Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Allah tidak akan menduga umatNya jika tidaK mampu. Nyata pilihan Sang Pencipta itu benar.
Biar diduga dengan penyakit yang mengerunkan semua, namun anak muda ini tetap cekal dan tabah mengharungi dugaan tersebut.
Muhammad Akmal Bin Ahmad Khazri atau mesra dengan panggilan Akmal, 15 tahun disahkan mengidap kanser paru-paru pada bulan Jun, 2016. Segala rawatan yang berkaitan dengan penyakitnya, termasuk pembedahan di paru-paru sudahpun dilakukan. Akhirnya dia disahkan sihat dan bebas dari penyakitnya. Anak ini boleh menjalani kehidupannya sama seperti anak-anak remaja seusianya.
Namun dugaan ke atas Akmal dan keluarganya tidak terhenti di sini. Lewat tahun 2017, Akmal disahkan relapsed. Sel-sel kanser datang bertandang semula. Bulan Januari 2018, Akmal terpaksa menjalani satu lagi pembedahan.
Serentak dengan itu juga, Akmal disahkan pula mengidap kanser otot tahap 4 (Rhabdomyosarcoma). Sel-sel kansernya sudahpun merebak hingga ke dalam tulang belakang. Akmal terpaksa melalui rawatan kemoterapi sekali lagi.
Menerusi posting tersebut menyatakan ujian CT Scan dilakukan ke atas Akmal selepas menjalani 3 ‘cycles’ rawatan kemoterapi menunjukkan sel-sel kanser sudah merebak ke bahagian atas hati, tumbuh semula di paru-paru sebelah kanan. Malah, terdapat ‘nodules’ baru dalam paru-paru sebelah kiri. Doktor juga mengesahkan salah satu tulang belakang Akmal telah pecah.
“Pembedahan untuk membuang sel-sel kanser di atas hati dan paru-paru memang perlu dilakukan. Namun, menurut para perawat ianya masih tidak boleh menyembuhkan sepenuhnya. Lagipun Akmal sudah membuat keputusan tidak mahu dibedah lagi. Rawatan kemoterapi pun menurut para perawat hanya akan mampu bertahan tetapi tidak menyembuhkan.
“Kami membayangkan seorang anak muda yang jiwanya rapuh akibat penyakit yang dihadapinya. Kami tersentuh dengan keperitan yang dilaluinya. Kami terharu dengan semangat juangnya. Kami tertekan dengan raut wajah yang sentiasa redup melalui segala rawatan ibarat tiada penghujungnya.
Baru-baru ini, anak bongsu ini teringin menjejakkan kaki ke Langkawi. Justeru, satu kutipan amal dilakukan untuk tujuan tersebut. Antara yang menyumbang termasuklah Pn Hamidah Tajudin, Presiden KIDS, Pn Mazlina Saidi dan Dr Nora yang merupakan Penasihat KIDS serta rakan yang lain.
Hasil kutipan berjumlah RM2300 membolehkan impian Akmal bercuti ke Langkawi direalisasikan.
“Akmal…di atas permintaan anak ini, kami tunaikan hasratnya untuk menjejakkan kaki ke bumi Langkawi. Sumbangan yang kami terima melalui insan-insan yang prihatin di luar sana cukup untuk menerbangkan Akmal dan keluarganya ke Langkawi. Penginapan selama 3 hari 2 malam juga ditanggung sepenuhnya oleh para penyumbang.
“Alhamdulillah… di sana, kami berpeluang melihat Akmal tersenyum semula. Kami juga berpeluang untuk menatap wajah cerianya. Semoga percutian Akmal menjadi pemangkin untuknya supaya lebih bersemangat melalui rawatan semula.
“Terima kasih kepada Pn Hamidah Tajudin dan rakan-rakan, Pn Mazlina Saidi, rakan kepada Pn Mazlina Saidi dan Dr Nora di atas sumbangan sebanyak RM2300 untuk percutian Akmal.
Bagi yang ingin memberi sumbangan, bolehlah berbuat demikian di akaun Maybank 564098508578.
Pastinya proses membaja tanaman yang ada di sekeliliag rumah adalah suatu perkara asas yang perlu dibuat untuk pastikan tanaman seperti pokok bunga, sayur-sayuran dan sebagainya dapat hidup dengan subur. Selain baja banyak dan mudah dibeli dipasaran, ianya boleh juga dibuat sendiri dengan teknik yang cukup mudah dan selamat. Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian ini.
Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.
Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
.
Bahan-bahan:
1. Sekeping roti yang masih baik
2. Air sebanyak 1.5 liter
* Air hujan atau air basuhan beras je tau.
* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
* So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya
Cara-caranya:
Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
.
Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan.
Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak
MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.
Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes
.
Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah. Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur .
.
Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.
.
Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis.
Benarlah jika sudah rezeki, ia datang tidak pernah salah alamat, bahkan tidak pernah salah waktu. Jika sudah ditakdirkan ianya menjadi milik kita, akhirnya ke tangan kita juga sampainya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang surirumah mengenai impiannya untuk memiliki rumah sendiri.
Perkongsian kisah ini semoga turut dapat dijadikan inspirasi buat surirumah yang lain.
Impian SuriRumah nak ada rumah atas nama sendiri..
Rasanya semua org berkeinginan nk ade rumah sndiri kan.. Biarlah sekecil mana pun rumah tu, asalkan rumah sndiri bukan menyewa.. 10tahun kahwin, Alhamdulillah tahun 2020 Allah bagi rezeki dapat rumah sendiri di usia 31tahun..
Yaa,sy kahwin muda & menjadi surirumahtangga sepenuh masa.. Tahun 2015 sy baru mula berjinak2 dlm perniagaan.. Alahh, niaga jual keropok lekor frozen aje pun.. Bawak anak2 g cod sane sini..Sambil tu ada la jual2 online macam2 jugak,jd dropship barang2. 10 tahun menyewa rumah.,teringin sangat2 nak ada rumah sendiri.
One day, dengan muka tak malu si surirumah ni, sy tanye pegawai bank ape keperluan klau nak beli rumah? Dibaginya syarat2.. Bila difikir comfirm tak lepas punya. Dia nak penyata kewangan, pembayaran cukai dengan LHDN..
Hampir 6bulan jgk usaha lengkapkan dokumen yg bank nak. Bila dh lengkap sepenuhnya, sy & suami cari rumah subsale ikut budget. Rumah pertama loan bawah 150k tak lulus. Cari rumah lain, pun tak lulus jugak. Yela, pendapatan surirumah berapa la sangat..
Suatu hari tu sy & suami pergi tgk rumah contoh kat perumahan baru bina. Ada 30 unit rumah masih dlm pembinaan tp cuma ada 4 buah rumah yg belum di tempah…
Dlm hati berkenan sgt2 rumah tu cantik. Kami book rumah lot tengah & cuba masuk loan bank. Kadang2 rasa macam mustahil jgk. Surirumah buat loan beli rumah harga 200k+? Jauhh naww berangan..
Bila rumah dah hampir 70%siap,loan pertama dgn Bank A gagal.. Pendapatan sy kurang, xleh nk support byr bulanan..
Loan kedua dengan Bank B, juga Gagal.. Down habis, Kecewa, putus asa, hilang semangat, semua dah ada..
Mahu taknya, seminggu sekali sy, suami & anak2 g duk tengok2 rumah. Dari tapak kosong, smpaila dah naik rangka, ada bumbung. Semangat berkobar2 nak tgk rumah siap.
Bila rumah dah 90% siap, pemaju buat tawaran pd sy & suami. Katanya rumah end lot ada kosong sbb orang yg book dulu tak lulus loan & dia tolak rumah tu.
Whatt? Pemaju gila ke hapee? Rumah lot tengah pun tak lulus, inikan nk loan rumah end lot yg harganya lebih tinggi???
Suami bg semangat, takpe kite cuba loan dulu. Mana la tahu kot2 nak jadi rezeki..
Ok, kami cuba buat loan dgn Bank C pulak utk rumah end lot ni. Cantik perancangan Allah tu, seminggu je lepas loan, bank call cakap dh lulus & suruh datang bank utk sign segala jenis surat..
Bayangkan, setahun lebih pergi tgk pembinaan rumah lot tengah, bila dh 90% siap, dapat rumah lain pulak. Rasa macam terharu sgt2..
13 Mac (5hari sebelum PKP mula) ,hari yg ditunggu2 akhirnya kami dapat kunci rumah..
So, dah sebulan lebih dapat kunci rumah ni. Tapi masih tak boleh nak buat apa2.
Kami tak tahu nak mula dari mana & apa yang utama perlu dibuat sebelum pindah masuk? Boleh bg apa2 cadangan? Mana penting yg mesti buat dulu.. Jomm la kongsi deco2 rumah design mcm rumah sy ni.. Tak sabar rasanya nak deko cantik2 mcm rumah sahabat2 semua.
**Saya surirumahtangga, takde gaji bulanan tetap, takde kwsp soso, takde jadual waktu bekerja, takde uniform lengkap. Sy surirumah yg manjaga dan menguruskan persekolahan anak2.. Ayuhh semua surirumah, kita semua boleh berjaya walaupun hanya di rumah.
**Maaf tercerita panjang lebar, sy tak pandai melukis jalan cerita, pandai tulis je..