Mengindahkan kawasan laman rumah dengan tanaman berbunga seperti Pokok Ros Jepun atau juga dikenali dengan nama tempatan sebagai pokok pukul 10, tidak kurang hebatnya. Mempunyai pelbagai pilihan warna dan yang istimewanya adalah akan berkembang di awal pagi. Keadaan tersebut cukup indah andai ianya berbunga lebat.
Buat anda yang ingin mencuba menanam pokok bunga ini, ada baiknya ketahui juga cara menanamnya dengan cara yang lebih mudah dan menjimatkan. Nak tahu lanjut jom baca perkongsian penuh daripada Abdul Sapawi ini.
Tips menanam Rose Jepun dalam botol minyak terpakai. Cara mudah, murah dan meriah!!!
Ads
1. Potong dengan pisau dan gunting botol untuk lubang bahagian sisi botol. Basuh botol dengan sabun sehingga bersih dan keringkan. Kemudian tebuk lubang di bawah botol dengan screw driver/paku yang dipanaskan api. Jumlah dan besar lubang bergantung dengan jenis tanaman serta keperluan air tanaman.
Ads
2. Dapatkan cocopeat/sabut kelapa, rendam dengan air semalaman dan bilas dengan air. Sejat dan gaul dengan Baja AB (700-800ppm) masukkan ke dalam botol yang telah siap. Keratan daun pudina di cucuk ke dalam cocopeat. Dengan cara lain juga boleh semai terlebih dahulu keratan di tempat lain yang dikenakan cahaya(8 pg-12 tghri) sebelum di tanam di dalam botol.
Ads
3. Siram 2 kali sehari waktu pagi dan petang. Seminggu sekali bilas dengan air biasa. Teknik ini juga boleh digunakan untuk menanam Rose Jepun (Bunga Kembang10), daun cincau, pegaga, daun kesum dan lain-lain.
sumber : Abdul Sapawi Abdullah via Berkebun D Rumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas empat dekad mengabdikan diri sebagai pembancuh kopi, tiba-tiba dia diberikan notis tiga bulan. Tidak kata yang mampu diluahkan ketika itu.
Bayangkan selama 40 tahun itu, gaji bulanannya paling tinggi pernah dapat adalah RM1,500 sahaja. Malah, disebabkan bertukar pemilik kedai makan, gajinya turut berubah kepada RM1000. Untuk pendapatan sebegitu, lelaki ini terpaksa bekerja sehingga 12 jam sehari.
Namun, ujian berat terpaksa dilalui. Ali Kopi, tukang bancuh kopi di kedai makan di Kangar sejak 40 tahun lalu akhirnya diberikan notis tiga bulan oleh majikan yang akan menamatkan perkhidmatannya kerana PKP.
Namun, kecekalan ayah kepada empat cahaya mata itu cukup dikagumi. Biarpun diuji sedemikian, namun dia sesekali tidak menyalahkan takdir. Usai ditamatkan perkhidmatan, dia memilih untuk membuka warung dinamakan ALI KOPI di Kampung Kechor, Kangar. Kisah Ali Kopi ini dikongsikan saudara Mohd Fazli Zainul Abidin menerusi laman facebooknya.
Syukur dengan kemahiran yang ada, Ali mengambil keputusan membuka kedai miliknya sendiri di perkarangan rumahnya dengan menjual air bancuh, semestinya kopi dan roti bakar telur gedik.
Pelangi indah yang diberikan sang Pencipta buat Ali terus memberikan tapak lebih kukuh apabila dia turut menyewakan beberapa lot gerai untuk bersama-sama memeriahkan kedainya dengan pelbagai menu.
Sebelah pagi ada nasi lemak, kemudiannya goreng-gorengan dan juga makanan berasaskan sup.
Menariknya juga, warung Ali Kopi ini turut menjadi tempat persinggahan buat peminat sukan basikal. Ini membuatkan Ali menyediakan tempat parking basikal bagi memudahkan pelanggan kumpulan ini.
Inilah dikatakan rezeki warga emas yang usianya menginjak senja itu, walaupun warungnya terletak kira-kira 1km ke dalam kampung, tetapi rezekinya tidak putus, ada sahaja pengunjung.
