Di zaman serba serbi bergerak pantas ini, tidak dinafikan terkesan dalam mengurus hal rumahtangga dan keluarga.
Apabila semuanya perlu dilunaskan dengan cepat dan pantas, akhirnya mendatangkan tekanan pada diri dan sekali gus boleh menjadi penyebab hubungan suami isteri tidak lagi semesra dan seerat dahulu apabila emosi terganggu.
Jadi, di sini ada dikongsikan beberapa tip untuk hilangkan tekanan dan sekali gus dapat memperbaiki hubungan suami isteri. Jom semak.
5 tip hilangkan tekanan antara suami isteri, dan jaga hubungan
Nota: Tip ini kami dapat masa jumpa perawat yang baik dan isteri beliau.
Ads
1) Alih susun atur perabot lebih kerap untuk motivasi kemas dan cantikkan rumah. Automatik, kita akan suka maintain cantik dan kemas.
Ads
2) Amalkan zikir al-mathurat untuk tenang hati dan mohon Allah melindungi rumahtangga dan keluarga.
3) Keluar berjumpa group rakan-rakan yang ada latarbelakang yang sama. Ibu di rumah, ada anak kecil, selalu ada cabaran motivasi. Kami ada CircleOhsem di Puncak Alam.
Ads
4) Keluar dating dengan pasangan. Jika ada kekangan anak kecil, bincang dengan rakan usrah, untuk rotate jaga anak-anak supaya ibu-ibu dapat dating dengan pasangan masing-masing secara bergilir antara rakan. Jangan serah pada famili, serahkan kepada rakan usrah yang sehati sejiwa.
5) Kerap urut pasangan. Suami urut isteri, isteri urut suami. Sapu minyak panas pun boleh pada kaki. Paling elok pakai minyak ada aromaterapi seperti essential oil.
Dalam hidup ini ada sahaja membuatkan kita rasa tidak puas hati dengan apa yang kita miliki, malah tidak kurang pula berasa bangga dengan kelebihan yang dikurniakan.
Berkongsi kisah tentang perasaan sedemikian, ustazah Norhafizah berkongsi satu kisah rusa yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua.
Ini perkongsiannya.
Ustazah, Semenjak saya berkahwin, Suami saya suruh saya jadi baik. Suami paksa dan suruh saya pakai tudung dan jaga aurat.
Di tempat kerja saya, tiada seorang pun yang memakai tudung. Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudung.Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit. Sekarang saya di sisihkan kerana pakai tudung. Ekonomi saya pun jatuh.
Sedihlah ustazah.. Saya tahu wajib dan lain-lain.Tapi…Lemah semangat..Boleh beri sedikit nasihat pada saya?
Jawab Ustazah
“Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung.Allah sayang puan.. Dulu ketika saya darjah 6, Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni..
“Ada seekor rusa yang sangat cantik, Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik.
“Wah… cantiknya tanduk aku..!” bisik rusa itu penuh bangga
Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik..
Dia tersenyum seorang diri setiap kali melihat tanduknya dekat air. Tetapi menjadi sangat emosi dan sedih saat melihat tapak kakinya..
Suatu hari, dia di kejar harimau, kakinya itu berlari selajunya..Sehabis kudrat, untuk mempertahankan dirinya…
Kaki dia berlari selaju mungkin dan meredah segala kesakitan juga telah memijak semua benda tajam untuk menyelamatkan nyawanya. Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..dia cuba tarik, tetapi gagal.
Dia menangis…
Saat matanya menangis ketika harimau mulai dekat, dia berkata
“Wahai tanduk yang ku banggakan, hari Ini kau telah membinasakan diriku. Kerana kau, aku tersangkut dan akan mati…
Wahai kaki yang selalu aku hina, hari ini kau bertungkus lumus berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan diriku. Tapi inilah akhirnya..”
Kaki itu tidak berhenti menyelamatkan dirinya. Berjuang sehingga ketitisan darah terakhir untuk menyelamatkan dirinya… Kaki yang dia anggap beban itu sehabis kudrat menendang harimau, Kaki yang selama ini di cemuh itu terus bergelut dengan harimau..Sehinggalah dia disiat satu persatu..Kaki buruk yang di anggap tidak berguna itu berjasa sampai akhir…
Begitulah dalam dunia kita. Kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta,nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat. Sehingga kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita menderita di akhirat.
Kita malu dengan sunnah Nabi saw kita malu dengan perintah Allah. Kita takut kita dimalukan kerananya.
Tetapi, kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya..berbaloi susah untuknya. Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Apabila tiba bulan Ramadan sudah tentu ramai mengambil peluang untuk bertadarus bersama keluarga dan ada juga khatam Al-Quran pada bulan ini.
Namun, ada persoalan adakah bertadarus Al-Quran secara membahagi-bahagikan bacaan Al-Quran dikira khatam Al-Quran?.
