Pokok yang ditanam disekeliling rumah bukan sahaja menjadikan lanskap kediaman nampak segar menghijau, malah dapat dimanfaatkan sebagai bahan masakan andai ditanam serai, kunyit, bawang dan sebagainya.
Untuk yang belum tahu teknik dan tip menanam bawang bolehlah baca perkongsian ini. Jom semak.
Bawang mahal kome… Tapi tanam le juga sebab MUSIM PANAS… bawang sesuai di tanam di tanah lapang macam tu dengan keadaan cuaca panas lit..lit..
Tanam untuk ubi bawang seperti dalam pic..
Ads
Potong akar dan kepala bawang
Tanam untuk daun hanya potong kepala bawang seperti dalam pic juga
Ads
*tujuan potong kepala bawang untuk percepat proses pengeluaran daun bawang..
*bawang yang di potong akar tak boleh di ambil daun nanti mati pokok bawang berebut neutren
*bawang perlu medium 2:1.. Pasir dan tanah
*bawang tak perlu racun serangga sebab serangga takut dengan bawang.. Bau busuk kata serangga la
* baja masa mula-mula tanam je.. Baja la apa pun yang suka.. Saya malas baja..
*ingat bawang macam kambing.. tak suka air.. Jangan rajin mandi bawang.. Tengok keadaan.. Bawang mati jangan cakap saya tak payung
*sisa jangan buang.. Rendam semalaman.. Boleh siram pokok..
Ads
***kat malasia belum ada ladang bawang.. Tanam main-main macam saya untuk kegunaan sendri bolihlah.. ***
Moh kome kita tanam bawang… Bawang… Bawang… Suka bawang….
*kalau bawang kuar bunga.. Harus di buang bunga yang cantik.. Klau idak ubi bawang kurus
*tanam bawang BESAR.(ubi banyak). Bwang kecik(ubi sikit)
*bawang ni 2 bulan lebih.. Matang.. Bolihlah.. Kome mula tanamm. Kot nak kenduri kawin senang x yah beli bawang..
Hehe.. Tip nak kayo.. Daun nya bolih tabur atas msak daging kicap.. Jimat lagi kome oii.. Kalau kenduri.. Ok lee geng kebun semua.. Selamat berbawang…
My kebun Bt Gajah by kc
Sambung maklumat BAWANG semalam sebab ada yang masih tak faham..moga bermanafaat. Selamat bertanam BAWANG tapi jangan nak membawang
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, saudara Akmal Al Yahya cara mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal.
Dengan hanya menggunakan bahan terpaksai, masalah tersebut boleh diatasi. Tapi apa yang paling penting ianya selamat digunakan dan tidak membahayakan alam sekitar. Jom kita cuba.
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua. Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut berkenaan Cara saya mengawal rumput dan lalang di Kebun Lokal. Izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya mesra dipanggil dengan nama Akmal dan mula mengusahakan Kebun Lokal sejak dari tahun 2017 sehingga kini. Dengan tujuan utama adalah membina sebuah bank makanan untuk keluarga kecil saya.
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah menggangu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti Membaja, Penyediaan Kompos dan lain-lain. Pada awal kami berkebun, kami telah menggunakan Racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
Penggunaan Kotak dan Kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari Amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara Percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa. Untuk Lapisan kotak yang pertama. Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit Eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkn ke dalam plot tayar terpakai kami.
Oh ya, setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidam hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam kami sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, jimat tenaga, jimat masa.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Dan, saya bersyukur kerana saya dapat tumpukan pula perhatian saya pada kerja-kerja kebun yang lain.
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar. Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan. Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan Kertas Rincih ini. Setiap Minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Jimat Masa, Jimat Tenaga, Jimat Duit. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja. Terima Kasih atas masa tuan/puan luangkan untuk menelaah perkongsian saya ini. Saya Akmal, pekebun kecil berjiwa besar dari Kebun Lokal. Masih kurang jelas, saya bantu sampaikan kepada tuan/puan dalam bentuk Visual pula, sila klik pada link ini untuk penjelasan lebig lanjut ya. https://youtu.be/DNaax_gmLsE
Perjalanan hidup kita semua pastinya berbeza-beza ceritanya. Pun begitu, bila usia mencecah 30 hingga 39 tahun dikatakan adalah garis masa yang cukup mencabar. Bahkan ketika usia tersebut menjadi waktu kemuncak ujian dalam kehidupan seseorang.
