Jangan tak tahu, pokok semalu yang hidup meliar mempunyai manfaatnya yang tersendiri.
Ini seperti yang dikongsikan oleh Pauline Choi, dan menurutnya tumbuhan tersebut boleh menghalang tikus daripada merosakkan tanaman.
Saya tanam pokok Semalu berdekatan laluan tikus dan dekat tanaman untuk menghalang tikus dtg memakan pokok kubis dan cauliflower saya.
Ads
Tikus sangat takut pada pokok Semalu kerana ia mempunyai duri tajam yg berbentuk cangkuk. Tikus binatang bijak dia tak akan makan racun tikus.
Ads
Pokok Semalu ini juga sangat berkhasiat pada kesihatan (anda cari sendiri di google). Ia tumbuhan meliar ditepi jalan. Banyak didapati dibatas sawah seolah ia tumbuhan penghalang tikus dtg memakan pokok padi pesawah.
Kalau nak tanam dlm pasu pastikan pasu rendah jadi ia dapat menjalar ke atas lantai atau tanah. Kucing jiran dah lama tak datang berak dalam pasu sayur, tau takut dia dengan duri Semalu
Siapa yang suka Nasi Ambeng pasti tahu di dalamnya ada terisi mi goreng yang dimakan bersama-sama nasi dan lauk.
Rupanya mi goreng ini ada nama khas yang dipanggil Mi Goreng Merico. Puan Azlina Ina Fans berkongsi cara membuat mi goreng yang cukup mudah tapi sedap. Menggamit nostalgia air tangan arwah ibunya.Asalamualaikum anak2 mak..Dulu masa kat kg kalau hujan kalau xde apa2 kat rumah arwah mak suke goreng kan arwah abah mee simple gini.
Kalau org jawa kite panggil mee merico dan kalau kenduri ade nasi ambeng je mee ni famous kat kampung mak tau.Sedap die makan kosong pn sedap sgt.Jom mak ajar mee goreng stail org jawa.
Mee Goreng Merico(lada hitam)
Bahan-bahan
Bawang besar 1 labu sederhana besar
Cili besar 3 tengkai hiris serong
5 tangkai cili padi hiris juga
3 ulas bawang putih hiris juga
3 sb lada hitam tumbuk kasar( tp mak xde stok jd guna yg dah sedia serbuk😂kureng la rasa kaw die
Bahan-bahan lain tambahan je kalau tak ada pun tak apa. Dulu arwah mak letak udang kering je
Ayam dada dadu
Fishcake potong dadu
Telur 2 biji
Sawi
Taugeh
Tomato belah
Cara membuat:
Panas kan minyak. Tumis kan bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam
Dah layu masuk kan ayam dan fishcake. Apabila ayam dan fishcake dah masak ketepikan semua pecah kan telur kacau2 kan.
Masukkan mee yang dah direndam dgn air suam dan lada hitam gaul rata.
Tambahkan 2 sudu besar gula dan kacau rata. Tambah kan 7-8 sb sos cili. Gaul kan
Tambah kan kicap kipas udang dan sedikit air.
Biarkan kejap semua bahan tu serap sebati dgn mee baru tambah garam sket dan perasa.
Last tu tambah kan sayur gaul2 kan dan yeayy siap🥳🥳🥳🥳makan mcm tu pn sedap nak makan dgn nasi pn sedap sebenarnya.
Selamat mencuba anak2 mak eh.kalau sedap cuba bekali kali kalau xkene tekak cuba sekali je la hehe sedap ni ikut tekak korg masing2 eh.Citarasa individu lain2.cuma nostalgia arwah mak buat org dulu2 masak campak2 mmg sedap😋
Kalau anda sekeluarga memang gemar makan roti naan cheese dan kebiasaanya hanya order di kedai mamak, apa kata kali ini kita sediakan sediri di dapur rumah kita pula. Mungkin ada yang membayangkan mana mungkin, maklumlah di rumah kita mana ada perkakasan lengkap sepertimana yang biasa kita lihat di kedai-kedai makan.
Tapi itulah yang menjadikan perkongsian daripada puan Hadayati Johari ini unik dan istimewa. Melalui perkongsiannya, siapa sangka roti naan juga boleh dimasak di atas kuali dan hasilnya nampak sempurna dan menyelerakan!
Untuk itu, jom kita pula mencuba resipi ini dan dapatlah kita anak beranak mencuba rasa menu yang enak ini.