Ikuti penjelasan oleh ustaz ini.
HUKUM TADARUS Al-QURAN SATU ORANG SATU JUZU’ TETAPI BERLAINAN TEMPAT.
Kita sedia maklum bahawa membaca Al-Quran merupakan satu ibadah. Ini kerana Al-Quran merupakan Firman Allah. Oleh kerana itu sudah menjadi satu tuntutan untuk kita membacanya. Sabda Rasulullah : Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Quran), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.
Maka persoalannya sekarang adakah bertadarus Al-Quran secara membahagi-bahagikan bacaan Al-Quran seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita ini dikira khatam Al-Quran?. Jawapannya : Tidak dikira seseorang itu khatam Al-Quran melainkan dia membacanya daripada awal sehingga habis ataupun ia mendengar bacaan sehingga habis 30 juzuk.
Jika tadarus Al-Quran yang dilakukan sewaktu Bulan Ramadhan yang mana seorang membaca dan lain mendengar dan mereka melakukannya sehingga khatam maka ia juga termasuk dalam kategori mengkhatamkan Al-Quran dengan syarat di atas tadi sama ada membaca atau mendengar 30 juzuk.
Jadi tidak menjadi satu kesalahan membaca Al-Quran secara bertadarus dengan membahagi-bahagikan dan si pembacanya berada di tempat yang berlainan cuma ia tidak dikira khatam tetapi hanya sekadar merancakkan ibadah sesama kita dalam keadaan kebaikan.
“Tergaru-garu, menangis, merengek tidak selesa. Bila anak sakit, kita pun sakit… Itu luahan hati seorang ibu bernama Nurul Ain Abdullah apabila mengenangkan nasib menimpa kedua-dua anaknya yang menghidap penyakit kulit serius (ekzema).
Tiga beranak berkenaan yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Seksyen 8, Kota Damansara, Kuala Lumpur disahkan menghidap ekzema menyebabkan berlaku alahan dan kulit menjadi kemerahan.
Menurut Nurul Ain, doktor mengesan kudis di telinga dan muka anak sulungnya bernama Lela Safiya ketika kanak-kanak itu mengambil suntikan vaksin sewaktu usianya dua bulan.
Doktor mendakwa masalah itu disebabkan demam campak dan akan pulih dalam tempoh beberapa minggu saja. Namun sehingga kini, masalah ini sudah berlarutan selama setahun.
Masalah kulit dialami Lela Safiya yang semakin serius menyebabkan dia tertekan, ditambah pula dengan tohmahan orang ramai. Disebabkan itu, mereka tiga beranak hanya mampu memencilkan diri dan menghabiskan masa setiap hari di dalam rumah sahaja.
Ini kerana, mereka sekeluarga seolah-olah dipandang tidak selesa dan jijik kerana dianggap sebagai pembawa penyakit berjangkit. Lebih memeritkan, kos kewangan untuk rawat anak-anaknya lebih RM1000.
Pendapatan suaminya, Shahrul Azmi Aziz RM850 sebulan sebagai kelindan lori tidak mencukupi.
“Dengan gaji itulah kami bayar sewa rumah RM250, belum api air lagi. Kos ubat-ubatan dua beradik ini dan perbelanjaan harian kami RM1,200. Pendapatan bulanan suami memang tak mampu tampung keperluan kami.
“Masalah kulit Lela Safiya sudah berlarutan lebih setahun manakala Muhammad Nayl Safiy, pula sudah lebih dua bulan, namun tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih. Fikiran saya menjadi buntu, kalau dibawa ke hospital pasti jawapan diberikan doktor sama.
“Saya bercadang mahu rujuk anak ke pakar kulit, tapi kos perubatan tinggi membantutkan hasrat itu. Memang saya ada ekzema tapi saya khuatir masalah kulit dialami anak disebabkan penyakit lain. Kalau boleh saya tak nak meminta-minta atau meraih simpati daripada orang ramai, mungkin ada insan lain lebih susah berbanding kami.
“Sebagai ibu, saya hanya mahu melihat dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami,”ujar Nurul Ain yang turut mempunyai masalah penglihatan & menghidap ekzema sejak remaja lagi.
Pernah suatu ketika Nurul Ain terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu saudara dan adik-beradik semata-mata mahu beli ubat serta makanan untuk anak.
“Sebagai ibu, saya rela berlapar dan mendahulukan keperluan anak termasuk membeli ubat untuk mereka.
“Saya tak sanggup melihat anak merengek kerana kegatalan akibat kudis pada badan,” katanya.
Orang ramai mahu membantu meringankan beban keluarga ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah.
Tak tahu sampai bile akan berakhir dan surut pnyakit2 kami nie..hanya mampu besengkang mata setiap mlm.