Pokok kesum memang banyak kegunaannya dalam masakan. Bagaimanapun ramai yang mengeluh kerana sukar hendak menanam pokok kesum. Sebenarnya pokok kesum ialah sejenis tanaman liar dan mudah membiak. Namun, yang menjadi keutamaan untuk tanaman ini adalah medium yang sentiasa lembap.
Sebab itu, jika anda berhajat untuk menanam pokok kesum, sebaiknya gunakan kaedah selfwatering pot atau hidro ponik. Namun, ini tidak bermakna anda perlu beli bekas atau pasu khas. Boleh cuba idea super murah dan tetapi hasilnya tetap menjadi! Gunakan bekas aiskrim.
Tanam Pokok Kesum Guna Bekas Aiskrim Terpakai
Untuk permulaan, beli daun kesum. Ambil daunnya dan tinggalkan batangnya sahaja dan daun-daun kecil.
BAHAN YANG DIPERLUKAN:
Bekas bertutup
Air secukupnya
Baja AB
Batang pokok kesum
Pisau
Elok Subur Menghijau
Cara-caranya:
1. Tebuk penutup bekas sebesar batang kesum.
Ads
2. Cucuk-cucuk sahaja batang kayu kesum pada penutup bekas airkrim yang telah ditebuk itu.
*Petua tebuk lubang pada bekas aiskrim terpakai. Bakar hujung pisau tajam pada api dapur dan cucuk pada penutup bekas aiskrim. Siap!
3. Campurkan air dengan sedikit baja AB.
Ads
4. Tutup bekas, letakkan di tempat yang redup. Tak perlu pantau pun. Biarkan sahaja di tempat itu.
5. Bila bekas atau air kelihatan keruh atau gelap, bolehlah ganti dengan air yang baru. Tambah sedikit baja AB supaya pokok kesum semakin subur.
Ads
6. Inilah hasil pokok kesum yang elok ‘sihat’ dan subur.
Coretan daripada seorang lelaki bergelar suami ini menarik juga untuk dikongsikan di sini. Setiap baris ayat dan pandangan yang diberikan, menyenaraikan begitu banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh wanita bergelar isteri.
Semoga perkongsian bermanfaat ini dapat membuka mata lebih ramai lelaki bergelar suami menghargai pengorbanan isteri.
Ini coretannya
Ada orang bagi gambar para suami berdiri menunggu isteri di luar kedai. Lihatlah pengorbanan suami katanya. Ya, aku tahu itu melawak saja, tapi nak sebut tunggu isteri membeli-belah sebagai satu pengorbanan, malu rasanya.
Isteri di Malaysia ini, pengorbanannya tak boleh dihitung. Berkorban diri, emosi, impian, cita-cita, duit, hubungan kekeluargaan. Macam-macam, semata-mata untuk suami dan anak-anak.
Awal-awal perkahwinan, sudah berkorban ikut suami ke mana saja yang suami mahu. Tinggal di rumah mertua, tinggal di negeri orang. Satu pengalaman baru yang sukar namun digagahi juga.
Tentang mengandung dan bersalin, tak perlu ceritalah. Muntah, pening, sakit, itu semua kena hadap seorang diri. Kalau dapat suami yang baik, alhamdulillah, ada juga tolong ringankan kerja-kerja di rumah. Kalau tidak, dalam sarat mengandung itu jugalah kena masak, membasuh, sediakan kelengkapan suami serta jaga anak yang lain. Nak minta suami bawakan ke klinik untuk regular checkup pun belum tentu dapat. Terpaksalah bawa kereta sendiri dalam serba kepayahan.
Suami tak cukup duit nak tampung sara hidup, isteri gadai barang kemas. Tak cukup, isteri pergi cari kerja walaupun cita-cita asalnya mahu jadi surirumah. Anak pun terpaksa dihantar ke nurseri sebab tak ada orang nak jaga.
Suami bila nak berhibur atau nak release tension, boleh keluar main futsal, mengeteh dengan kawan-kawan sampai subuh. Isteri nak buat macam itu? Jangan harap. Kalau stress pun pendam sendiri. Nak berbual dengan suami pun, belum sempat cerita satu bab, suami dah berdengkur.
Itu ini dibuatnya
Kadang-kadang isteri berkorban hobi dan minat sebab nak dahulukan suami. Tengok keadaan ekonomi keluarga, tak apalah bagi suami layan hobi dia dulu. Nak sambung belajar, bagi suami habiskan sambung belajar dulu. Nak minta belikan baju baru pun segan, takut nanti suami tak cukup duit.
Awal pagi, isteri dah siap memasak untuk sarapan dan siapkan anak-anak untuk ke sekolah. Rutin mengemas rumah tak berhenti sampai ke malam. Dah malam nak layan suami pula. Anak terjaga pukul 3 pagi, isteri juga yang kena bangun untuk susukan.
Nak balik raya, isteri yang paling sibuk, tak kiralah balik ke kampung dia atau tidak. Pakaian suami, pakaian anak-anak, semuanya sedia tersusun. Baju raya pertama, baju raya kedua, dah diasingkan siap-siap dalam beg dan bergosok. Dapur dan seluruh rumah habis dikemaskan. Kadang-kadang tak tidur malam 2-3 hari sebelum bergerak balik sebab nak sudahkan kerja.
