Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan.
Pun begitu sering juga ada diantara kita sering memberi alasan bahawa katanya tangan panas, tanam apa saja mesti mati. Selain itu, ada juga kata tak boleh menanam kerana rumah tiada ruang tanah.
Pun begitu, ada satu jenis tanaman ini yang cukup mudah ditanam dan tidak perlu penjagaan rapi. Lain tak bukan tanaman kunyit.
Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :
“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”
KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!
Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia.
Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.
Ok, berbalik kepada tajuk kita.
Ads
Apa Yang Perlu Ada?
1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.
2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.
3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.
Cara Menanam
1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
3. Siram 2x sehari.
4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.
Ads
Tip Tanam Kunyit
1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.
Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?
1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.
Cara penggunaan ubi kunyit
1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.
Ads
Tips gardening di rumah.
1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
5. Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan :
‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’
Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah..
Dari proses menanam hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye.
Mudahkan? Jom kita menanam.
sumber : Nurul ‘Izzah Zulkifli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun tak boleh nak beraya atau buat rumah terbuka macam dulu, tetapi tak salah kan kalau masak untuk ahli keluarga sendiri.
Sedih memanglah sedih tetapi jangan buat semangat raya hilang terus, jom admin kongsikan resipi Mi Champa untuk ibu-ibu buat. Siapa yang pernah makan memang akan jatuh cinta.
RESEPI MEE CHAMPA
BAHAN KUAH
1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga cengkih*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
Caranya
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita .
caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi…kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..
2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)
3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..
time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 segala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..
SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam
Caranya
1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api …
AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu
## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi
maaf sebab lambat post resepi ni.. tukang masak biasa campak2 je bahan2 dlm periuk tp nak bagi resepi kat sini kene buat ikut sukatan semoga berpuasahati semua.
Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!
Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.
Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng
Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..
Bahan-bahan:
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.