Setiap kali musim cempedak tiba, cempedak goreng merupakan salah satu cara menikmatinya yang disukai orang ramai. Di mana, proses menggorengnya juga sangat penting sebagaimana petua cempedak goreng dikongsikan tukang masak Ahmad Shukri Amiruddin, yang mewarisi resipi turun-temurun keluarganya dan cara orang kampung.

Isi buah cempedak ranum berwarna kuning keemasan itu digoreng garing dan rangup serta tanpa menggunakan soda bikarbonat. Malah menariknya resipi ini, tekstur cempedak goreng yang kurang berminyak turut dikongsikan bersama di dalam petua cempedak goreng di bawah.

CEMPEDAK GORENG CARA ORANG KAMPUNG

Banyak resipi boleh digunakan untuk memasak cempedak. Ini resipi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.

Resipi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing dan rangup tidak berminyak. Paling penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.

IKLAN

Resepi Cempedak Goreng

Bahan-bahannya:-

Cempedak (lebih sedap Cempedak Madu)
Tepung beras sepeket untuk sebiji cempedak – beli di sini
Marjerin atau minyak 3 sudu – beli di sini
Air kapur makan 2 sudu – beli di sini
Garam secukup rasa
2 cawan air suam
Kunyit 1 sudu kecil

IKLAN

Tepung Goreng Cempedak Anti Gagal Cara Orang Kampung, Gerenti Rangup & Tak Berminyak!

Cara-caranya:-

– Gaul semua bahan-bahan diatas sehingga agak pekat. Jangan sampai terlalu cair.
– Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.

IKLAN

Petua:-

– Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung kerana ia akan kembang dan menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
– Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat dan kulit tepung akan terkoyak.
– Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
– Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
– Cari buah cempedak yang berat kerana itu tandanya isi banyak.

Selamat mencuba!

Sumber: Ahmad Shukri Amiruddin via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI