“Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu saja la dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan cuba praktikkan memang menjadi-menjadi pokok ros saya ini. Non stop blooming siap dapat buat anak pokok lagi.”
Mungkin ini bukan sahaja menjadi pengalaman menyeronokkan buat Puan Azni bahkan sesiapa pun bila melihat pokok ros yang ditanam hidup subur dan berbunga lebat, tentu sahaja hati kita juga turut sama berbunga riang.
Jadi mungkin kita juga ingin tahu apakah petua yang dimaksudkan oleh Puan Azni itu, agar kita juga boleh dipraktikan dan mendapat hasil pokok bunga ros yang berkembang segar. Jom semak.
PETUA ROS BERBUNGA LEBAT
Ads
1.Kena buang daun-daun yang rosak. Jika ada sahaja daun-daun berwarna kuning kena cepat-cepat cabut dan buang.
2. Bila bunga sudah telajak kembang, saya gunting dan cucuk di tanah. Nanti pokok tersebut akan keluar pucuk baru.
3.Saya letak kulit telor. Kulit telor lepas masak telor dadar atau buat nasi lemak tu saya hancurkan pakai tangan. Kemudian saya letak dalam pasu. Bila letak kulit telor, daun pokok ros pun lebih besar macam mula-mula beli dulu.
Ads
4. Satu lagi bila beli dari nursery kena keluarkan pokok tersebut dan tanam di dalam pasu yang lebih besar. Biasanya dalam satu pasu akan ada dalam 4 batang pokok. Oleh itu, tanam balik 2 batang dalam 1 pasu. Itu tips personal. Alhamdulillah hidup. Kalau biar sahaja dalam pasu yang nursery bagi itu memang tak akan hidup.
5. Saya bagi direct sunlight sahaja. Rumah saya tiada pokok besar lagi. Sebab kawasan baru. Siram tu kalau hujan saya tidak siram langsung. Tapi kalau panas memang saya siram 2 kali sehari. Pagi dan petang.
Ads
Ekstra info : Bab kena buang bunga sebelum layu memang main peranan. Sebab saya penah tinggal lama pokok ni dan masa itu bunga itu sudah kembang sangat-sangat, bila layu di pokok dia akan beri kesan pada pokok. Mati pokok saya tu.
Gunting batang bunga yang kembang sangat tu. yang sudah nampak dia punya debunga hitam-hitam. Kalau nak cucuk kat tanah kena gunting bagi ada daun skali. Kalau tidak ada daun dia tak akan bertunas. Selepas kelua tunas tu, bunga boleh potong dan buang. Kalau tidak nanti ia akan matikan tunas baru tersebut.
sumber : Azni A. R Azizan via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa peminat laksa?Meh munculkan diri anda di sini. Biasanya kita asyik belajar buat resipi kuah je kan. Apa kata kali ini kita cuba pula buat sendiri laksa. Lagi puas hati nak makan.
Nak tahu caranya, jom tengok resipi oleh Natasya Addawiyah yang berkongsi resepi laksa beras homemade yang mudah, bersih, halal dan jimat. LAKSA BERAS Laksa pulas sendiri.. Tak penah lansung beli laksa kering/ basah di kedai. Buat makan, order dari costm memang buat mee laksa sendiri.
LAKSA BERAS
(hidangan utk 8-10 org makan)
5 cawan air di didihkan. Air panas kena betul2 panas.
½ kilo tepung beras cap teratai
3 sudu besaq tepung ubi (menggunung).
Ayak kesemua tepung. (rujuk dlm gambar) Bila air dah jerang…tuang cket2 dulu.. Agak2 secawan dulu. Hati2 masa tuang air panas.
masukkan 5 sudu besar minyak masak ke dalam adunan tepung (rujuk dlm gambar)
tepung masih panas gaul dgn senduk dulu. Da suam boleh uli dengan tangan.
kalau masih bertepung lagi tuang air panas cket2. uli sebati sampai tak melekat di tangan.
masukkan dalam kebok @ acuan. Terus pulas atas periuk kukus. (rujuk dlm gambar) Kukus selama 15-20 minit.
mee laksa dah masak angkat periuk kukus tuang mee laksa ke dlm besen yg telah isi air. Biarkan sekejap 10 minit ke dlm air. Angkat & tapis
Siapa sangka sejak tular mengenai video yang didakwa seorang ahli perniagaan mengeluarkan kata yang kurang enak didengar kepada seorang lelaki tua, ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati.
Lelaki tua yang dikenali sebagai Pakcik Hadi kini menjadi trending di media sosial sejak video berkenaan tersebar. Ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila dia diperlakukan demikian biarpun merupakan gelandangan.
