Berita

Tatap Wajah Bapa Buat Kali Terakhir, Anak Istimewa Sarjan Mohd Roslan Runtun Hati Warga Maya

Share

Tatap wajah bapa buat kali terakhir, anak istimewa Sarjan Mohd Roslan runtun hati warga maya. Anak istimewa Muhd Raqin Najmi, 13, mungkin tidak mengerti hidup. Tiada yang tahu apa di fikirannya.

Tatap Wajah Bapa Buat Kali Terakhir, Anak Istimewa Sarjan Mohd Roslan Runtun Hati Warga Maya

Apakah dia faham erti kehilangan tapi tidak mampu menzahirkan? Atau belum menyedari bahawa insan yang amat disayanginya telah pergi selama-lamanya. Semua rahsia Ilahi. Namun yang pasti bukan menjadi rahsia adalah dia kehilangan tempat mengadu dan bermanja.

Tragedi kemalangan melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampam di Teluk Intan semalam telah merenggut nyawa sembilan anggota termasuk bapanya Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim.

 

 

Kakak ipar Allahyarham yang enggan dikenali berkata, Mohd Roslan, 46, adalah seorang bapa penyayang dan sangat rapat dengan anak sulungnya itu selain dua lagi anaknya berusia sembilan dan enam tahun.

Muhd Raqin juga sangat rapat dengan ayahnya dan lazimnya mereka akan tidur bersama.

 

 

Peluang penghormatan terakhir di FRU Unit 5 Sungai Senam, diberikan sepenuhnya untuk Muhd Raqin menatap jenazah bapanya.

Semoga Muhd Raqin mampu mengerti yang hidup pasti mati, hanya kenangan indah jadi peneman hati.

Sumber: Bernama

Kredit foto: Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA

Baca artikel lain juga: Nahas FRU, Hilang Anak Tahun Lepas, Tahun Ini Pula Hilang Suami

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my