Bercucuk tanam pokok jenis berbuah tidak semestinya memerlukan ruang tanah yang luas. Memandangkan boleh sahaja pokok tersebut ditanam di dalam pasu.

Pun begitu lazimnya bila menanam pokok di dalam pasu, ada yang merasakan ada had masa untuk pokok tersebut dipindahkan ke tanah bagi pastikan ianya dapat membesar dengan lebih baik dan sekali gus berbuah lebat.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Namun bukan sesuatu yang pelik andai dibiarkan di dalam pasu bertahun-tahun lamanya, pokok yang ditanam tetap juga boleh hidup subur bahkan hasil buahnya lebat sentiasa. Ini sebagaimana perkongsian Saudara Izham Alias, menanam pokok limau purut di dalam pasu dan setelah dua tahun lamanya pokok tersebut tetap subur malah  lebat buahnya.

Nak tahu apa rahsia dan trik yang dilakukan olehnya, jom baca perkongsian ini.


Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.

Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Nak Pastikan Sentiasa Berbuah Lebat & Ni Rahsianya!

IKLAN

Rahsia adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.

Kadang saya nampak tahi lembu depan rumah. Saya ambil dan letak dalam pasu. Biasalah tinggal di kampung. Lembu berkeliaran dan meninggalkan jejak.

Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Setelah itu sembur cuka kayu semestinya. Dalam 5-10ml cuka kayu + 1L air.

Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.

Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Nak Pastikan Sentiasa Berbuah Lebat & Ni Rahsianya!

IKLAN

Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.

Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Nak Pastikan Sentiasa Berbuah Lebat & Ni Rahsianya!

Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.

Tapi kalau togel, mahu juga saya campak ulat bulu tu ke dalam longkang.

Setakat ni saya sembur cuka kayu, Alhamdulillah kurang la ulat bulu makan. Pahit gamaknya.

IKLAN

Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Nak Pastikan Sentiasa Berbuah Lebat & Ni Rahsianya!

Begitulah.

Sesiapa takda cuka kayu, boleh cuba sembur guna penggalak ni.Telur dan yakult je guna.

Sumber : Izham Alias

Sediakan juga tanah yang subur untuk bercucuk tanam dengan beli di SINI.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tanam Limau Purut Dalam Pasu, Nak Pastikan Sentiasa Berbuah Lebat & Ni Rahsianya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI