Tanam Pokok Ketumbar,  Confirm Menjadi. Beli Biji Ketumbar & Semai. Wanita Ni Kongsi Tip Pokok Hidup Subur!

Share

Pokok ketumbar biasa digunakan dalam masakan. Daunnya berbau  kuat dan kurang digemari bagi esetengah orang.

Tetapi cukup enak apabila dimasukkan ke dalam masakan terutama tomyam, membangkitkan aroma dan menambahkan kesedapan.

Tak sangka, nak tanam nya pun mudah. Biji ketumbar dibeli dari kedai dan disemai boleh hidup subur dengan cara ini.

Jom baca perkongsian puan Rosziyana Bakar bagaimana dia menggunakan biji ketumbar Dan terus semai. Kini hasilnya pokok ketumbar hidup subur.

Pokok ketumbar@coriander. Sebelum ni, banyak kali tanam guna keratan batang tp tak menjadi.. bila tumbuh tunas baru je, batang membusuk.. kali ni, cuba semai daripada biji ketumbar (beli kt diy brand Trio).. Saya tak rendam dulu pun, terus semai.. Alhamdulillah, senang hidup dan subur.. Apa yg saya belajar👇👇👇

✅2 minggu baru tumbuh

✅Siram pagi & petang

✅Siram waktu tengahari jika cuaca panas & pokok nmpk layu(1 gelas air shj)

✅Baja 1 minggu sekali (selepas 2 minggu pindah ke pasu lain)

✅Baja ikan, air rendaman kulit bawang, air basuhan beras.

*Pokok ketumbar suka air.. tanah kene sentiasa lembab tp bukan terendam ye.

***Semoga bermanfaat

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

IKLAN