Tenang dan terasa segarnya andai dalam rumah kita dihias indah bersama beberapa pokok bunga.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik kediaman ini. Memang cukup sempurna dan kemas teratur. Malah tanaman dalam rumahnya juga hidup segar bugar sepanjang waktu.
Jom kita cungkil rahsia daripadanya untuk pastikan tanaman dalam rumah tidak mati malah hidup sihat.
Taman Dalam Rumah…
Ramai Yang Mengeluh Tanam Dlm Rumah Lepas Tu Mati Semua.. Sebenarnya Bagi Sye Bila Tanam Pokok Dlm Rumah Kene Cari Indoor Plant Yg Btl2 Sesuai.
Ads
SUMBER CAHAYA MATAHARI
Soal Penjagaan Biasanya 2 Kali Seminggu Sye Akan Kenekan Matahari Tapi Mana Yg Ada Di Bahagian Tingkap Sye Tak Keluarkan Sbb Pokok Dah Kene Cahaya Matahari.
Ads
PERLU DISIRAM
Soal Siram Pula Biasanya 2 Kali Seminggu Sye Akan Siram Air Bukan Pancit Pakai Spray..
Selain tip yang dikongsikan oleh Mohd Jeffrey ini turut terpanggil beberapa orang berkongsi info di bahagian komennya. Dan ini antaranya.
Ads
Ekstra tip 1: Cucuk jari dlm tanah rasa kalau lembab lg x perlu siram untuk elak roten root… sbb indoor mmg mudah kene roten root n fungus kalau terlebih siram
Ekstra tip 2 : Semua indoor x perlu siram selalu… paling senang money plant/pothos or lidah mak mertua/ sansevieria ni 2 jenis mmg thn lasak.
Sumber : Mohd Jeffrey Mohammad Ali via Kelab pecinta bunga dan pokok hiasan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum ini media melaporkan isteri kepada pelakon, Harris Anuar yang juga pelakon, Asha Merican yang kini hamil trimester ketiga, mengidam menghidu bau simen dinding. Kini, datang lagi mengidamnya tetapi lain sedikit iaitu mengidam untuk memiliki permainan lato-lato pula.
Ini memaksa suaminya bergegas mencarinya dan akhirnya berjaya mendapatkannya selepas meninjau di lima kedai.
“Geng, bini mengidam nak main lato-lato mana nak cari eh? Dah pergi lima kedai Acheh tak jumpa-jumpa. Tolong,” tulisnya di Instagram semalam.
Menurut laporan Harian Metro, Asha ketika dihubungi berkata, dia gembira apabila suaminya berjaya membeli lato-lato.
“Memang saya dah lama mengidam nak main lato-lato ini. Banyak juga kedai dia pergi cari tapi tak jumpa-jumpa. Akhirnya ramai orang beritahu dekat Uptown Damansara ada jual. Memandangkan kami tinggal di Damansara, suami pergi beli di sekitar sini.
“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini,” katanya.
Menurut pelakon drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul ini, tiga hari lamanya dia memberitahu Harris berkenaan keinginannya mahu bermain lato-lato.
“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya.
“Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” katanya yang merahsiakan jantina bayinya.
Sementara itu, Asha yang akan tampil dengan drama Pengantin Pasti Jadi mengakui berdebar-debar menanti kelahiran bayi pertama mereka.
“Takut juga sebenarnya. Buat masa ini saya hanya berehat. Insya-Allah habis bersalin dan berpantang saya akan sambung semula berlakon.
“Alhamdulillah suami layan saja permintaan saya. Makan pun dia selalu masakkan untuk saya. Bangun pagi dengar bunyi bising dekat dapur ingatkan apalah dia buat.
“Rupa-rupanya dia masak untuk saya. Dia memang seorang suami yang penyayang dan rajin,” katanya.
Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.
Sumber : Harian Metro, Instagram Harris Anuar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nama popular anak pilihan ibu bapa, Muhammad, Abdul, Siti, Nur. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti, dan Nurul merupakan antara yang paling kerap digunakan dalam pendaftaran nama rakyat Malaysia setakat ini.
Beliau menjelaskan bahawa nama-nama tersebut sering menjadi pilihan kerana ia mencerminkan identiti Islam serta budaya Melayu. Biasanya, nama-nama ini akan digabungkan dengan nama kedua untuk melengkapkan nama penuh seseorang.
“Ramai ibu bapa membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku nama bayi, laman web keibubapaan, al-Quran, hadis dan juga pakar bahasa bagi memilih nama terbaik untuk anak mereka,” ujar beliau kepada Bernama.
Badrul Hisham turut menyatakan bahawa terdapat kecenderungan dalam kalangan ibu bapa masa kini untuk memilih nama yang sedap didengar, senang diingati, serta membawa maksud yang baik dan positif.
Nama-nama berunsur Arab dan Islam seperti Aisyah, Maryam, serta Rayyan kekal menjadi pilihan popular kerana makna indah yang terkandung dalamnya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mendedahkan bahawa terdapat perubahan dalam cara ejaan nama, di mana sesetengah ibu bapa memilih versi yang lebih moden. Sebagai contoh, nama klasik seperti “Amir” diubah kepada “Ameer”, manakala “Zahra” menjadi “Zara”.
Tambahnya lagi, berdasarkan data JPN, terdapat nama yang sepanjang 15 perkataan dan juga nama paling ringkas yang hanya terdiri daripada dua huruf.
Walau bagaimanapun, Badrul Hisham mengingatkan ibu bapa agar mendapatkan nasihat dan penjelasan daripada JPN sekiranya terdapat kekeliruan dalam memilih nama untuk didaftarkan.
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 16, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Pendaftar Besar mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pendaftaran sesuatu nama.
JPN turut menyediakan satu garis panduan yang dinamakan “Arahan Jabatan mengenai Prosedur Penamaan Kanak-Kanak Semasa Pendaftaran Kelahiran” untuk dijadikan panduan oleh para pendaftar.
Arahan ini menggariskan tiga kategori penamaan yang perlu diberi perhatian, iaitu: nama yang dilarang seperti pangkat dan gelaran; nama yang dianggap tidak sesuai; serta penamaan berdasarkan keturunan.
Antara gelaran yang tidak dibenarkan digunakan sebagai nama anak termasuklah Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Tun, Haji, Nabi, Gabenor, Dr, dan Mahaguru.
Selain itu, nama yang merujuk kepada haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan peralatan juga tidak digalakkan. Penggunaan singkatan seperti D, Mohd, Abd, M dan seumpamanya juga tidak dibenarkan.
Bagi nama berasaskan keturunan, pertimbangan akan dibuat berdasarkan bukti sama ada gelaran tersebut benar-benar diwarisi daripada keluarga, contohnya seperti Tengku, Megat dan Puteri.
Untuk masyarakat bukan Islam, mereka juga perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan, termasuk larangan menamakan anak dengan nama-nama yang merujuk kepada Tuhan.
Mengandung? Sesetengah daripada kita takut untuk kembali mengandung lagi gara-gara alahan dan pelbagai masalah atau simptom lain yang kembali bakal menyerang.
Bagi wanita yang mengandung anak sulung mungkin tidak biasa dan terkejut dengan kesemua masalah ini. Jangan terlalu risau, kesemua ini adalah perkara biasa dan bakal dilalui oleh semua ibu mengandung. Apa yang anda perlu lakukan adalah menikmati waktu-waktu indah selama 9 bulan ini.
Sembelit
Sehingga 50% wanita hamil menghadapi masalah ini. Sembelit berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya akibat pengaruh hormon kehamilan yang melambatkan perjalanan usus, mungkin disebabkan kurang pengambilan air dan makanan berserat tinggi, pil zat besi dan juga tekanan rahim ke atas usus besar.
Untuk mengatasi masalah ini, wanita hamil harus meminum air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari serta mengambil makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayuran dan buah-buahan.
Buasir
Masalah buasir juga kerap berlaku apabila wanita hamil mengalami sembelit. Meneran semasa sembelit, batuk berpanjangan, hamil (saiz rahim yang membesar) memberikan tekanan ke atas bahagian rektum (usus besar) serta saluran vena padanya. Ini menyebabkan pengembangan vena tersebut dan disebut buasir.
Kadangkala ia boleh terjulur keluar seperti daging lebih ataupun berdarah (kebiasaannya darah sejurus selepas membuang najis, berwarna merah cerah dan tidak sakit). Sakit boleh timbul jika buasir mengalami gangguan bekalan darah.
Elakkan sembelit dengan mengambil minuman atau makanan yang bersesuaian. Elakkan juga mengenakan tekanan ke dalam abdomen. Jangan ambil ubat sembarangan sebaliknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan. Bagi sesetengah kes, buasir dijangka hilang selepas kelahiran tersebut.
Pedih Hulu Hati
Hormon kehamilan menyebabkan lebih banyak asid gaster (asid di dalam perut) terhasil. Pada masa yang sama, hormon kehamilan juga menyebabkan perut lambat kosong. Tambahan pula, tekanan rahim ke atas perut juga boleh menjadikan keadaan semakin nyata.
Kesemua ini menyebabkan asid gaster naik memasuki saluran esofagus di bahagian atasnya dan menyebabkan rasa pedih hulu hati.
Bagaimanakah mengatasinya?
– Duduk tegak selama sejam selepas makan. Berkemungkinan anda memerlukan ubat-ubatan yang mengandungi antasid. Sekiranya masalah berterusan, dapatkan nasihat doktor.
– Kurangkan minuman sewaktu makan. Seelok-eloknya minuman diambil di antara waktu makan tersebut dan dikurangkan semasa makan.
– Makan dalam kuantiti yang kecil pada setiap kali tetapi kerap (contohnya daripada 3 kali sehari kepada 5-6 kali sehari).
Kekejangan kaki
Kebiasaannya masalah kekejangan kaki berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan. Hindari masalah ini dengan mengambil makanan atau pil tambahan kalsium dan mengambil makanan bersumber potassium seperti pisang, buah oren dan sebagainya.
Bengkak Kaki
Kebiasaannya berlaku pada kaki dan semakin nyata pada waktu awal malam setelah sehari berdiri/berjalan dan pada trimester ketiga kehamilan. Ia disebabkan tekanan kandungan yang mengganggu aliran darah daripada bahagian kaki ke dalam jantung.
Elakkan masalah ini dengan berbaring dan mengangkat kaki ke atas (melebihi paras jantung), mengiring sebelah kiri (bagi mengurangkan tekanan kandungan ke atas saluran vena utama).
Dapatkan nasihat doktor terutama jika anda mengalami edema pada keseluruhan badan (muka, tangan dan sebagainya) serta sebelum anda mengambil ubat-ubatan.
Keputihan
Ia lebih kerap dialami wanita hamil akibat perubahan hormon. Berkemungkinan ia adalah jangkitan kulat (candidiasis). Ibu hamil yang mengalami masalah ini perlu mengambil ubat anti kulat selepas mendapat nasihat doktor.
Masalah yang berulang atau berlarutan boleh diperiksa lebih lanjut dan diberikan ubat bersesuaian. Anda juga mungkin mengalami penyakit lain tanpa disedari seperti kencing manis dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di