Dalam hal kewangan tentu agak sensitif bagi setengah pasangan suami isteri. Bagaimana sebaiknya perkongsian mengenai kewangan harus diurus bersama. Telus agihan gaji suam isteri, sebenarnya punca rezeki bertandang. Barulah pintu rezeki dibuka luas. Melalui perkongsian Mohd Fhais menjelaskan bagaiman nak buang darjah duit dalam rumahtangga sungguh bermanfaat. Ikuti selanjutnya perkongsiannya.

_____________________________________________________________________

Walaupun duit bukan segala-nya tapi di sebabkan duit rumahtangga boleh bercerai berai, anak jadi terbiar dan kita sendiri boleh lupa diri.

Apatah lagi isteri yang jadi surirumah dan tak bergaji, suami tidak patut memperlekehkan mereka. Anggap isteri seperti patung di rumah, dan tak mempedulikan emosi dan fisiologi si isteri.

Serius kena buang darjat duit ini !

Suami isteri tinggal sebumbung, tidur sekatil dan makan semeja tak patut ada timbul isu aku yang kerja penat-penat, kau yang duk perhabis pula.

Sebenarnya ada cara mudah nak buang darjat duit ini dalam rumahtangga. Ini apa yang saya dan isteri dah amalkan sejak mula perkahwinan lagi.

Sebenarnye gaji bersih di slip gaji tu belum benar-benar bersih lagi, boleh di bersihkan lagi supaya berkat suami isteri.

Caranya ialah kumpul kedua dua gaji suami isteri dan bayar bil astro, tnb, air, kereta, rumah, belanja rumah dan sekolah anak. Baki yang ada kami bahagi dua, dan itulah gaji bersih 2.0 kami setiap bulan.

Contoh kiraan :

Gaji suami : RM3500
Gaji isteri : RM2500
Jumlah : RM6000

Bil bulanan : 250
Kereta : 1800
Ptptn : 550
Sekolah anak : 500
Rumah : 780
Belanja rumah : 550
Jumlah : RM4430

IKLAN

Jumlah pendapatan – Jumlah komitmen = Baki

RM6000 – RM4430 = RM1570

Gaji bersih 2.0 : 1570 ÷ 2 = 785

Jadi gaji bersih suami / isteri sebulan ialah RM785

IKLAN

Ok lah tu gaji bersih seorang tak perlu bayar apa apa lagi. Kalau isteri ada buat bisnes pun boleh campur pendapatan bisnes itu. Jangan pula bila isteri dah ada pendapatan sendiri suami terus mengabaikan belanja rumah.

Gaji bersih ini terpulang pada isteri nak guna duit itu samaada buat simpanan atau buat beli baju dan alat solek. Comfirm suami tak akan pertikaikan.

Sebaiknya bila dua hati di satukan kehidupan yang dahulunya 2 sekarang dah menjadi satu. Ini termasuklah rezeki.

2 rezeki lelaki dan wanita, bila dah berkahwin akan menjadi satu yang lebih besar. Sebab itu orang selalu cakap bila dah berkahwin pintu rezeki akan di buka seluas luas-nya.

Percayalah semakin telus kita mengagihkan rezeki sama rata, semakin banyak punca rezeki akan bertandang ke rumah kita.

Mohd Fhais
Keberkatan rumahtangga sentiasa jadikan keutamaan.

P/s : Dapatkan lebih banyak tips rumahtangga harmoni di telegram saya. Free je, klik sini -> t.me/CoretanFhais  #CoretanFhais