Memberi penjelasan tentang ini, jom kita hadam perkongsian daripada Imam Muda Hassan ini.
Usia 30 Tahun Hingga Usia 39 Tahun Adalah Waktu Kemuncak Ujian Hidup
Waktu umur 20 hingga 29 tahun, waktu ni waktu sibuk study, sibuk nak cari jodoh, kalau dah berkahwin baru merasa menimang cahaya mata. Waktu usia ni banyak yang enjoy, menikmati kehidupan. Baru nak merasa nak ada rumah, nak ada kereta sendiri.
Bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa, anak makin dewasa macam-macam perangai, gaji semakin besar dah sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa dengan family.
Ada yang dibuang kerja sebab tak perform. Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan macam-macam hal:
– Kereta mula meragam
– Rumah mula nak bocor sana sini
– Yuran sekolah anak makin naik
– Mula banyak orang benci kita
– Hubungan dengan mertua
– Isteri mula merungut tak cukup makan
– Suami stress gaji kena potong
– Rumahtangga mula goyang
– Badan mula sakit sana sakit sini
– Badan dah tak fit
– Bawa kereta cepat mengantuk
– Hutang keliling pinggang
– Ah Long mula kejar
– Hubungan adik-beradik mula renggang
Cukuplah tu, nak disenaraikan tak habis cerita.
Kenapa sebelum umur 40 macam-macam ujian kena tempuh ya?
Sebenarnya Al-Quran dan Hadith dan menjawab soalan ni. Ini adalah fasa Tarbiah Allah pada hambaNya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun. Ujian tu sebab ALLAH SAYANG, supaya kita menang untuk menempuh usia 40 tahun.
Lihat surah Al-Ahqaf ayat 15. Ayat ini menjelaskan umur 40 tahun iaitu umur yang matang. Ini kemuncak umur keIslamannya. Ini adalah umur di mana Nabi SAW diangkat menjadi Rasul.
Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, “Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka!”
Jadi memang sungguh ALLAH SAYANGKAN kita, Dia tak nak kita kalah dengan ujian supaya kita tak diheret ke Neraka, wal’iyazubillah min zalik.
Pandanglah ujian itu sebagai Rahmat dan Kasih Sayang Allah pada kita, sebab Dia nak bagi kita Syurga.
Boleh dikatakan penyaman udara atau aircond menjadi pilihan untuk digunakan terutama sekali waktu cuaca panas. Namun, jangan hanya pandai guna sahaja. Nak ia dalam keadaan baik dan sentiasa sejuk, penyaman udara mestilah diselenggara selalu.
Pada remote, terbaik pelbagai butang yang memiliki fungsi berbeza. Bagi butang Mode, kamu boleh memilih tiga jenis iaitu Fan Mode, Cool Mode dan Dry Mode.
Fan Mode
Sekiranya kamu tidak mahu menggunakan power cooling atau cool air, kamu boleh menggunakan mod fan ini. Fungsi butang ini adalah ia hanya menyalakan fan indoor tanpa menggunakan outdoor unit.
Dalam pada masa yang sama, mod ini akan menghasilkan udara yang tidak sesejuk seperti mod Cool. Dan ia juga dapat membantu menjimatkan penggunaan tenaga dan elektrik.
Cool Mode
Jika kamu melihat simbol salji, sebenarnya ia membawa maksud kepada Cool Mode. Paling popular dan ramai yang menggunakannya, fungsi mod ini membuatkan AC kamu menghasilkan udara yang sejuk dengan kadar yang segera setelah dibuka.
Dry Mode
Untuk tidak berasa keliru, Dry Mode ini sering menggunakan simbol seperti titisan air. Ketika kamu menggunakan mod ini, ia berfungsi untuk mengurangkan kelembapan di dalam bilik sambil masih menerima udara sejuk daripada AC.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri penyaman udara, lakukan teknik ini.
• Selepas mengggunakannya di malam hari, JANGAN matikan terus, sebaliknya lakukan langkah berikut jika mahu bersihkan penyaman udara anda sendiri.
• Tetapkan mode daripada “Cool” ke mode “Fan”, tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.
• Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
• Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan”?
• Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.
• Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran dan kelembapan)
Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.