik atau potong usus, sebaliknya hanya mengamalkan pemakanan sihat.

“Potong usus? Tidak ada masa nak buat. Buang duit saja. Kalau boleh buat cara yang mampu iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, buat saja. Tapi kalau mampu dengan cara pembedahan, terpulang. Masing-masing punya selera dan pilihan,” katanya.

Menurut Hekyal, beratnya kini mencapai 75 kilogram, dia mengamalkan diet pemakanan dengan memakan 10 hingga 12 biji telur sehari serta tidak menyentuh nasi sejak tiga tahun lalu.

Selepas itu ambil keputusan, lagi pula anak-anak kecil lagi dan masih sekolah, takutlah kalau jadi apa-apa masalah atau sakit.

“Dengan kesedaran itu, saya dan isteri ambil langkah amalkan gaya hidup sihat iaitu diet. Macam-macam diet saya buat dari segi pemakanan. Isteri yang banyak uruskan pemakanan saya sampai sekarang. Saya tahu kalau lapar, dia buatlah apa yang patut. Cuma, tahap kelaparan tak macam dulu.

“Sepanjang diet hingga sekarang, teruk juga menu saya. Ada sampai tiga bulan makan telur saja setiap hari iaitu 10 hingga 12 biji sehari dengan pelbagai jenis masakan. Hinggakan saya terkena penyakit Gerd disebabkan diet teruk.

“Tapi sekarang alhamdulillah okay dah selepas jumpa doktor dan diberikan ubat. Doktor juga menyarankan menu yang boleh dimakan. Dalam masa sama, saya juga tak makan nasi dari 2019 sampai sekarang,” katanya.

Kalau dulu berat badannya lebih 100 kilogram sering membuatkan dia mengalami masalah sakit pinggang dan sukar ketika menunaikan solat.

“Ketika berat masih lebih 100kg nak solat dan duduk antara dua sujud pun susah. Saya juga sakit pinggang sebab terlalu berat.

“Nak tengok perkembangan badan saya semua ada di Intagram. Siapa ‘follow’ saya memang nampak perkembangan. Tidak adalah mendadak turun. Mungkin lepas ni kalau tak jaga naik balik, tapi tak nak lah.

Katanya lagi, dia juga berharap dapat meneruskan gaya hidup sihat yang diamalkannya kini.

“Tahap kolestrol, kencing manis, dan lain-lain semua dah normal. Sebelum ni semua di tahap ‘border’. Alhamdulillah sekarang dah okay dan semoga dapat teruskan gaya hidup sihat ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro 

 

 

IKLAN