Pengorbanan isteri itu banyak. Setakat suami nak menunggu lama meneman isteri membeli-belah, aku rasa tak padan. Sakit dia beranak pun kau tak mampu nak balas.
“Alah, emo pula. Melawak sikit pun tak boleh.”
Yalah, melawaklah. Orang perempuan memang selalu jadi bahan lawak dan dilawakkan.
Buat lawak tentang orang perempuan tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, tak pandai isi minyak, bersolek berjam-jam, balik raya bawa satu almari baju, nak cari baju sampai pergi 50 kedai.
Yang paling selalu kena, melawak pasal nak kahwin lagi satu.
Sedarlah, selain isteri kau, ibu kau juga seorang wanita.
Apa perasaan kau kalau orang buat lawak pasal ibu kau tak pandai bawa kereta, tak pandai side parking, atau buat lawak pasal ayah kau nak kawin dua? Ada nampak mummy happy?
Dalam Quran kata, “Ar rijalu qawwamuuna ‘alannisaa'”
Orang lelaki itu pemimpin untuk orang wanita, bukannya bermaksud kau boleh perlakukan dia sesuka hati. Tapi pemimpin dalam erti kata penjaga, caretaker, protecter, pelindung.
Maka apa-apa kekurangan isteri, terima seadanya. Keaiban dan kelemahan dia, suami simpanlah, bukan dijadikan bahan lawak. Tampung mana yang kurang, bantu mana yang dia tak mampu.
Ni cara hargai isteri
Nak buat baik pada isteri bukan dengan belikan cincin, rantai, beg tangan, baju, bunga, coklat dan segala material semata-mata. Bahkan yang perlu suami buat setiap hari ialah jaga hati dan perasaan isteri.
Gembirakan isteri, jadi pendengar yang baik. Isteri ada masalah, suami sama-sama selesaikan. Isteri tengah stress, biar dia luahkan pada suami. Nanti dia meroyan dalam media sosial, kau juga yang bengang.
Apa yang isteri minat, asalkan patuh syariah, suami layankan. Paling tidak pun, jangan dihalang. Tunjuklah yang kau ambil berat. Ini bila dia cerita pasal minat dia, kau leka melayan telefon. Kecewa sungguh rasanya.
Dalam perkahwinan ini, suami isteri ada pengorbanan masing-masing. Apabila masing-masing sudah tunaikan tanggungjawab, hormatilah pasangan kita dan hargai jasa dia dalam memastikan rumahtangga kita harmoni dan kukuh.
sumber : Ahmad Affzan Abudllah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lama meninggalkan zaman persekolahan, agak-agak masih ingatkah anda dengan kenangan dulu. Paling menggamit memori pastinya kenangan bersama kawan-kawan.
Jika masih lagi berhubung sehingga sekarang, itu namanya teman sejati. Masih ingatkah akan kenangan di mana anda menghabiskan hampir sepanjang hari di sekolah. Malah, banyak mencipta kenangan pahit manis bersama kawan-kawan tercipta ketika itu.
Jom semak kenangan manis zaman sekolah yang dilalui oleh anda semua dan agak-agak yang mana satu paling menggamit hati.
#1.
#2.
#3.
#4.
#5.
#6.
#7.
#8.
#9.
#10.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi sesetengah orang, menderma darah mungkin agak menakutkan namun sekiranya anda pernah menderma darah walaupun sekali, anda adalah merupakan insan yang istimewa dan sumbangan yang telah diberikan tidak ternilai harganya!
Setiap hari terdapat ribuan orang yang memerlukan darah dan sebab itu kita digalakkan untuk menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa banyak orang.
Namun tahukah anda bahawa untuk menderma darah ada beberapa kriiteria yang kena ada termasuk sihat dan berat badan yang idea.
Dalam pada itu, Farhana Adzhari berkongsi bahawa buat pasangan yang baru berkahwin tidak dibenarkan berbuat demikian atas beberapa sebab.
Orang baru kahwin tak boleh derma darah
Baru tahu yang orang baru kahwin tak dibenarkan derma darah. So tadi pergi hospital kat unit tabung darah. Hari ni condition tiptop la. Selalunya hb rendah, tak lepas. Kalau lepas pun cukup2 makan je. Berat ok, tekanan darah normal, hb 13.7 wow! Pastu masuk jumpa dr utk interview. Dr : dah makan ke? Me : dah. Dr : makan apa? Me : cereal dgn roti. So byk la soalan sampai soalan ni. Dr : cik dah kahwin? Me: dah. Dr. Berapa lama dah kahwin? Me: dalam 3 bulan. Dr. 3 bulan?? Baru lagi ni. Kalau baru kahwin tak boleh derma darah. (Nampak kekecewaan dr disitu. Saya pun kecewa.) Me: ye ke? Kenapa dr? Dr : kalau baru kahwin maksudnya awak ada pasangan baru. Bila ada pasangan baru, kita tak tahu kalau ada penyakit2 yang tak obvious. So kena tunggu SETAHUN kalau semua ok baru boleh derma. Anniversary awak bila? Me : bulan 3. Dr: ok, bulan 3 tahun depan baru datang balik ya. 🙂 Siapa layak menderma darah & nak kahwin tu, pergi la derma cepat2 sebelum status jadi tak layak.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.