Bagaimanapun perkara ini dikatakan telah selesai setelah ahli perniagaan telah memohon maaf diatas kejadian yang berlaku.
Terbaru, menerusi perkongsian puan Dhila Fadhilah di facebooknya, rupanya ada kisah disebaliknya tidak dapat menjalani kehidupan sempurna.
Warga emas ini yang berusia 64 tahun rupanya seorang berhati mulia yang sentiasa memuliakan ibu bapanya. Biarpun orang tua telah meninggal dunia pengorbanan tidak dilupa.
Telah menggunakan duit EPF untuk upah haji buat kedua orang tuanya. Biarpun hidup serba kekurangan tetap memberikan terbaik buat membalas jaga ibu ayahnya.
Rakyat Malaysia jangan marah-marah tau. Kita dah jumpa pakcik Hadi yang viral semalam.
Pakcik cakap dia tak marah pun mamat baju hitam tu cakap macam tu.
Dia cakap masa muda dia bukan malas. Cuma dia tak sekolah dan buta huruf sebab dia dari keluarga susah.
Duit EPF guna untuk upah haji ibu ayah
Dia kerja security di pejabat mahkamah. Duit EPF pun dia upah haji untuk mak ayah dia. Semoga pakcik hadi diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.
Bulan Ramadan ini sudah tentu ada ibu bapa teruja nak latih anak berpuasa. Bagi anak yang masih kecil atau di sekolah rendah tentunya mencabar untuk mendidik dan melatih berpuasa.
Malah menurut Islam, melatih anak puasa boleh dilakukan sejak usia mencecah empat hingga lima tahun atau selepas akil baligh.
Oleh itu jangan terlalu dipaksa. Boleh mulakan separuh hari atau berpuasa penuh mengikut tahap penerimaan dan kesediaan anak-anak. Sebaiknya dilakukan secara bertahap dan dilatih secara seronok.
Ada juga yang menyediakan bekal makanan kepada anak ke sekolah, jika terasa dahaga atau lapar boleh berbuka puasa. Ini adalah salah satu cara untuk melatih anak-anak berpuasa.
Lain pula jadinya kisah yang dikongsi oleh seorang doktor menerusi facebook miliknya, Kamarul Ariffin Nor Sadan, apabila seorang murid telah dibawa oleh ibunya ke klinik untuk mendapatkan rawatan setelah risau melihat anaknya terlampau lemah.
Difahamkan bekal makanan yang disediakan oleh ibu murid berkenaan disimpan oleh guru sekolah dengan tujuan menyuruhnya kekal berpuasa.
Malah sesiapa yang tidak berpuasa akan ditegur dan ditertawarkan oleh rakan sekelas. Lantaran itu, anak itu terpaksa berpuasa sehingga keadaanya sangat lemah. Risau keadaan anaknya, ibunya telah membawanya ke klinik.
Dalam pada itu, doktor yang merawat murid berkenaan turut menasihati agar pekara ini tidak berlaku.
Dalam pada itu, doktor berkenaan juga berharap jangan ada warganet bersikap prejudis mengenai hal ini kerana tidak semua guru bersikap demikian.
*Tak perlu kecam cikgu secara umum. Tak semua cikgu begini. Ada yang bagus, prihatin dan berempati.
Hari ni ada seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik.
Si anak baru berumur 6-7 tahun. Baru nak mengenal puasa. Sekolah pagi. Ibu tak sediakan sarapan, sebab sedang ajar nak berpuasa, tapi dibekalkan air dan roti untuk ke sekolah.
Dipesan pada anak, jika tak tahan berpuasa, maka berbukalah dengan bekal yang dibawa.
Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih belum berbuka. Jika tidak kerana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati.
Malangnya, si anak ni nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, dan tak mahu lagi ke sekolah.
Bila ditanya mengapa, si anak beritahu makanan dan minumannya di ambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa ditegur di khalayak kelas. Ada rakan sekelas yang tertawakan mereka yang tak puasa.
Lepas sekolah habis, baru bekal makanan dipulangkan. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Si anak hanya menurut, kerana takut dimarahi.
Pendapat saya, bila mengajar kanak-kanak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka.
Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya.
Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan.
Kita ada sekitar 30 hari, InsyaAllah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama.
*Tak perlu kecam cikgu secara umum. Tak semua cikgu begini. Ada yang bagus, prihatin dan berempati.
Semoga Ramadan ini, lebih baik daripada yang sebelumnya.
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir.
Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ.
Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh
TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
#BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.