Menurut empunya diri lagi, ucapan terima kasih dan syukur tidak terhingga atas bantuan yang diberikan oleh Raja Muda Perlis yang banyak membantunya.
Semasa perbualan kami, satu perkara yang Ali amat terharu, “saya tak dapat buka kedai macam ini kalau Tuanku Raja Muda Perlis tak bantu, baginda lah yang bantu beli bumbung dan beberapa kelengkapan bagi saya mulakan perniagaan ini.
Malahan baginda sendiri pernah datang minum kopi di kedai saya”.
Bersungguh-sungguh Ali menunjukkan kepada saya gambar kunjungan Tuanku Raja Muda Perlis ke warungnya itu.
Ali Kopi beroperasi jam 7 pagi hingga 9 malam dan tutup pada hari Isnin sahaja.
Semoga rezeki Pak Ali terus melimpah ruah, jom support. Nak cari lokasi? Apa ada hal, call saja Ali Kopi – 01158502107
Besar pengorbanan seorang wanita bergelar isteri. Lebih-lebih lagi apabila diri mengandung. Seawal kehamilan pelbagai cabaran dan dugaan terpkasa ditempuhi.
Saat melahirkan ibarat nyawa dihujung tanduk, antara hidup dan mati. Namun seorang ibu sanggup mengambil risiko demi melahirkan zuriat.
Dalam satu perkongsian di laman media sosialnya. Ebit Lew berkongsi kisah bagaimana isterinya bertarung nyawa demi melahirkan anak mereka.
Kisah tersebut dimuat naik sempena majlis ulang tahun kelahiran anak kedua mereka baru-baru ini.
Selamat hari lahir anakku Rayyan Huzaifah Lew 29 Dis. Anak ke 2. I love you anakku😘. Ya Allah diriku sayang padanya. Sayanglah padanya.
Masa melahirkan Rayyan Lew berat 4.6kg. Bidadari saya ingat nak melahirkan normal. Sekali sakit sangat dan tak keluar. Waktu tu semua dah risau sangat. Saya pegang tangan bidadari saya. Menjerit sakit. Dr pun dah cuba bantu.
Tiba-tiba tukar plan kena operate. Sakit dan dah banyak luka. Lepas tu banyak luka sakit. Kena papah ke bilik air. Paling sakit kata bidadari saya.
Besar pengorbanan bidadari saya. I love you bidadariku sayang.Terima kasih Allah. Wahai anakku jaga solat awal waktu. Jadi anak soleh yer. Semoga Allah jaga dan pelihara dirimu dan menjadi matahari kebaikan dan hidayah.
Terima kasih Paramount Coffee House Conezion Putrajaya. Best semua tadi. Tq sambut hari lahir anak saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanannya dalam dunia bisnes tidak semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa dilaluinya sebelum menempa kejayaan pada hari ini.
Ibarat jatuh terduduk, beliau sebelum ini pernah mengalami zaman kejatuhan sehinggakan diisytiharkan bankrap. Dek kerana itu jugalah beliau tidak boleh menggunakan nama sendiri untuk mendaftar syarikat, sebaliknya terpaksa menggunakan nama orang lain.
Enggan mengalah dengan situasi tersebut, jauh sekali berputus asa, sebaliknya beliau terus bangkit dari kegagalan lalu. Bermula dengan zero kos dalam tempoh dua tahun, bisnesnya mula melonjak. kini beliau boleh berbangga sudah memiliki 10000 pengedar dalam tempoh yang singkat.
Demikian serba sedikit mengenai personaliti yang juga Ketua Pengarah Urusan Rezekifajar merangkap pengasas In3Tree, Sudirman Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan CS. Menjenamakan produk makanan khas untuk pelajar dan kanak-kanak berusia tiga hingga 20 tahun iaitu In3Tree, ternyata jejaka berumur 35 tahun ini kian dikenali ramai.
“Waktu bekerja sebagai guru sebelum ini, saya ada membuat pinjaman. Tetapi selepas berhenti kerja, saya terlupa nak sambung bayar sehinggalah diisytihar bankrup pada tahun 2016.
