Kisah percintaan antara anak Sheila Rusly dan adik Fasha Sandha pernah dilaporkan di media massa sebelum ini. Namun masing-masing mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut.
Terbaru, menerusi laman instagramnya, Sheila Rusly memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia sedang memeluk seorang wanita yang mengenakan busana putih.
Dalam pada itu, wajah manis dan cantik Elisya turut dimuat jurumekap yang dikenali sebagai Ijoy yang menunjukkan pelakon berusia 22 tahun itu tampil menawan dalam busana putih itu.
Selain nasi lemak, roti canai dan kuih muih, nasi goreng antara menu sarapan pagi yang cukup digemari. Namun, kadang-kadang agak leceh untuk menyediakannya kerana terpaksa potong lada, bawang dan sebagainya.
Jangan risau, anda dah boleh sediakan nasi goreng dalam masa yang singkat menerusi perkongsian Pnut Syafinaz di laman facebooknya. Lebih menarik lagi, ibu-ibu hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk masak nasi goreng jika dah siapkan perencah ini.
Selain nasi goreng, perencah atau paste ini juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran. Nak cuba, jom baca ni!
Paste Nasi Goreng Serbaguna Mak Long
Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan ‘frozenkan’, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng. Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna bila-bila masa sahaja untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan ‘win’ kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. Tiga minit dah siap.
BAHAN-BAHAN
Cara Membuatnya:
1. ‘Blend’ semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air.
2. Tumiskan bahan ‘blend’, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukul berapa nak tidur pulak.
3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.
Tip Susun Bahan Dalam Pengisar
Bawah sekali belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.
Cara Guna Nak Masak Nanti
Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah ‘haiwan-haiwan’ yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa. Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi dah masak la sebelum tidur.
*saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada baki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia bak kata Alesya.
Tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa.
Bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang dikenali sebagai Ghazi dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.
Berita duka tersebut dimuat naik oleh Datin Seri Shahida, menerusi laman instagramnya dengan ucapan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat. Dukacita saya maklumkan,bekas kakitangan saya yg amat saya sayangi,seperti adik saya sendiri,Muhammad Ghazali B Hj Mat Lawi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Mari sama2 kita sedekahkan Al Fatihah dan sama2 doakan rohnya dicucuri rahmat,diampunkan dosanya,dilapangkan kuburnya ditempatkan di kalangan mereka yg beramal soleh…
.
Saya akan rindu awak Ghazisaya sayang awak tapi Allah lebih sayang awak.” tulis Datin Seri Shahida menerusi kapsyennya.
Sebelum itu, Kak Mel yang juga bekas kakitangan Datuk Seri Aliff berkongsi berita arwah dalam keadaan tenat disebabkan apendiks telah pecah dan kuman merebak ke paru-paru. semoga @ghazi_ml di beri keajaiban.. pg td sy dpt call dari abg gazi bahawa beliau tgh tenat sekarang.. di sbbkan appendiks beliau pecah dan kuman dah merebak ke paru2 beliau.. semoga beliau di beri kekuatan… dan kesembuhan.
“Akak pun ingin memohon maaf jk selama kita bersama menjalankan tugasan.. akk ada terkasar bahasa dan menguris hati.. halkan mkn minum.. akk pun maafkan segala kesalahan ko dik.
Salah satu cara untuk merangsang perkembangan otak anak adalah dengan membenarkan mereka explore dan bermain. Biarlah bersepah rumah, asalkan kemahiran sosial anak dapat dibentuk, berkreatif ketika bermain adalah satu rangsangan untuk membentuk keyakinan diri serta pemikiran anak.
Pelakon cantik, Raja Ilya, antara selebriti yang gemar berkongsi aktiviti yang dibuat bersama anaknya. Talita Love yang kini berusia 2 tahun dilihat begitu aktif dan suka melakukan pelbagai aktiviti yang dapat merangsang kemahirannya berfikir.
Satu video yang dikongsikan oleh Raja Ilya menunjukkan Talita sedang bermain di rumahnya. Dapat dilihat Talita membina menara menggunakan tisu tandas. Bukan itu saja, ketika bermain Raja Ilya menggalakkan Talita untuk turut belajar mengira.
Tulis Raya Ilya melalui kapsyen, setiap kali hari penghantaran tisu tandas, inilah aktiviti dengan Talita.
“Every time Toilet roll delivery day , mcm ni laa activity dengan Talita .. Melayan dia bina tower . Chop!! Lepas tu Sapa nak kemas ??!!! Aduhhh..”
Lebih baik lagi, ketika bermain tisu tandas Talita menggunakan pemikiran kreatifnya untuk menyusun tisu tandas menjadi menara yang tinggi.
Sama ada dalam bentuk gegelung, bongkah atau cawan, apa saja aktiviti membina menara adalah bagus. Menerusi aktiviti ini, anak akan mengenali saiz, warna, keseimbangan dan bentuk. Dengan cara ini, anak akan jadi lebih bijak, kritis dan kreatif.
Sebab itulah, Talita mampu membina menara tisu tandas yang tinggi tanpa bantuan sesiapa. Good job Talita!
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.