Resepi Roti Nan Cheese Super Simple
1kg Tepung Roti
3 Sudu Gula
3 Sudu Mentega/Marjerin
1 paket kecil Yis Kering
Setengah sudu Pelembut Roti(takde pun tak apa)
Air secukupnya(Tuang sikit-sikit sehingga jadi doh yang licin)
Mozarella Cheese
Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali Mozarella Cheese dan air.
2. Gaulkan bahan sehingga rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
4. Setelah jadi doh. Rehatkan 30 minit dan tutup dgn kain basah.
5. Doh akan naik 2 kali ganda. Tepuk doh. Keluarkan anginnya. Uli sekali lagi.
6. Canaikan doh. Letakkan Mozarella Cheese di tengah. Seperti buat pau. Bulatkan semula.
Buat hingga siap. Saya buat tadi dapat 9 keping.
7. Canaikan. Dan panaskan kuali dengan api yang kecil. Masak sehingga kekuningan. Goreng tanpa minyak.
Menyewa sebuah homestay setiap kali pulang menyambut hari raya di kampung halaman memang tidak mustahil bagi kita. Namun menyewa homestay khusus untuk meletakkan kucing-kucing kesayangan jarang-jarang sekali kita dengar. Pasangan muda yang baru memiliki anak ini seharusnya di puji.
Bagi Shahlin Shahirea Makhtar, 29 dan suaminya, Ahmad Azhar Saidin, 31 tahun, inilah rutin tahunan mereka ketika bercuti di kampung halaman.
Mahu Beraya Dengan Tenang
Bagi Shahlin yang lebih mesra disapa Lynn, dia dan suaminya sepakat untuk menyewa homestay berdekatan rumah ibu bapa mereka untuk beraya dengan lebih tenang.
“ Setiap kali balik beraya, saya bawa ke semua kucing-kucing saya, Betty, Milo, Shasha dan yang terbaru Sajat, balik ke kampung halaman. Kami bercuti biasanya sampai dua minggu, jadi pilihan tepat adalah bawa balik kesemuanya bersama-sama kami.
Saya tak berapa gemar tinggalkan mereka di asrama kucing. Saya bimbang mereka dijangkiti virus. Maklumlah banyak kucing lain, kita sendiri tak tahu bagaimana kondisi kesihatan mereka. Lagi pula kami balik kampung pada tempoh yang agak lama.
Bila dah bawa balik kami kena fikirkan juga anak-anak kucing. Dulu kami hanya letakkan sahaja dalam sanggar sepanjang masa, bimbang mereka keluar rumah. Maklumlah masa raya orang keluar masuk takkanlah nak tutup pintu saja. Kesian pula letakkan mereka dalam sanggar dan tak bebas.
Lagi satu, ketiga-tiga mereka mesti jadi tumpuan kenalan dan sanak-saudara yang datang beraya. Adakalanya nampak mereka tidak selesa dan ketakutan. Memikirkan rasa tak selesa inilah saya dan suami terfikir untuk mencari homestay dan letakkan kesemua mereka di situ.
Setiap hari saya atau suami akan ulang alik ke sana untuk beri makanan dan bersihkan najis. Paling penting mereka dapat bergerak bebas. Jadi dapatlah kami suami isteri beraya dengan tenang,” kata anak kelahiran Jerantut ini lagi.
Tak hanya seronok meraikan lebaran dan hati pun tenang dengan membawa kesemua anak-anak kucing balik, pasangan ini juga merasakan momen balik kampung dengan anak-anak kucing mereka adalah momen yang cukup istimewa dalam hidup mereka.
“Perjalanan balik ke kampung halaman kami langsung tak terganggu dengan adanya Betty, Milo dan Shasha. Betty awal-awal lagi sudah ambil tempatnya iaitu di kawasan handbreak kereta. Manakala Milo pula setiap tidur di kaki sepanjang perjalanan. Shasha pula jenis gayat, jadi dia selesa ditempatkan di dalam sangkar sepanjang perjalanan.
Kesemua mereka masuk sahaja kereta, ambil tempat masing-masing dan terus tidur hingga sampai di kampung halaman. Cuma sesekali jika berhenti, ketiga-tiga mereka akan bangun dan kemudian menyambung tidur semula. Jadi kami langsung tak ada masalah,” kata Lynn yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Jun 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.