“Walaupun sudah selesai membayar, namun mengambil masa yang agak lama untuk nama saya dikeluarkan dari senarai. Sebelum ini saya nak menunaikan umrah terpaksa mengeluarkan surat meminta kebenaran untuk keluar negara.
“Ketika diuji dengan masalah kewangan dan tiada sumber pendapatan ketika itu, saya enggan berkongsi hal tersebut pada orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri. Sebaliknya saya mengambil pendekatan mendiamkan diri.
“Bayangkan waktu itu, saya terpaksa kutip duit-duit syiling atas almari lalu kumpulkan untuk dibelanjakan bagi membeli beras dan telur selama empat bulan. Malah,demi berjimat, sebiji telur tu saya pecahkan dalam cawan dan bahagi dua. Saya gunakan sumber makanan itu selama empat, lima bulan sebelum In3Tree keluar,” jelas graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling ini.
Beliau yang ditemui dalam satu majlis meraikan kejayaan pengedar serta pengguna In3tree sekali gus meraikan ulang tahun ke-2 In3tree. Percaya dengan konsep ‘memberi semula’, CS juga yakin kaedah yang dipraktikkan itu akan lebih banyak apabila kita selalu memberi.
“Saya mengamalkan konsep memberi pulangan 10 peratus daripada pendapatan yang diperoleh kepada ahli di dalam perniagaannya. Alhamdulillah, sepanjang dua tahun menjalankan perniagaan, kami sudah punya 10,000 pengedar. Bayangkan dulu saya memulakan bisnes ini tanpa modal jauh sekali mendapatkan pinjaman bank.
“Mungkin sudah tertulis rezeki memihak pada saya dalam bidang ini. Bayangkan saya memulakan bisnes ini dengan berbekalkan kepercayaan 138 orang stokis walaupun ketika itu yang saya ada hanyalah sekadar kertas kerja dan perancangan tentang produk tersebut. namun mereka cukup yakin dan percaya, produk tersebut boleh pergi jauh.
Menurut CS lagi, al-Quran banyak membantu dalam ‘menyuluh’ dalam mencari jalan yang betul.
‘Waktu diri dihujani masalah dan saya menjadi buntu, saya serahkan segalanya kepada Dia Yang Satu. Saya bangun setiap subuh dan bertahajud selain membaca terjemahan al-Quran. Daripada situ saya mendapat jawapan yang selama ini dicari-cari.
“Untuk yang aktif dalam bisnes dan apabila buntu, kembalilah kepada al-Quran kerana di dalamnya tersingkap pelbagai mukjizat termasuklah mengandungi rahsia bagaimana mengelakkan kerugian dalam bisnes.
Meletakkan sasaran jualan RM50 juta untuk tahun 2019, pihak syarikat juga turut menawarkan Toyota Camry dan Toyota Vios bagi pengedar yang mencapai sasaran jualan.
Selain berjaya melahrikan 8 jutawan, beliau juga turut menganjurkan ‘Apprentice Junior’ khusus untuk mereka yang berumur 28 tahun ke bawah dan belum berkahwin. Modul ini dibina khas untuk membantu belia dan perlu dibuat secara sepenuh masa.
Adat berniaga, pasti ada ‘trial and error’, jelas CS lagi, pengalaman yang cetek dalam bidang tersebut membuatkannya melakukan kesilapan.
“Sebelum ini saya hanya tahu berniaga tapi tidak merancang. Saya buat duit tapi tidak tahu menambahkannya. Setelah saya sedar, barulah saya ambil inisiatif untuk anjurkan seminar dan ajar usahawan untuk melabur dalam hartanah dan sebagainya.
“Cuma saya ingin berpesan, dalam bisnes jangan beli kereta mewah masa awal berniaga. Jangan jadi macam saya dulu. Usahakan untuk melabur dulu dan jalankan perniagaan dalam laluan yang betul dan bayar cukai. Bila dah berjaya, barulah beli kereta idaman,” ujarnya lagi sambil memberitahu In3tree mula ditubuhkan pada Februari 2017.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.